Memaparkan catatan dengan label KEBESARAN ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEBESARAN ALLAH. Papar semua catatan

22 Julai 2014

LINDUNGI MEREKA DI PALESTIN

BRIGED AL QASSAM GENERASI MUDA PERINDU SYAHID


Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.
Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.
sheikh-izzuddin.png
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.
Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.
Objektif penubuhan al Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang- orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung- jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda- pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
1. Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah
4. Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6. Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang- orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al- Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.
Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.
Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih.
Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.
Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassam menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.
Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya tidak mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.

Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :
Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu :
1 ~ Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2 ~ Melihat tempatnya di dalam surga
3 ~ Dilindungi dari azab kubur
4 ~ Terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5 ~ Merasakan kemanisan iman,
6 ~ Dikahwinkan dengan bidadari,
7 ~ Dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
‘(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)’

21 April 2014

CEMAS LAGI!!!! MH192 MAS


Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup! Punca?

   


berita terkini mh192
Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup. Punca? : Sekitar awal pagi tadi, Berita Semasa dimaklumkan yang mana tayar pesawat MH192 MAS bagi penerbangan KLIA to Bangalore yang membawa 166 orang (159 penumpang MH192 dan 7 anak kapal terbang MH192 MAS) telah meletup dan mengalami kerosakan gear kanan pesawat semasa berlepas sekitar pukul 10:09 malam 20 April 2014 sehingga telah menimbulkan masalah mendarat semula di KLIA tanpa satu daripada “landing gear” pesawat MH192 MAS.
Semakan Berita Semasa semasa detik-detik cemas kejadian melalui kemudahan aplikasi di FLightRadar24, boleh saksikan pesawat MH192 MAS kelihatan berlegar-legar an berpusing beberapa kali di sekitar kawasan perairan berdekatan Pelabuhan Klang.

Gambar Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup!

Inilah gambaran yang sempat Berita Semasa rakam bermula sekitar pukul 12:36 pagi tadi selepas 2 jam pesawat MH192 berlepas….
Berita Semasa difahamkan, kapten pesawat MH192 MAS telah bertindak untuk berlegar-legar di ruang selat Melaka untuk terus membakar dan mengurangkan kapasiti minyak pesawat MH192 MAS. Untuk apa? Sebenarnya untuk mengurangkan risiko kebakaran dan letupan akibat pergeseran dengan apa yang dipanggil istilah “tarmac” landasan akibat ketiadaan tayar.
Semasa kejadian awal pagi, Berita Semasa hanya doakan yang terbaik kepada kapal terbang MH192 MAS. Rakyat Malaysia tidak larat & snaggup lagi untuk menghadapi satu lagi nahas dan tragedi penerbangan Malaysia Airlines selepas tragedi MH370.
Dan sekitar pukul 1:30 pagi tadi, Berita Semasa perhatikan pesawat MH192 sudah mula menukar haluannya seperti menghala ke arah KLIA. Adakah mungkin bersedia untuk mendarat semula?
Sebenarnya juruterbang pesawat MH192 MAS tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan

Kronologi Berita Terkini Pesawat MH192 MAS. Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup

  • pesawat Mh192Pada pukul 10:09 malam : Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines MH192 MAS telah berlepas. Kapten dimaklumkan tayar pesawat MH192 MAS telah pecah
  • Pada pukul 10:25 malam : Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur memaklumkan kepada kapten pesawat MH192 MAS tentang penemuan serpihan tayar di landasan kapal terbang dan serta merta menghubungi OCC
  • Pada pukul 1:35 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menjangkakan kapal terbang MH192 MAS akan melakukan pendaratan cemas pada pukul 2 pagi
  • Pada pukul 1:40 pagi : Pesawat MH192 MAS berada pada ketinggian 1075 kaki
  • Pada pukul 1:44 pagi : Secara tiba-tiba pesawat MH192 MAS Malaysia Airlines kelihatan berada pada ketinggian lebih 2000 kaki selepas berada pada ketinggian 500 kaki sahaja sebelum ini
  • Pada pukul 1:47 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dilihat melakukan pusingan semula sebagai cubaan kali kedua untuk mendarat
  • Pada pukul 1:53 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dikesan berada di sekitar kampung Nipah Port Dickson Negeri Sembilan
  • Pada pukul 1:56 pagi : Alhamdulillah, sah pesawat MH192 MAS telah mendarat dengan selamat di Runaway 32L. Tahniah kepada kapten pesawat MH192 MAS, krew kapal dan juga penumpang yang terus cekal menghadapi ujian besar seperti ini. Nice landing.
berita MH192
Sebenarnya juruterbang pesawat Mh192 MAS Malaysia Airlines tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan KLIA.
Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal di atas kapal terbang MH192 MAS telah diarahkan keluar dari pesawat MH192 MAS dan kapal terbang MH192 MAS akan akan dijadualkan berlepas semula dari KLIA pada pukul 3.30 petang pada 21 April 2014 ini.

*********************************************************************************************
PANDANGANKU:
Kebelakangan ini kapal terbang MAS sentiasa diuji oleh ALLAH SWT,  adakah ini satu peringatan kepada kita rakyat Malaysia agar lebih berhati2 dan sentiasa mengingatiNYA?  Jangan riak dan takbur dengan teknologi canggih ciptaan dunia kerana ALLAH mengetahui segala2nya.  Kini, marilah kita sama2 bersujud kepadaNYA agar dipermudahkan dalam setiap dugaan.  InshaaAllah.