Assalamualaikum kepada semua yang sudi ke blog ku. Anda boleh tengok pelbagai hasil tangan ku seperti sulaman, kraftangan, jahitan dan banyak lagi. BANTAL HIASAN adalah produk utama mendapat perhatian ramai para pelangganku. Alhamdulillah.
Memaparkan catatan dengan label KAIN UNTUK BANTAL HIASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAIN UNTUK BANTAL HIASAN. Papar semua catatan
15 Oktober 2015
12 Mei 2015
CORAK NANAS HIJAU LUMUT
Corak yang paling laris sekali. Sambutan hangat!!! Hijau lumut jadi pilihan.
Yg ni maksu punya. Kesiannnn....dah lama menunggu...hihihi
Nak lagi 2 biji katanya....alamak! Kenalah pi cari kain ni lagi....harap2 ada lah yeee.... Sejak 2 menjak ni Ina bz sgt2....mggu depan kena kursus kat UPSI pulak....delay lagi nk jait bntl maksu...sabor ye. Tunggu Ina balik kursus tau. Takde mood la. Penat fikir macam2.
CORAK LABU TERKINI
Projek seterusnya, corak labu terbaru.
Baru nak mula jait. Line pertama. Yg ni muka depan.
Sebelah belakangnya kena jahit mcm ni.
Memang pening.... sbb tu lah kena garis terang sikit.
Dah siap! Color hijau pekat.
Try sebiji je dulu.
Saiznya: 11.5 x 6 inci.
Corak berbeza. Yg 1 lagi tu dok fikir nk buat apa ye???
Gabungan corak labu, tikar dan nanas sekaligus.
Beralun-alun ombaknya.
Buh butang bunga kat tengah2nya.
20 April 2015
21 November 2014
SIAPKAN TEMPAHAN LAGI
Terima kasih sidia di Kelantan yang sudi menempah bantalku. InshaAllah minggu depan siap. Ina faham ramai pelanggan yg menempah tak sabar2 nak dpt cepat, Ina pun mcm tu jugak....kalau boleh secepat mungkin tapi apakan daya....cuma ada 2 tangan je, smocking ni bukannya pakai mesin tp tangan ni la yang jadi mesin. Jadi Ina harap semua pelanggan Ina sedia maklum ye klu Ina terlewat siapkan. Maaf byk2.
Color gold jadi pilihan.
Sidia nak 4 biji, 2 gold dan 2 kuning ubi. Corak nanas tetap jadi pilihan. Yg gold dah 50% siap, insyaAllah kuning ubi akan menyusul kemudian. Sabarrrr ye....
Mulanya nak light choc dan gold tp malangnya light choc kehabisan stok di kedai so tukar kpd kuning ubi. Matching jugak kan bila dihias kat sofa tu....
Cantik sangat ruang sofa tu. Tentu bertambah cantik bila dihias dgn bantal2 tu nanti.
31 Oktober 2014
PALING TOP - CORAK NANAS
Kali ni color kuning lembut pulak. Ina suka sangat dengan color ni. Dah ramai juga yang order, kali ni utk customer dari Kelantan. Alhamdulillah dah siap pun, tunggu nak pos je minggu depan. Saborrr ye kak hajjah! Tunjuk gambarlah dulu. Memang tak salah pilih color buat kak hajjah utk hias dalam keretanya nanti. Hmmm....mcm kerabat diraja la pulak...hihihi
Ina beli 4 meter tempoh hari kat Nagoya.
Baru 80% siap. Nampak tak coraknya, ada yg kata mcm 'sisik ikan', ada gak yg kata 'nanas'....mcm2 lagilah. Secara jujurnya corak ni memang ada 'kelas' gitu......paaaalingggg digemari sbb tu lah ianya mendapat ranking pertama pilihan ramai. Ina pun semakin pantas pulak menjahit corak ni, boleh siap 2 hari je....seronok rasanya.
Kalau letak kat pelamin ni....wowwww!!!
Butang tengahnya, kena bijak jugak tau masa nak jahit, nampak memang mcm senang tapi.....ada rahsia disebaliknya. Ina pernah beberapa kali tercucuk jarum.
Lipatan ira sekeliling butang tu pulak kena susun rapi, ikutlah kreativiti masing2 macamana nak bg nmpk cantik. Cara jahitnya kena betul, kalau tak......serabut jadinya!
Setiap ukuran kotak mesti sama, jgn ada kecik besar, nanti bantal jd tak seimbang. Kena kira betul2, tak boleh terlebih or terkurang kotak tu. Lepas garis kotak2 kemudian jahit cantum. Jgn lupa pulak 'iron' kain tu, tak kemas la kalau terus jahit corak....kenalah buat dgn hati yg ikhlas barulah berkat....customer pun puashati. Alhamdulillah setakat ni semua customer Ina berpuashati. Syukurrrr.
Ina buat 6 baris corak.
Nak buat corak bersaiz kecil pun boleh dan nmpk lebih cantik tapi....juling bijik mata leee....hihihi! Harga pulak dah tentu naik lagi sbb bersesuaian la dgn penat lelah menggaris. Ingat senang ke nak menggaris banyak2 atas kain? Perlu kesabaran yg tinggi tau! Tak percaya, cuba buat sendiri. Ina pernah buat sekali utk 2 bj bantal 4 segi....saiz corak 1/2 x 1/2 inci...fuhhhh....tak sanggup dah lagi. Itu je la sekali Ina buat. Ada customer nak order tapi Ina tak berani bg jaminan boleh siapkan dgn cepat....mohon maaf byk2. Ina lebih suka buat yg bulat, cepat dan puashati.
Saiz bantal ni kira2 10.5 x 5 inci. Ada gak customer mintak buat lebih besar tapi Ina sanggup buat besar ni je. Kalau lagi besar susah nak pos dan dah tentu ada yg komplen kenapa mahal sangat? Huh...Ina tak mau la mcm tu kan....Dah la 99% jahit tangan, nak mintak murah2 pulak....fikirlah sendiri ye kenapa 'handmade' selalunya mahal. Cubalah tanya pendapat penjahit2 'handmade' mengenai harga gini. Ina lebih suka jual kpd mrk yg betul2 menghargai seni tangan.
Ada jugak yang mintak Ina buat kelas tapi ada masalah sikit sbb Ina terikat dengan kerja gomen. Sorang kakak (rakan fb) sanggup nak bekerjasama utk carikan tempat dan masa cuma Ina je rasa risau....huhuhu
Langgan:
Catatan (Atom)





























































