Memaparkan catatan dengan label COSMETIC BAG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COSMETIC BAG. Papar semua catatan

03 Jun 2014

TABLET AND NOTEBOOK BAG

Alhamdulillah siap jugak beg ni.  Puashati sangat.
Yg ini utk tablet 7".
Zip kat luar tu utk simpan charger. Senang kan?  Tak la hilang.
Jenis kain agak tebal mcm velvet dan gebu gitu...suka sgt!  beli kat Nagoya Taiping.
Lupa pulak nak ukur saiz beg ni.
Jenis kain ni kebanyakannya corak kartun je....pe pun Ina suka sgt dgn jenis dan coraknya.
Nampak tak tablet tu?  Boleh isi tablet dan notebook sekaligus tau!!!
Kat dlm tu Ina buat 1 poket berlapiskan span utk safety.
Taraaaaa.....ada 3 poket kat situ.  2 tu utk tablet, 1 lagi tu utk notebook.
Pada kepala zip, Ina buh cebisan riben supaya senang nak tarik zip.
Beginilah rupa sepenuhnya.
Ina tak guna batting pun sbb kain ni dah mmg tebal.
Ina guna sepenuhnya tutorial dari internet.  Memang berbaloi2....hihihi.
Jenguk sikit sblh dalamnya.  Nmpk tak poket berjahit 'diamond' tu?  Itu la lapisan span yg Ina cakapkan tadi....poket tu utk notebook.
Kain ni gebu jeeee....
Bhgn hujung2 zip, Ina jahit mcm ni supaya nmpk kemas.
Lepas ni ada projek lain pulak.
Anda pun boleh buat sendiri.  Senang aje...





DRAWSTRING BAG LAGI

Dot2 pink memang kesukaan Ina.
Ina beli je tali tu....baru 40sen/mtr.
Kali ni buat corak melintang pulak.
Bhgn atas Ina kasi lebar sikit.
Hujung tali Ina buat mcm ni je.
Lepas ni ada projek lagi....





DRAWSTRING BAG

Drawstring bag seterusnya.  Yg ini utk anak buah.
Suka dengan coraknya.  Corak bunga kecik2.  Jenis kain tebal mcm velvet dan gebu.
Sebenarnya mcm2 paten kita boleh buat.  Ina try lebarkan ropol sebelah atas tu.  Cantik jugak!
Rupa beg apabila dilonggarkan cerutan.
Nak buat lagi besar pun boleh....terpulanglah kpd citarasa sendiri.
Rupa sepenuhnya.




27 Mei 2014

TABLET POUCH

Try buat tablet pouch pulak kali ni.  Lepas satu....satu idea mai!  Alhamdulillah....internet ni byk membantu. Sebenarnya Ina tak sabar2 nak tengok hasilnya.  Pulun buat sepetang walaupun tali pemegangnya belum beli lagi.  Ina lebih suka beli kat kedai je....tali pemegang yang color hitam  saiz 1" tu....ala yg selalu Ina guna utk buat beg sebelum ni.  Baru RM1.20 semeter. Senang, cepat dan berbaloi.

Tali pemegang buh kemudian ye....kita posing dulu.  Ina guna jenis kain agak tebal dan gebu.  Tak payah guna batting.  Jimat sikit....hihihi!

Ina buat 2 zip kat pouch ni. Atas dan bawah. Yg bwh ni utk simpan charger....tak la hilang letak merata2.

Buat pemegang comel di hujungnya supaya senang nak tarik zip.

Tutorial ni Ina ambik kat internet jugak le...memang mudah faham.

Kain color koko tu juga jenis tebal mcm baldu. Kat dalam yg color putih pulak....Ina buat poket berlapik span je...batting susah betul la nak cari kat sini...huhuhu.  Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan. Selamat tablet ku 'baring'....hihihi!






20 Mei 2014

DRAWSTRING BAG - ROSE + BLUE

Beg ni khas untuk 2 orang cikgu kesayangan anakku di SKT sempena sambutan "HARI GURU" yang lalu..  Semoga cikgu sudi menerimanya.

Corak bunga ros jadi pilihan.

Liningnya Ina guna jenis kain berat color biru bercorak kartun.

Kain ni beli kat Nagoya.  Byk pilihan di sana.

Boleh guna pada kedua2 belah beg.  Klu jemu corak rose boleh terbalik menjadi biru pulak!  Menarik, kan? 2 dalam 1 kata orang.  Magic!  Lepas ni ada projek lain lagi.  Tungguuuuu...

Ina suka bubuh h/set, purse, tablet dan macam2 lagi....yang comel2 tu.  Wangian baby pun sesuai jugak tau!!

Buat sedikit perbezaan supaya tak tertukar nanti.

Anda nampak kan....perbezaan corak kainnya.  Yg kiri tu Ina buat corak kotak2 di bhgn tengah manakala yg kanan tu bhgn tengahnya corak ros.

Seronok sgt buat beg ni.  Mudah dan cepat disiapkan! 1 hari boleh dpt 3pcs.

Tali cerutnya Ina guna riben satin color pink.  Klu guna tali lagi cantik. Di hujung riben tu anda boleh hias ikut kreativiti sendiri.  Ina buat bentuk mcm 'tu' je.

2 beg ini utk cikgu kesayangan Nurul.  Terima kasih cikgu, ilmu yg dicurahkan selama ini.

Comel tak cikgu?  Saya ikhlas bg kat cikgu.

Sebelum tu, saya nak posing dulu ye.....hihihi

Apabila dilonggarkan tali cerutnya akan kelihatan mcm ni. 2 color yang berbeza.

Boleh guna luar dan dalam.

Yg kanan tu...Ina sengaja lebihkan bhgn atas liningnya (biru).
Klu guna lining sbg luaran akan kelihatan beginilah ye sblh dalamnya.  Poket dok di dalam ye...

Klu mcm ni poketnya dok kat luar.

Nampak tak poket tu?  Kecik comel je saiznya.

Boleh isi benda kecik2 je tau!!!