08 Mei 2014

POPIA NESTUM & PEDAS

Resipi Popia Nestum
http://mforum2.cari.com.my/

1 pack besar popia - gulung, gunting & goreng
1/2 cwn horlicks (opt)
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus

1/4 cwn susu tepung - kisar
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur/air sebagai bahan pelekat

Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.

Tips

1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.


2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.


Resipi Popia Pedas

1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.


Gambar Popia Mini sumbangan Norhaslinda 

Cara Menggulung Popia
Gambar Sumbangan: Roziyati Othman 


Letak lidi sate dan lipat sikit kulit popia. Tips: Kalau jari masih kaku lagi taruk putih telur kat tepi supaya tak terbukak bila start menggulung.

Kulit popia dah separuh digulung. Tips: jangan ditekan bila menolak kulit tu untuk gulung sebab nanti jadi kayu sebatang. Hasilnya akan keras. Bila tak tekan, gulungan tu akan longgar sikit dan bila dah gunting and goring akan nampak cam kelopak bunga. Tu yg buat ranggup sehingga bunyi krup...krup...

Bila dah sampai hujung, letak putih telur cam lite nak lekatkan dia. Tips: Lekatkan betul2 dan jangan ada yg menyenggeh sebab nie yang menentukan popia tu terbukak atau tak bila di gunting dan goring. And one more thing...jgn lupa keluarkan lidi sate tu....

Kulit yang dah digulung dan dipackkan dalam plastik untuk disimpan. Bila orang order just gunting, goring and sira...

Kulit yang telah di goring dan sira  

Tips Goring: Gunakan api yang sederhan bila menggoring. Jangan di kacau bila baru masukkan kulit dalam kuali sebab nanti gulungan dia terbuka. Kulit masih lembut. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya sebelah bawah tak warna brown dulu. Nanti warna tak sekata. Bila dah mula brown hendak lah sentaiasa dibalik2kan supaya warna sekata. Baik2 sesiapa yg mengidap sakit kaki, sebab kena berdiri lama.


Tips Sira: Minyak sedikit sahaja (saya cuma ambil 1 sudu shj) dan masukkan lada kisar, gula dan bawang putih. Baru buka api dan kacau supaya tak berkerak kat bawah. Api sederhana supaya lada boleh masak lama sikit. Bila gula mula cair semua akan nampak cair. Kacau hingga mula berbuih2 dan likat. Masukkan cuka, kacau hingga sebati. Tutup api, masukkan popia yg telah digoring sedikit2 dan kacau rata cepat2. Buat hingga habis. Balik2kan popia lama sikit supaya semua sebati. Tapi make sure jgn popia tu hancur. Sejukkan dan ready to eat or jual...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan