28 September 2012

MASAKKAN IKAN LA PULAK

ACAR IKAN

BAHAN:

4 ekor ikan (ina guna ikan kembung je) - digoreng  (ikan tongkol pun ok gak!)
2 bj bwg besar - belah 4 - ambik sedikit utk tumis
3 ulas bwg putih
1" halia (opt)
Sedikit timun - buang biji potong 4 mcm dlm gmbr
Sedikit carrot - potong 4
2 bj cili merah - belah 2
1 camt bj sawi
4 camb cuka
Garam dan gula
Air - ikut selera

CARA:

1)  Tumis bwg2 + biji sawi - smpi layu + air + cuka - mendidih + sayuran + ikan.
2)  + garam dan gula(elok buh lebih sikit sbb masakkan ni sedap jika manis...terpulanglah selera masing2)
3)  Biar mendidih dan sayur empuk - tutup api.  Selamat mencuba!

Ina suka bubuh bwg byk...manis rasanya.

Rasa manis2 gitu...barulah kena.

*********************************************************************

Ini kuah utk ikan sweet sour.  Maaf ye sbb tak sempat nk snap gambar ikannye...hihi.  Air tangan suami ina...dia memang pakar masakkan ni.  So biar je lah dia buat sendiri.  Anak2 memang suka.


SUHUN MASAK JAWA

Ini masakkan jawa..bahan2nye main campak2 je...tp memang Ina suka sgt makanan ni.  Kira kenalah dgn selera sendiri.  Bubuh suhun byk2 lagi sedap.

BAHAN:
1 bungkus suhun - direndam
1 bungkus tempe - digoreng
Cili padi ikut pedas sendirilah ye
Bawang merah - tumbuk bersama cili tadi
Udang basah
Kacang pjg
1 btg serai - ketuk
Santan
Limau kasturi - ambil airnye
Gula
Garam
Sedikit belacan

CARA:

1) Tumis bhn tumbuk + serai dan bhn2 lain kecuali suhun dan santan.serta limau.
2) Masukkan suhun + santan + garam + gula.+ air limau...rasalah masin manisnye.
3) Siap dimakan.  Sedap ketika panas.



Sedap jika dimakan begitu sahaja. Tambah2 ketika masih panas.

Kalau nak masak basah2 sikit pun boleh.

MASAK TANPA JEMU

Masakkan ni Ina ambik resipinya dari Kak YatieChedet.myr.  Ina bg nama lain sikit...hihihi. Resipi Ayam Goreng Tomyam.  Jom tengok resipinye...

AYAM GORENG TOMYAM
sumber: YatieChedet.myr

BAHAN:

5 ketul ayam-goreng 1/2 masak stlh dilumur garam & kunyit
1 camb sos tomyam
3 btg serai - ketuk
3 helai daun limau purut
5 bj cili padi merah dan hijau - ketuk
1 labu bwg besar dipotong 4
4 ulas bwg putih - cincang/tumbuk
sepokok daun ketumbar - hiris kecil
(Ina tak buh garam sbb pes tomyam dah masin)

CARA:

1)  Tumis dgn sikit minyak, bwg putih + serai + daun limau + bwg besar.
2)  Masukkan sos tomyam + ayam + cili dan daun ketumbar.  Sekiranya suka berkuah tmbh sikit air &
     didihkan.
3)  Kalau nak jdkan sup tomyam knalah + air limau nipis.

Beginilah rupanya.  Pes tomyam tu mmg nmpk kemerahan gitu.

Ina potong kecil2 ayam tu.  Sedap rasanya...terima kasih kak yatie ye.




*******************************************************************
 Kalau semangat rajin dtg tetiba mmg hampir setiap hari Ina try resipi2 baru.  Family je lah yg jd tukar test rasa sedap atau tidak.  Klu sedap, pasti buat lagi....klu tak...huhuhu.    Resipi ni mcm ala masak lemak jugak.

AYAM MASAK PADANG


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
150ml santan (boleh tambah atau kurang)
50ml susu cair-ina tak buh
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar :

3 tangkai cili merah (dibuang biji)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
8 bj cili api
sedikit kunyit hidup

Cara-cara :

1)    Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
2)    Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
3)    Masukkan santan dan susu cair.
4)    Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.


 
 

********************************************************************

AYAM MASAK MERAH

Tentu ramai yg dah pakar masakkan ni kan so tak payahlah ina letakkan resipinye.

Ina masak main agak2 je.

***********************************************************************

AYAM PAPRIK CARA ina

Masakkan ni pun ina ikut citarasa sendiri jugak.

**********************************************************************

AYAM MASAK KURMA


BAHAN2NYA:-)
600 gram ayam- potong ikut suka                       2 biji ubi kentang- belah 4                                          1 helai daun pandan- disimpul                             2 batang serai- diketuk
1 liter santan                                                        1 1/2 sudu besar kerisik
1 camb gula Melaka (ina guna gula pasir)         1 keping asam gelugor
1 biji cili merah- belah 2                                      1 biji cili hijau- belah 2
1 biji bawang besar- belah 6                                2 biji tomato- belah 4
3 camb penuh rempah kurma                              1 btg carrot – potong 1” memanjang
                          1 cams rempah kari daging                                 Daun bawang                                                          Garam secukup rasa                                           Daun sup

BAHAN KISAR (INA TUMBUK)
1 biji bawang besar                                                3 ulas bawang putih
1 inci halia                                                              1/2 inci lengkuas (ina tak guna)
3 biji buah keras                                                     3 biji cili merah (ina guna 5 bj cili padi)
1 sudu teh lada hitam                                            

BAHAN TUMIS
4 biji bawang merah- hiris                                     2 ulas bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis                                     1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih                                       3 biji buah pelaga

CARA:

1)    Tumis bhn tumis & kisar + serai + rempah2 + daun pandan smpi pecah minyak.
2)    + Kentang + carrot + ayam + sikit air – biar empuk baru masukkan bahan2 lain.
3)    Biar kuah agak pekat – angkat & tabur daun bwg dan sup.



Ina rasa ini adalah antara resipi yang paling sedap setakat ni.  Sebelum ni Ina pernah juga try pelbagai resipi masak kurma tp.....tak menepati citarasa seisi keluarga.  Sekarang, alhamdulillah dgn adanya resipi ni 1 family dah suka mkn masakkan kurma.  Terima kasih tuan empunya resipi.

Buat pekat2 gitu. Terasa rempahnya.

Sekarang...dah kira terror la sikit kan...hihihi

Memang sedaaaaap!  Tak rugi mencuba tau!!

27 September 2012

Selamat bertemu kembali.  Dah lama tak update.  Hari ni luangkan sikit masa nk upload beberapa gambar untuk tatapan semua.  Mcm biasalah ye....org perempuan katakan memang tak lari dengan masakkan2.  Baiklah di bawah ni Ina nak la tunjukkan beberapa masakkan yg Ina ambik resipinya dlm internet ini juga.  Minta halalkanlah ye kpd tuan empunya resipi.

MUFFIN PISANG
Sumber: Puff pastries@myr.com 
(12pcs - saiz besar)
BAHAN A (AYAK & GAUL):
1 1/2 cwn tpg gandum
1 camt b.powder
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam

BAHAN B (GAUL):
3 biji pisang (saiz besar)
3/4 cwn gula (jika taknak manis sgt kurangkan) - klu nk guna gula perang pun boleh gak..
1 bj telur A - dipukul sikit
1/3 cwn butter dicairkan/minyak masak pun boleh (ina guna planta) 

Hiasan: Choc. rice/choc.chips atau ape2 aje...

CARA:

1)  Campurkan bahan A & B - gaul sebati.  Jgn gaul lama sangat sekadar sebati shj.  Adunan mmg nmpk berketul2.
2)  Sudukan ke dlm cup muffin 2/3 penuh. Tabur choc. rice.
3)  Bakar 200'c selama 20-25min atau hingga masak  ikut saiz muffin.

NOTE:  Ina bakar dlm periuk bingka berlubang tengah tu aje klu buat 1 adunan gini.  Ina susun cup dlm periuk tu then bakar mcm biasa atas dapur gas. 


Ina tabur choc. rice je.

 Memang puashati dgn resipi ni.  Sebenarnya resipi ni ada utk Crumblenya tp Ina tak buat pun...

Gebu sekali.  Mkn 2 bj dah kenyang.
 *******************************************************************

MUFFIN PANDAN

(sumber: MamaFami)
Ingredients :

200g flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
1/2 teaspoon fine salt (ina tak buh)
120g castor sugar (ina guna gula halus)
200ml coconut milk
100ml corn oil (ina guna planta cair)
2 eggs (ina guna 1 bj 'A') - dikocok
1 teaspoon pandan paste
1/2 teaspoon pandan essence
a few drops green coloring
Sliced almonds or almond nibs or any toppings to your liking
Nota: (ina guna 4 helai daun pandan - kisar bersama santan tadi - tapis)

Method :

1. Heat oven at 190 C. Prepare the muffin cups with paperliners.
2. Sift flour, baking powder, bicarbonate soda and salt. Add in sugar and mix using a whisk.
3. In another bowl, mix coconut milk, corn oil, eggs, pandan paste, pandan essence and green coloring. Mix well.
4. Pour the liquid into the dry ingredients. Mix lightly using a whisk. Mixture might be lumpy.
5. Spoon the mixture into the prepared papercups. Sprinkl with almond nibs.
6. Bake for 25 to 30 minutes.

 Seronok tengok apabila muffin tu naik membukit.

 Hasilnya memang sangat2lah gebu.  Sayangnye....anak2 Ina tak berapa suka la pulak!  Sebabbbbb....klu kuih yg ada santan mrk tak berapa gemar, klu bercoklat...tak sedap pun mrk kata sedap...huhuhu

Montok2 gitu...siap bagi mertua rasa lg tau!

Yg gebu...yg mulus...hihihi

Yg ini pulak Ina hias dgn kismis. Klu buh choc.chips tentu lg menarik agaknye.

 Mmg puashatilah dgn resipi ni.  Mintak halal ye tuan empunya resipi.

 ***********************************************************************

 
MUFFIN CHOC.CHIPS

Bahan2:
250g tepung gandum                                
2 camt serbuk penaik
1/2 camt baking soda
 2 cams serbuk koko(sebaiknya guna yang berkualiti tinggi)
150gm gula kastor/gula halus
150g coklat chips(tinggalkan 1/4 untuk ditabur)- ina guna choc.rice
 200ml susu - hasue guna susu cair/sejat (ina guna bancuhan susu tpg)
 80ml minyak sayuran(ina guna planta cair)
1 biji telur gred A-pukul sikit
1 camt vanilla
Cara:
1. Panaskan oven  180-190c.
2. Masukkan tepung, b.powder,soda,koko,gula & ¾ choc. chips ke dlm besen – gaul rata.
3. Satukan semua bahan basah – gaul sebati.
4. Campur kedua2 bahan tadi – gaul sebati (jgn terlebih kacau nti bantat).
5. Sudukan adunan & tabor baki chocolate chips.
6. Bakar 20 min.

Ini sebelum bakar yeeee. Ina isi 3/4 penuh sbb suka tengok dia naik tinggi nti.

Ini dah siap bakar....haaaa tengoklah ketinggiannya tu...

Yg ini tabur manik warna warni.

Mkn 2 bj pun dah kenyang!

Anak dara ina tabur byk betul manik2 tu....dia kata suka la tengok mcm tu...meriah!

******************************************************************

MUFFIN OREN