28 November 2014

DAH POS KE KELANTAN

Alhamdulillah dah pos laju ke Kota Bharu.  Semoga selamat diterima.  Lebih kurang mintak halal. Ina jual ye.

 Ada projek lagi....color kuning pulak.  Untuk org Selangor.  Sabooorrrrr ye!







25 November 2014

TEMPAHAN LAGI

Tempahan seterusnya ialah dpd customer dr Kota Bharu, K'tan.  Alhamdulillah dah siap sepenuhnya. InshaAllah minggu ni jugak Ina pos ye.  Smoga ianya selamat diterima.


Fuhhh! sekali beli mesti banyak ni.  Inilah fibre yang digunakan.  Nampaknya dah mahal la sekarang. Makin lama makin naik pulak harganya.....huhuhu!

4 biji corak nanas, color gold(satin biasa) dan kuning ubi(satin kualiti).

2 jenis kain yg berbeza.

Memang cantik sgt hias kat pelamin, sofa, kereta dll lagi.

Corak nanas yg sentiasa menarik perhatian ramai.


Ina ambik masa seminggu jahit 4 bj ni.  Bab menggaris tu la yg paling lambat sekali.  Kena berhati2.  Tak boleh senget2 nti bantal pun senget jadinya.


Kuning ubi hampir sama color dgn light cream.

Berketul2 gituuuu....hihihi!


Mcm bunga yg sedang kembang mekar.

Sebenarnya ada 1 corak baru yg Ina nak try buat tp asyik tertangguh je....Bz la pulak sekarang ni.

Bhgn tengahnya mesti tenggelam sikit ye...baru la ada seni.









MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG 2014

Sekolah rendah inilah tempat ku menimba ilmu suatu ketika dulu.  Banyak perubahan yg ku lihat dari segi bangunannya, kalau dulu hanya berdindingkan papan tp kini semuanya batu-bata.  Bangunan tambahan juga turut dibina.  Bertuah budak2 sekarang kerana byk kemudahan diperolehi. Tahniah SKT!


Alamak! gambar tak jelas la pulak.  Anakku yg ke3, Nurul Hidayah sedang menerima hadiah sempena Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang.

Semua murid tahun 6 diberi peluang menyarung jubah ini sbg pembakar semangat untuk terus maju dlm pelajaran. Guru Besar, Raja Zainal memang sentiasa mengambil berat tentang anak2 muridnya.  T.ksh cikgu!  Jasa mu dikenang sampai bila2.

 2014 menjadi kenangan buat Nurul kerana tahun terakhir dia di SKT.

 Bersama rakan karib, Sakinah yg teramat pemalu orangnya.

 Semoga Nurul berusaha lebih gigih lagi utk kejayaan akan datang.

 Bersama rakan, Amni....nak masuk RKA katanya.

Sebahagian guru sedang menikmati juadah sambil memerhatikan anak2 muridnya naik ke pentas. 

Pelajar2 tahun 6 sedang berbaris naik ke pentas.




24 November 2014

APAM BALIK - msoreo myr

Dapat lebih kurang 10pcs saiz kecil
BAHAN:

2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn air/susu cair
1/2 cwn gula
1 biji telur A
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt esen vanila (ina tambah)
Garam
Pewarna kuning

*Inti: kacang tumbuk + gula + jagung krim dlm tin....nak buh kaya pun boleh...

CARA:

1.  Pukul gula dan telur sampai kembang dgn whisk.
2.  Campur air + soda + bp dll.
3.  Akhir sekali + tepung - kacau sebati.


*******************************************************************

Ina guna whisk dan senduk mcm ni. Adunan tak terlalu cair dan pekat.

Ina buh 3/4 senduk adunan....tak payah kacau ye.... biar smpi jadi buih2 cam ni.  Ina guna kuali non-stick saiz kecil.  Mmg nmpk comel sgt. Senang nak makan.

Bila dah agak kering sikit, tabur gula dan bhn inti yg lain.

Takde kacang tumbuk masa ni....so buh jagung krim dan gula je...huhuhu!  Sedap mkn klu buh jagung tu byk2.

Kemudian tutup dgn tudung mcm ni.  Sekejap je masaknya.  Jgn biar lama sangat tau! 

Angkat je kuih terus lipat ye.

Seronok sangat bila dapat buat sendiri.  Memang gebu adunan ni.  Terima kasih msoreo. 

Semuanya jagung meleleh2....hihihi


Gebuuuuu.....sangat!

Sekejap je habis.

Nanti nak buat lagi dan lagiiiiii..........

Kalau nak buat lempeng biasa pun ok jugak rasanya.  Cicah dgn sambal bilis...ehmmm tentu sedap!







21 November 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN 2014

Alhamdulillah sekali lagi bagi tahun ini Alif (10 tahun) menerima Anugerah Kecemerlangan Sukan.2 anugerah diperolehi iaitu Anugerah Tunas Putera (yakni tokoh murid lelaki bg sekolah rendah) dan Anugerah Cemerlang Sukan Gimnastik Perak.


Dianugerahkan dpd pegawai PPD LMS diiringi oleh Cikgu Nazlisham.

Pejam mata pulak!!!

Ibu tumpang gembira.  Semoga Alif terus maju dalam semua bidang.  Bukan sukan sahaja ye....



Bersama gurunya, Cikgu Aziz dan Cikgu Suhaimi turut menerima anugerah.

Cikgu Aziz yg selalu bergurau dengan Alif.

Cikgu Mior juga ingin bergambar.

Tahniah juga untuk cikgu.







SIAPKAN TEMPAHAN LAGI

Terima kasih sidia di Kelantan yang sudi menempah bantalku.  InshaAllah minggu depan siap.  Ina faham ramai pelanggan yg menempah tak sabar2 nak dpt cepat, Ina pun mcm tu jugak....kalau boleh secepat mungkin tapi apakan daya....cuma ada 2 tangan je, smocking ni bukannya pakai mesin tp tangan ni la yang jadi mesin.  Jadi Ina harap semua pelanggan Ina sedia maklum ye klu Ina terlewat siapkan.  Maaf byk2.

Color gold jadi pilihan. 

Sidia nak 4 biji, 2 gold dan 2 kuning ubi.  Corak nanas tetap jadi pilihan.  Yg gold dah 50% siap, insyaAllah kuning ubi akan menyusul kemudian.  Sabarrrr ye....

Mulanya nak light choc dan gold tp malangnya light choc kehabisan stok di kedai so tukar kpd kuning ubi.  Matching jugak kan bila dihias kat sofa tu....

Cantik sangat ruang sofa tu.  Tentu bertambah cantik bila dihias dgn bantal2 tu nanti.





18 November 2014

CUCUR NASI

BAHAN:

1 cawan nasi
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 bj bwg besar - hiris
1 bj ubi kentang - dadu
Udang hidup - dadu
Ikan bilis - tumbuk
Taugeh
Kucai
Carrot
Daun sup dan bawang
Cili besar merah
Garam

CARA:

1)  Kisar nasi dan air.  Gaul dgn semua bahan.  Kalau lembik, tambah sikit lagi tepung.
2)  Goreng sampai garing.

Tips:  Boleh jugak guna senduk leper utk buat bentuk leper....lagi laaa rangup!!


*******************************************************************




 Emmmm.....mmg sedap!  Tak jemu2.

Tak rugi mencuba tau!  Dah sejuk pun masih sedap rasanya. 








14 November 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM - SKKE VII (I) TAIPING 2014

Tahniah kepada semua pelajar SKKE Vii (i) Taiping yg berjaya menerima anugerah kecemerlangan koku 2014.  Kira2 80 pelajar menerima anugerah tersebut dlm pelbagai acara.  Paling menggembirakan ialah sukan futsal yg dimenangi oleh adik2 prasekolah telah berjaya tempat ke 3 futsal kebangsaan.  Tahniah sekali lagi.  SKKE ini memang dipandang hormat kerana guru2nya sangat menitik beratkan para pelajar dalam aktiviti koku di samping akademik.  Banyak anugerah peringkat negeri dan kebangsaan diraih pelajar2 ini.  Semoga terus maju selamanya.

Anakku yg ke4, Muhammad Alif Najmi (10 thn)  menerima anugerah dlm sukan gimnastik. 

Adiknya, Muhammad Izwan Hakim (8 thn) turut menerima anugerah yg sama. 

 
 Kimi, Izwan dan Alif, anugerah sukan gimnastik.  Masing2 dgn sijil, piala dan wang sumbangan.

2 beradik minat gimnastik. 

 Izwan bersama rakan.

Juga rakan gimnastik. 

Apa yg Alif seronok sgt tu? 

Ayah pun sibuk sama.