25 November 2014

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG 2014

Sekolah rendah inilah tempat ku menimba ilmu suatu ketika dulu.  Banyak perubahan yg ku lihat dari segi bangunannya, kalau dulu hanya berdindingkan papan tp kini semuanya batu-bata.  Bangunan tambahan juga turut dibina.  Bertuah budak2 sekarang kerana byk kemudahan diperolehi. Tahniah SKT!


Alamak! gambar tak jelas la pulak.  Anakku yg ke3, Nurul Hidayah sedang menerima hadiah sempena Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang.

Semua murid tahun 6 diberi peluang menyarung jubah ini sbg pembakar semangat untuk terus maju dlm pelajaran. Guru Besar, Raja Zainal memang sentiasa mengambil berat tentang anak2 muridnya.  T.ksh cikgu!  Jasa mu dikenang sampai bila2.

 2014 menjadi kenangan buat Nurul kerana tahun terakhir dia di SKT.

 Bersama rakan karib, Sakinah yg teramat pemalu orangnya.

 Semoga Nurul berusaha lebih gigih lagi utk kejayaan akan datang.

 Bersama rakan, Amni....nak masuk RKA katanya.

Sebahagian guru sedang menikmati juadah sambil memerhatikan anak2 muridnya naik ke pentas. 

Pelajar2 tahun 6 sedang berbaris naik ke pentas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan