07 November 2014

APAM BALIK

Resipi asal: Msoreo myr

BAHAN:

Guna mixer - pukul semua:

1/2 cwn gula
1 biji telur
1 1/2 cwn air(+ susu tepung pun boleh)/susu segar
2 cwn tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
Sedikit garam
Esen vanila (ina tambah)
Pewarna kuning

Inti:

Kacang tumbuk, Gula, Jagung Krim 



 Adunan tak terlalu pekat dan cair ye...

Tuang adunan dalam kuali non-stick (Ina buh 2 senduk)....bila dah nmpk ada lubang2 cam tu bolehlah tabur inti. Kuali ni tak payah nak gris minyak. Terus tuang je adunan tu, takkan melekat.

Masa ni Ina tabur serbuk milo je sbb takde stok kacang dan jagung krim....tapi semangat nak masak jugak....guna je apa yg ada.

Tambah sikit coklat cip.  Lps tu boleh la tutup dgn tudung periuk (lupa pulak nak snap gmbr) bg cepat masak.

Guna serbuk milo je...hihihi 

 Ina buat tak garing sangat.  Tak sempat nak snap gmbr kuih yg byk sbb.....angkat je satu terus hilang!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan