Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

03 Jun 2014

BERKELAH DI TMN. TASIK TAIPING

Papan tanda di pintu masuk Zoo Taiping.

Lukisan mural yg cantik, hasil tangan anak2 yg kreatif melukis secara sukarela.  Ada makna tersirat jemari yg memegang MH370.  Sebenarnya itu ialah dinding tempat pembuangan sampah tapi tak siapa menyangka!

Nurul perasan.

Jenuh Syafiq di seberang nun.....dok pujuk Izwan jgn main kat jalan.

Kakak sakit hati dengan imej kat belakangnya.

Bergaya la kononnnnn!

Macho ke?

Ayah pun buat lawak jugak!!!!

Dok kat buaya batu.  Ada seni la batu-batan ni....suka...

Izwan kenapa tu?

Bersama anak teruna sulung.

Serupa tak?

Kesian ayah...jenuh dok mengait bola ke tepi.....tu la sepak kuat sgt....dah jatuh dlm air.

Kekenyangan makan, mengantuk leeee....

Izwan buat lawak pulak.

Muka keletihan, tadi baru habis latihan gimnastik.

2 org je anak dara ku.

Susah hati mcm mana nak ambik bola.....

Macam kat Cameron Highland pemandangan blkg tu.


Izwan pun nak posing jugak.

Main2 cak ye...

Perasan....ada pulak wajah kat celahan tu.

Sedihhhhh....bola tak dpt ambik lagi.

Syafiq release tension sekejap sblm blk hostel.

Izwan menari apa ni?

Balik hostel jd robot semula katanya...hihihi

Masih tak puas hati, nak lepak2 dan main2 lagi.

Lepas tu terus blk kg. Batu Kurau.

Syafiq dok control adik2nya.

Kakak perasan.

Yg ni pun....

Jgn la nangis...

Seronok ke Syafiq hari ni tak jd robot?

Ada yg memerhati...

Nurul suka buat kacau.

Dah mcm tiger panjat bukit.

Akhirnya terkulai!






20 Mei 2014

BERKELAH DI ASRAMA SMDB

Berkelah bersama rakan2 anakku Shuhada di Asrama SMDB.

Baru habis makan.  Sape tu yg akhir sekali?
Dah kenyang, berposing la pulak. Kawan2 rapat Shuhada seronok dgn pertemuan ini.  Belajar rajin2 tau!
Kalau ada kesempatan lagi, kita berkelah sama2 lagi ye...















06 Mei 2014

TERKENANG


Dah besar rupanya anak sulongku....

Alif bersama rakan2 menjamu selera sempena Majlis Anugerah Tokoh Ko-ku Negeri Perak.







25 April 2014

JUARA PIDATO KEBANGSAAN 2013


Ahmad Faiz Juara Pidato Diraja Peringkat Kebangsaan 2013

Juara, adik Ahmad Faiz Yazid, Pelajar Tahap 6 PERMATA Insan bersama dengan Piala Pusingan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah 

KUALA LUMPUR: Tahniah buat Adik Ahmad Faiz Yazid, Pemidato kategori sekolah rendah yang telah dinobatkan sebagai juara peringkat kebangsaan pada tahun ini. Buat julung kalinya juga, Pidato Piala Diraja pada kali ini diadakan di perkarangan Istana Negara.
Lebih menarik, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan peringkat akhir pidato kali ke-29 itu semalam.
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Zainuddin Abas berkata Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk majlis itu diadakan di Istana Negara, yang memperlihatkan institusi diraja sentiasa dekat dengan rakyat.
“Memang setiap kali kami akan adakan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Akhir tetapi uniknya kali ini dibuat di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan di tempat persemayaman Agong sendiri,” katanya kepada Bernama.
Zainudin, yang juga anggota jawatankuasa pengelola pertandingan, berkata bukan sahaja peserta, malah pelajar yang menghadiri pertandingan itu turut berasa teruja dan bangga kerana dapat berada dalam satu majlis bersama-sama Seri Paduka.
“Ia dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar dan murid sekolah supaya mereka terus berpegang pada prinsip (kedua daripada lima prinsip) Rukunegara iaitu hormat dan setia kepada raja kerana ia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan bertatasusila dan menghormati Raja,” katanya.
Enam peserta bagi kategori sekolah menengah dan rendah menyertai pertandingan tersebut. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufa’at Tumin.
Juara pidato kategori sekolah menengah dimenangi Naim Suhail Nizar, 16, dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah yang menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,000. Naib Johan Nor Amirah Ramli dari SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak dan ketiga Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya.
Dan sudah tentu yang menjadi kebanggaan PERMATA Insan, juara kategori sekolah rendah, adik Ahmad Faiz Yazid, 11, yang juga merupakan pelajar SK Dato’ Hashim (2), Kota Baharu, Kelantan yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800.
Pemenang tempat kedua Nathasa Syahirah Khalid Peter dari SK Abang Leman, Betong, Sarawak dan ketiga Ummi Khalilah Azman dari SK Bukit Anak Dara, Kemaman, Terengganu.
Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Para peserta dan tetamu juga berpeluang menyertai jamuan santapan tengah hari bersama Seri Paduka berdua selepas majlis itu. — Bernama

********************************************************************************************
PANDANGANKU:
Nampaknya ramai anak2 dari Pantai Timur bijak2 belaka sebab banyak makan ikan kot?  Pe pun....Tahniah kepada anda.





21 April 2014

BAPA PRIHATIN

Ayah sanggup belajar, bantu anak ulang kaji
MOHD ZAILANI ABDUL RAHM AN
28 Mac 2014

  • Ayah sanggup belajar, bantu anak ulang kajiZul Azree (kanan) berkongsi kejayaannya dalam peperiksaan SPM bersama bapanya.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Tidur satu jam sehari berbaloi buat Zul Azree Dr Zulkepli apabila dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong berikutan kejayaannya memperoleh 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Kejayaan tersebut sememangnya amat bermakna buat Zul Azree kerana dia adalah pelajar tunggal di sekolah tersebut memperoleh keputusan 10A.

Zul Azree, anak pemilik firma akauntan, Datuk Dr Zulkepli Mohamed (Zul Wisma) berkata, setiap hari selepas waktu persekolahan kira-kira jam 4 petang hingga Maghrib, dia mengulang kaji pelajaran di pejabat bapanya secara bersama-sama dan kemudian menyambungnya di rumah sehingga awal pagi.

“Selepas selesai ulang kaji pelajaran dengan papa, saya sepatutnya tidur kerana keesokannya saya akan ke sekolah tetapi demi cita-cita saya dan semangat mahu mendapatkan keputusan cemerlang, saya belajar secara curi-curi.

“Saya hanya tidur satu jam sahaja sehari dan pada masa sama, saya tidak pernah berputus asa berdoa kepada ALLAH SWT meminta keberkatan-Nya supaya mempermudah usaha saya ini serta memberikan kejayaan untuk membalas jasa ibu bapa saya dan ahli keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Zul Azree berkata, di sebalik kejayaan tersebut, sebenarnya ia amat bermakna buat bapanya kerana bukan sahaja dia yang bersungguh-sungguh mengulang kaji, malah bapanya juga turut mempersiapkan dirinya dengan setiap mata pelajaran dipelajarinya di sekolah.

“Papa akan ajar saya satu persatu setiap mata pelajaran yang saya ambil.

"Walaupun saya sukar memahaminya, papa tidak mudah melenting tetapi akan memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh menjawab soalan latihan diberikan sebagai persediaan untuk peperiksaan,” katanya yang mahu mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi akauntan.

Perkara itu diakui oleh Zulkepli yang memberitahu sejak 2010, dia turut belajar dengan seorang guru, Nordin Hassan bagi membantu anaknya mengulang kaji pelajaran.

Menurutnya, dua jam sehari diperuntukkan untuk belajar dengan Nordin bagi mata pelajaran yang agak sukar difahaminya supaya selepas itu dia dapat mengajar anaknya semula semasa mengulang kaji.

“Selain berkat doa, kami semua keluarga sentiasa solat hajat dan baca al-Quran secara berjemaah. Saya juga mengambil inisiatif untuk belajar dan kemudiannya mengajar anak-anak,” katanya.






18 April 2014

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

Satu lagi acara yang disertai oleh anakku, Nurul Hidayah....Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah. Alhamdulillah....mereka telah menjadi JOHAN pada tahun 2013.  Bukan main seronok lagi guru pembimbingnya Cik Akmar....guru kesayangan mereka.  Terima kasih cikgu!!!



**************************************************************************

Tahun 2014 Ina terpaksa menasihatinya supaya memilih salah satu acara sahaja, ternyata Cik Akmar telah memilihnya menyertai pertandingan PIDATO kali ini.  Alhamdulillah sekali lagi Nurul Hidayah dapat membuktikan bahawa dia boleh mengalahkan peserta2 lain.  Kegigihan dan keyakinannya telah mengharumkan nama sekolah SKT dengan merangkul tempat PERTAMA.  Sebenarnya Ina sendiri rasa berdebar2 tetapi berkat doa seorang ibu, Nurul dapat harungi cabaran tersebut.  Wlp fizikalnya kecil molek berbanding dengan peserta2 lain namun jiwanya kental dan berani berhadapan di khalayak ramai.  Syukur ya Allah SWT.  Itulah yg Ina harapkan sebenarnya.  Perkara pertama yg Ina fikirkan ialah keberanian yg ditunjukkan itulah lebih penting selain menjuarai pertandingan.  Selepas ini sibuk lagi la Nurul utk pertandingan peringkat seterusnya.  Semoga dia dapat mengharungi cabaran2 mendatang dengan mudah. 




PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE PERINGKAT DAERAH 2013

Pertandingan rekoder ini telah diadakan pada tahun lepas lagi, baru kini dpt diceritakan.  Maaf kerana menyampaikan berita yg sudah berlalu.  Sebenarnya Ina sekadar ingin menjadikan berita ini sebagai kenangan manis buat anak ke 3 dlm blog ini.  Nurul Hidayah memang aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah. Ini adalah salah satu acara yang disertainya.  Alhamdulillah berkat usaha mereka sekumpulan telah membuahkan hasil, dinobatkan sebagai NAIB JOHAN peringkat daerah.  Guru pembimbing mereka ialah Guru Besar sekolah mereka sendiri.  Walau pun ini adalah penyertaan pertama kali mereka namun keyakinan dan kegigihan yg ditunjukkan telah mengharumkan nama sekolah....SK. TAIPING!!!


Guru-guru pengiring dan peserta di dalam Dewan SK Kg. Jambu, Taiping.


Inilah wajah guru pembimbing & guru besar SK Taiping yang banyak membantu.

Peserta SK Taiping....."bincang apa agaknya tu?"  Nurul kelihatan di belakang sebelah kiri nun.....kecik sangat......pelajar lain nampak besar2 belaka....hihihi

Tengah menghafal ke????

Nurul berdiri di barisan belakang (tengah).

Dah lupa la pulak ini pasukan mana ye?

Ini pun....????



Sama jugakkkk???



SK Hua Lian berjaya menjadi JOHAN.




SK Taiping...Naib Johan.



????.........tempat ketiga.