18 April 2014

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

Satu lagi acara yang disertai oleh anakku, Nurul Hidayah....Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah. Alhamdulillah....mereka telah menjadi JOHAN pada tahun 2013.  Bukan main seronok lagi guru pembimbingnya Cik Akmar....guru kesayangan mereka.  Terima kasih cikgu!!!



**************************************************************************

Tahun 2014 Ina terpaksa menasihatinya supaya memilih salah satu acara sahaja, ternyata Cik Akmar telah memilihnya menyertai pertandingan PIDATO kali ini.  Alhamdulillah sekali lagi Nurul Hidayah dapat membuktikan bahawa dia boleh mengalahkan peserta2 lain.  Kegigihan dan keyakinannya telah mengharumkan nama sekolah SKT dengan merangkul tempat PERTAMA.  Sebenarnya Ina sendiri rasa berdebar2 tetapi berkat doa seorang ibu, Nurul dapat harungi cabaran tersebut.  Wlp fizikalnya kecil molek berbanding dengan peserta2 lain namun jiwanya kental dan berani berhadapan di khalayak ramai.  Syukur ya Allah SWT.  Itulah yg Ina harapkan sebenarnya.  Perkara pertama yg Ina fikirkan ialah keberanian yg ditunjukkan itulah lebih penting selain menjuarai pertandingan.  Selepas ini sibuk lagi la Nurul utk pertandingan peringkat seterusnya.  Semoga dia dapat mengharungi cabaran2 mendatang dengan mudah. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan