Latihan rutin harian anak2ku di Dewan Gimnastik Taiping, Perak. Kesian juga Ina tengok kerana latihan agak padat. Pagi ke sekolah, 3.00 - 6.00 ptg ke gym, malam buat kerja sekolah dan mengaji qur'an. Nak main dgn kawan2 pun takde masa. Hari sabtu pun ada latihan...fuhhhh....penat sungguh Ina tengok. Ahad pula Alif pi tuisyen. Kadang2 Ina rasa nak je berhentikan dia dari latihan ni.
Kini, Izwan (anak bongsu) pula nak ikut jejak abangnya. Sama2 aktif dlm sukan ni sekarang.
Pelajar2 yang terlibat adalah dr beberapa buah sekolah sekitar Taiping.
Peserta perempuan turut berlatih di sini.
Kecik molek je.
Izwan sedang berlatih pommel horse. Kategori ini lah dia dpt pingat emas dlm pertandingan baru2 ni di Bukit Jalil. 6 pingat diraihnya.
Jurulatih dr negara Cina mengajar mereka di sini.
Ini ialah peserta dari Kedah. Dalam kejohanan ini, Alif dpt 8 pingat emas dalam semua acara, kategori umur 9-10 tahun. Izwan dpt 6 pingat, kategori umur 7-8 tahun. Bukan main seronok lagi mereka berdua. Sejak umur 7 tahun lagi mereka dah aktif.
Semasa pertandingan di atas, Alif telah ditawarkan oleh MSN utk belajar di sekolah sukan Bkt. Jalil. Wahduhhhh!!!! sungguh risau hati seorang ibu. Sejujurnya Ina kurang senang dgn tawaran itu. Rakannya memang ada yg sudah belajar di sana sejak tahun 4 lagi, kelihatannya tiada masalah tetapi naluri ku amat khuatir sekali kerana dia paling junior (10 thn). Seperkara lagi, mereka yg masih dalam sekolah rendah dihantar belajar ke sekolah berdekatan dgn asrama Bkt. Jalil, van disediakan pergi balik dr sekolah tersebut. Kalau sekolah menengah mmg Ina tak risau sgt kerana dekat dgn asrama, dlm lokasi yg sama je. Sehingga kini, Ina masih solat istikharah agar diberi petunjuk mana yg lebih baik utk anak2ku. Ina bersyukur sekiranya Allah kurniakan mereka dpt menguasai kedua2 bidang sekaligus. InshaaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan