02 April 2014

MYHOME - RUMAH PERTAMAKU - 1 APRIL 2014

Skim MyHome 2014 Borang Dan Cara Permohonan 
Subsidi Rumah

Kerajaan akan menawarkan bantuan subsidi maksimum sejumlah RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program perumahan yang dikenali sebagai “Skim MyHome”
Skim My Home itu akan dilancarkan 1 April ini dan program yang membantu rakyat itu akan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014


Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program itu namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan perinciannya akan diketahui selepas ia dilancarkan

Antara syarat awal yang digariskan bagi pembelian rumah ini adalah seperti berikut

Syarat Kelayakan Mohon Skim MyHome

Warganegara Malaysia

Terbuka kepada pembeli rumah pertama

Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000

Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun

Definisi ditetapkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju

Manakala, pemaju swasta yang berminat perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini




Borang Permohonan Skim MyHome

Rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014




Buat masa ini, permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan


Tarikh Permohonan Skim MyHome

Mulai 1 April 2014

Difahamkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memaklumkan mekanisme borang untuk pemaju dan pembeli di negeri masing-masing dalam masa yang terdekat ini.

Kemaskini

Borang secara percuma akan diedarkan dan permohonan secara online bermula tarikh 1 April 2014.

Permohonan secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut hubungi pusat panggilan myhome di talian :-

03 – 8891 4322

03 – 8891 4317

03 8891 4313

Maklumat berkaitan seperti syarat dan cara permohonan secara online ataupun manual (menggunakan borang) boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan :-

http://ehome.kpkt.gov.my
Jika mengalami kesukaran untuk mengakses Portal Rasmi E-Home, boleh juga mendapatkan maklumat dari alternatif lain dahulu, sila klik pada judul pautan berikut:-

Maklumat Permohonan Skim Rumah MyHome 2014

Read more: http://www.infoharian.com/skim-myhome-2014-borang-dan-cara-permohonan-subsidi-rumah.html#ixzz2xgbjsBFd






Tiada ulasan:

Catat Ulasan