21 April 2011

MASAK-MASAK

JUADAH HASIL TANGAN KU.

KUIH KERIA tapi buat bulat2 mcm guli senang nak makan.


AYAM MASAK MERAH kegemaran anak2ku.

Persiapan untuk berkelah di Lake Garden Taiping.
Bawa jugak nasi lemak bersama sambal tumis ikan bilis.

Yang ini bukan ina buat ye, ini my hubby try resepi Kerabu Kantan. Sedap jugak.

Tumis Daging Black Pepper.

Tumis sayur kacang je.

Ini penyediaan untuk Kerabu Kacang Botol.

Ketupat Palas.  Hari Raya baru buat.  Tak suka sangat makan pulut.

Agar2 Cermin.  Time rajin baru buat cam ni...hihihi

Bingka Ubi Kayu...ambik resepi dari C'gu SERATAS.

Puding + Kastad.  Hmmm...anak2 tak suka pulak.

Hahaha....yang ini memang family suka...Puding Milo.

12 April 2011

MERTUA KU

Alhamdulillah mertua ku masih lagi sihat wlupun dah tak berapa larat nak berjalan jauh.  Semoga mereka terus ceria dan sihat2 selalu.


HARI KELUARGA TAMAN RIA, TAIPING

Ini adalah sempena Hari Keluarga di kawasan taman perumahan ku.  Memang agak aktif juga pergerakan Rukun Tetangga yang sedia ada itu.  Suami ku juga turut menjadi urusetia bagi menjayakan acara tersebut.  Tidak ketinggalan juga bagi anak2ku yang seronok mengambil bahagian dlm beberapa acara yang dipertandingkan. Lebih2 lagi bila mendapat hadiah tupperware minuman dan towel.

 Suamiku sedang sibuk berbincang.

Huh!  dok tengok sapa la tu... 

 Acara wanita dewasa.  Bawa bola ping pong dlm sudu. Pelbagai kaum turut serta.

 Mula2 kena berbaris...hihihi.

 Yeahhhh! Nurul dapat hadiah.

 Ada belon lagi....

 Para urusetia lelaki yang dah keletihan.

 Sempat lagi posing.

 Merajuk....tak mau masuk apa2 acara pun katanya.

Jiran, Abang Husin.

05 April 2011

BANTAL HIASAN LAGI

CORAK NANAS WARNA KUNING KUNYIT 

  Yang ini tempahan dari orang Sabah.  7 biji semuanya.
Corak nanas ini adalah yang paling digemari ramai.  Secara jujurnya corak ni memang cantik dan menarik sekali.

Ina sulam bunga ros di tengah2nya.

Bantal hiasan begini memang sesuai untuk jenis kain satin kerana coraknya kelihatan timbul dek shiningnya tu. 

KEYCHAIN

Ina memang suka mencari idea2 baru untuk menghasilkan kraftangan begini.  Sangat2 berterima kasih kepada internet yang banyak membantu ina meneroka bidang ini.  Terima kasih juga kepada mereka yang tidak lokek memberi ilmu.  Ina banyak belajar dari laman2 blog yang sudi memberi tutorial.  Alhamdulillah terhasil jua akhirnya.  Inilah hasilnya...sekadar memenuhi kepuasan diri sendiri.

 2 gaya yang berbeza.

 Sangkut kat pencil case. Yang ini saiz 2 x 2 inci.

 Terdapat pelbagai saiz.  Boleh juga dibuat sbg 'door gift' utk wedding.

 Pelbagai corak.

Saiz 4 x 4 inci.

SEPIT RAMBUT

PROJEK YANG TIDAK MEMBOSANKAN 

Bunga2 ni boleh dipelbagaikan kegunaannya.  Boleh buat brooch, keychain, hiasan pencil case, sepit rambut dan banyak lagi. Bagi anda yang memang minat dengan hasil tangan begini tentu boleh mengilhamkan  apa saja. Tengok saja pun dah boleh dpt idea.

 Nanti nak cari sepit warna warni pulak.

 Warna dan corak kegemaran ina.

Nurul punya...malu2 pulak dia...hihihi

 Warna merah cili..kain satin.

 Anda juga boleh membuatnya jika minat.

 Kuning kunyit.

 Fokus dekat sikit.

PROJEK BARU

BROOCH 

Baru sekarang dapat ina laksanakan projek baru ni wlpun dah lama dirancang.  Ini adalah sebahagian dpd brooch yg sempat ina siapkan. Nak tengok?  Jom...

 Bunga yg kelihatan montel2 tu ina isi dgn sedikit kekabu.

 Di belakangnya ina guna pin bulat..nampak lebih kemas.

 Yang ini corak bunga berkelopak bulat.  Kena tengok material kain jugak barulah terbentuk kelopak yang cantik.  Dihias dengan butang dan bunga di tengahnya.

Memang seronok membuatnya.  Sesiapa yang berkenan bolehlah pm kat ina ye.  Harganya memang berpatutan...tak mahal pun.  Kalau nak order banyak ina boleh bagi diskaun lagi.

Boleh jugak buat 6 kelopak dgn pelbagai corak kain...nanti ina tunjukkan ye.