28 April 2014

DRAWSTRING BAG - OREN

Yg ini Ina buat poket sebelah luar beg.  Dah sedekah kepada seorang cikgu yang sangat2 berhajat.  Semoga gembira dengan pemberian ikhlas ini.  Saiznya agak comel.  Sesuailah kalau nak bubuh h/set, bedak baby dan sebagainya.  Sebenarnya pelbagai kreativiti boleh dibuat.  Anda juga tentu pandai membuatnya kan??

Color oren jadi pilihan.

Ina guna cotton corak kotak2 dan bunga2 kecik.


Holder tu Ina beli kat kedai je...saiz 1".


Bahagian dalam beg.  Ina guna jenis kain tebal supaya stabil.  Klu guna kain agak nipis kena la bubuh bating.

Nampak tak 2 poket comel tu?  Buat pada sebelah depan je.

Anda cuba la buat sendiri....seronok tau bila dah jadi!!!

Pandangan dari atas.

Boleh juga diterbalikkan klu dah jemu dgn corak luar. 2 in 1.....hihihi!

Guna kain utk tali cerut tu.  Jahit ikut kesesuaian.


Ina byk buat rujukan pada laman blogger yg lain.







25 April 2014

DRAWSTRING BAG - DOT2 + ROSES

Ina rujuk pada laman web ni: http://www.incolororder.com/2011/10/lined-drawstring-bag-tutorial.html 

Seronok pulak buat Drawstring Bag ni.  Saiz yg ini agak besar sikit.  Boleh muat tablet anda.  Jenis kain yg Ina guna  ialah cotton kerana ianya sangat2 sesuai utk hasil kraft mcm ni.  Niat di hati nak buat corak kotak2....tiba2 datang angin malas pulak....hihihi.  So terjadilah sebegini rupa.  InshaaAllah lepas ni Ina try corak lain pulak ye.

Ini rupa beg sebelum dicerut talinya.  Tali hitam tu Ina beli je.  Saiz 1" lebih menarik, yg itu Ina guna saiz 1 1/2" sbb masih ada dalam simpanan.  Habiskan yang itu dulu....nanti kita beli lain ye!  Jgn membazir!!

Kombinasi 2 jalur warna kain yg serasi.  Tali cerut tu Ina guna riben satin je.  Sebenarnya Ina lebih sukakan tali tp masa ni tak larat nak pi cari kat kedai so guna je lah apa yang ada.  Kena la kreatif sikit kan??

Bahagian atas beg Ina buat mcm ni, kelihatan beropol.  Senang je nak buat.  Kita perlu mula jahitan pada jarak lebih kurang 1" dari basi atas utk masukkan tali cerut. Barulah nampak mcm kelopak bunga!!!  Nak tau kenapa color kelopak tu berlainan? Haaaa.....Ina sengaja lebihkan saiz bahagian atas lining, nak buat sama saiz dgn outer pun tak jadi masalah....

Ini lining beg....Ina pilih jenis tebal so tak payah susah2 nak buh bating or interfacing.  Teruja sangat bila dah siap.  Lepas ni nak try lagi....dah tengok Japanese Cotton kelmarin kat Nagoya....cantik2 belaka.  Ina suka corak bunga ros.

Kalau buat  'goodie bag' utk tetamu datang majlis kahwin pun kira ok gak ni....Tunggu anak i kawin nanti lah...hihihi.... Kalau ada umur panjang.  InshaaAllah.

Haaaa.....nampak tak tali cerut (riben satin) tu?  Kena panjang mcm tu baru senang nak buka,  Ina guna 2pcs tali tu.  Nak guna 1pc pun boleh jugak, terpulanglah kpd citarasa masing2.  Ina lebih suka guna 2pcs sbb senang nak buka dan tutup.  Lagipun lebih kemas!





JUARA PIDATO KEBANGSAAN 2013


Ahmad Faiz Juara Pidato Diraja Peringkat Kebangsaan 2013

Juara, adik Ahmad Faiz Yazid, Pelajar Tahap 6 PERMATA Insan bersama dengan Piala Pusingan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah 

KUALA LUMPUR: Tahniah buat Adik Ahmad Faiz Yazid, Pemidato kategori sekolah rendah yang telah dinobatkan sebagai juara peringkat kebangsaan pada tahun ini. Buat julung kalinya juga, Pidato Piala Diraja pada kali ini diadakan di perkarangan Istana Negara.
Lebih menarik, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan peringkat akhir pidato kali ke-29 itu semalam.
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Zainuddin Abas berkata Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk majlis itu diadakan di Istana Negara, yang memperlihatkan institusi diraja sentiasa dekat dengan rakyat.
Memang setiap kali kami akan adakan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Akhir tetapi uniknya kali ini dibuat di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan di tempat persemayaman Agong sendiri,” katanya kepada Bernama.
Zainudin, yang juga anggota jawatankuasa pengelola pertandingan, berkata bukan sahaja peserta, malah pelajar yang menghadiri pertandingan itu turut berasa teruja dan bangga kerana dapat berada dalam satu majlis bersama-sama Seri Paduka.
Ia dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar dan murid sekolah supaya mereka terus berpegang pada prinsip (kedua daripada lima prinsip) Rukunegara iaitu hormat dan setia kepada raja kerana ia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan bertatasusila dan menghormati Raja,” katanya.
Enam peserta bagi kategori sekolah menengah dan rendah menyertai pertandingan tersebut. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufa’at Tumin.
Juara pidato kategori sekolah menengah dimenangi Naim Suhail Nizar, 16, dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah yang menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,000. Naib Johan Nor Amirah Ramli dari SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak dan ketiga Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya.
Dan sudah tentu yang menjadi kebanggaan PERMATA Insan, juara kategori sekolah rendah, adik Ahmad Faiz Yazid, 11, yang juga merupakan pelajar SK Dato’ Hashim (2), Kota Baharu, Kelantan yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800.
Pemenang tempat kedua Nathasa Syahirah Khalid Peter dari SK Abang Leman, Betong, Sarawak dan ketiga Ummi Khalilah Azman dari SK Bukit Anak Dara, Kemaman, Terengganu.
Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Para peserta dan tetamu juga berpeluang menyertai jamuan santapan tengah hari bersama Seri Paduka berdua selepas majlis itu. — Bernama

********************************************************************************************
PANDANGANKU:
Nampaknya ramai anak2 dari Pantai Timur bijak2 belaka sebab banyak makan ikan kot?  Pe pun....Tahniah kepada anda.





22 April 2014

KEBAIKAN BERSENAM

Senaman Untuk Kesihatan Jantung
Oleh Penulis Mayo Clinic (Terjemahan Info Kesihatan)
bersenam
Pertubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan:

Peningkatan peredaran darah - Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang membantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.
Peningkatan fungsi jantung - Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekerja. Walau bagaimanapun, senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat mengepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluruh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalankan tugasnya.
Pengurangan tekanan darah - Aktiviti fizikal yang kerap dikaitkan dengan kawalan jangka panjang tekanan darah yang lebih baik. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai tekanan darah tinggi, kesan senaman pada tekanan darah anda boleh menjadi lebih dramatik.
Penambahbaikan tahap lemak darah (lipid) - Jika anda bimbang tentang tahap kolesterol anda atau peningkatan trigliserida, maka senaman adalah jawapannya. Senaman menyebabkan pengurangan trigliserida, yang merupakan zarah lemak kecil  di dalam darah. Ia juga boleh meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), atau kolesterol “baik”, dan boleh mengurangkan  jumlah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), atau kolesterol “jahat”.
Peningkatan kesihatan saluran darah - Pengurangan tahap lemak darah mengurangkan pembentukan plak di dalam saluran darah (aterosklerosis) dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang berkurangan bermakna tekanan kurang pada lapisan dalam saluran darah – satu lapisan nipis sel dipanggil endothelium – dan mengurangkan haus dan lusuh yang sebaliknya boleh menggalakkan pembentukan plak. Endothelium merembeskan bahan kimia yang menyebabkan saluran darah dapat berehat atau menguncup. Bersenam diketahui dapat meningkatkan fungsi endothelial.
Satu lagi faktor dalam kesihatan saluran darah adalah radang, yang boleh diukur dengan tahap sensitiviti protein C-reaktif tinggi (hs-CRP) dalam darah. Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa keradangan memainkan peranan yang penting dalam aterosklerosis dan hs-CRP adalah tanda keradangan. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan hs-CRP.
Peningkatan penggunaan oksigen (pengambilan oksigen maksimum) - Aktiviti fizikal yang kerap membantu sel anda mendapat oksigen dengan lebih mudah daripada darah anda, mengurangkan bebanan pada jantung dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam.
Memperbaiki pengawalan paras gula darah dan insulin - Iannya mengurangkan risiko diabetes jenis 2, yang berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung.
Selain itu, senaman juga menawarkan potensi manafaat lain, seperti kecenderungan untuk mengurangkan pembekuan darah, memperbaiki fungsi sistem imun dan mengurangkan risiko kemurungan.
Manafaat Sebenar
Beberapa perubahan kecil pada gaya hidup seperti aktiviti fizikal yang kerap boleh memberi kesan ketara pada kesihatan. Sesungguhnya hanya dengan melakukan aktiviti fizikal selama tujuh jam seminggu boleh mengurangkan risiko mati awal sebanyak 40 peratus berbanding dengan seseorang yang tahap aktiviti fizikal mingguannya kurang daripada 30 minit.




PANDUAN KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN

Elakkan beberapa masalah yang biasa dihadapi ketika berpuasa di bulan Ramadhan; berpuasa dengan selesa dan nikmati sepenuhnya faedah kerohanian bulan Ramadan. Sepanjang bulan suci Ramadan, diet kita tidak seharusnya berbeza banyak daripada diet normal dan seharusnya seringkas yang mungkin.


Disenaraikan isu atau masalah kesihatan yang biasa dihadapi pada bulan Ramadhan, sebab-sebab dan cara mengatasinya

Sembelit

Sembelit boleh menyebabkan buasir (hemoroid), fisur (rekahan terusan dubur yang menyakitkan) dan gangguan pencernaan (senak) serta rasa kembung.

Punca: Terlalu banyak makanan ditapis, air terlalu sedikit dan tidak cukup serat dalam diet.

Cara Mengatasi: Elakkan makanan bertapis yang berlebihan, tingkatkan pengambilan air, gunakan tepung gandum penuh apabila membuat roti. 

Gangguan Pencernaan dan Angin

Punca: Terlalu banyak makan. Terlalu banyak makanan goreng dan berlemak, makanan pedas, dan makanan yang menyebabkan angin seperti telur, kubis dan kacang dal. Minuman berkarbonat seperti Cola juga menghasilkan gas.

Cara Mengatasi: Jangan makan terlalu banyak. Minum jus buah atau lebih baik lagi, air mineral. Hindari makanan yang digoreng, tambahkan jintan manis dalam makanan yang menyebabkan angin.

Keletihan (Tekanan Darah Rendah)

Peluh berlebihan, lemah, letih, kekurangan tenaga, pening kepala, terutama apabila bangun dari duduk, kelihatan pucat dan rasa pitam adalah gejala yang dikaitkan dengan "tekanan darah rendah". Ia biasanya berlaku menjelang petang.

Punca: Pengambilan cecair terlalu sedikit, kurang pengambilan garam. 

Cara Mengatasi: Duduk tempat sejuk, tingkatkan pengambilan cecair dan garam. 

Perhatian: Tekanan darah rendah perlu disahkan dengan mengambil bacaan tekanan darah apabila gejala kelihatan. Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mungkin perlu diselaras semula pengambilan ubat mereka semasa Ramadhan. Mereka seharusnya mendapatkan nasihat doktor. 

Sakit Kepala 

Punca: Kafein dan pengeluaran tembakau, melakukan terlalu banyak perkara dalam satu hari, kurang tidur, dan kelaparan. Biasanya berlaku di sepanjang hari dan menjadi lebih teruk di penghujung hari. Apabila dikaitkan dengan tekanan darah rendah, sakit kepala boleh menjadi agak teruk dan juga boleh menyebabkan rasa mual sebelum berbuka puasa. 

Cara Mengatasi: Kurangkan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, mulakan satu atau dua minggu sebelum Ramadhan. Teh herba dan bebas kafein boleh dijadikan sebagai pengganti. Atur semula jadual anda di bulan Ramadan supaya anda mendapat tidur yang cukup. 

Gula Darah Rendah 

Rasa lemah, pening, keletihan, penumpuan yang lemah, berpeluh dengan mudah, rasa goyah (menggeletar), tidak dapat melaksanakan aktiviti fizikal, sakit kepala, berdebar-debar adalah gejala gula dalam darah rendah. 

Punca (bukan pengidap diabetes): Mengambil terlalu banyak gula iaitu karbohidrat terproses terutamanya waktu sahur. Badan menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan glukosa darah menurun. 

Cara Mengatasi: Makan sesuatu pada waktu Sahur dan hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula. 

Perhatian: Pesakit kencing manis mungkin perlu menyesuaikan ubat-ubatan mereka pada bulan Ramadhan. Minta nasihat doktor anda. 

Kekejangan Otot 

Punca: Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. 

Cara Mengatasi: Makan makanan yang kaya dengan mineral tersebut seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging dan kurma. 

Perhatian: Mereka yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan yang mempunyai masalah batu karang hendaklah merujuk doktor mereka. 

Ulser Peptik, Pedih Ulu Hati, Gastritis dan Hernia Hiatus 

Paras asid yang meningkat di dalam perut yang kosong di bulan Ramadhan memburukkan keadaan di atas. Ia membuat rasa terbakar di dalam perut di kawasan di bawah tulang rusuk dan boleh sampai sehingga ke kerongkong. Makanan yang pedas, kopi dan minuman berkarbonat memburukkan lagi keadaan ini. 

Ada ubat yang boleh mengawal tahap asid di dalam perut. Mereka yang mendapat ulser peptik dan hernia hiatus seharusnya meminta nasihat doktor mereka sebelum Ramadhan. 

Batu Karang 

Batu karang boleh berlaku pada orang yang kurang mengambil cecair atau minum. Oleh itu, adalah penting untuk minum cecair tambahan bagi mencegah pembentukan batu. 

Sakit Sendi 

Punca: Semasa Ramadan, apabila solat tambahan dilakukan, tekanan ke atas sendi lutut bertambah. Di kalangan orang tua dan mereka yang mempunyai artritis, ini boleh menyebabkan kesakitan, kekejangan, bengkak, dan ketidakselesaan.

Cara Mengatasi: Kurangkan berat badan supaya lutut tidak perlu untuk menanggung apa-apa beban tambahan. Lakukan senaman yang melibatkan anggota bawah sebelum Ramadhan supaya ia bersedia untuk terikan tambahan. Mempunyai fizikal yang sihat membolehkan seseorang melaksanakan solat dengan mudah.





Pendidikan melalui pertanyaan
Tentu kita masih ingat mengenai sebuah iklan di telivisyen yang memaparkan seorang anak berulangkali bertanya, “Ini burung apa?”. Ayahnya menjawab, “Ini burung murai, nak”, kemudian pertanyaan itu diulangi lagi, ”Ini burung apa?”. Ayahnya pun menjawab, “Ini burung murai, nak”. Dialog itu berterusan beberapa kali.

Ada beberapa reaksi yang boleh kita duga dari seorang bapa bergantung kepada tahap kesabarannya. Seorang ayah yang tidak sabar akan membalas, “Kenapa ni berulangkali bertanya? Tak faham ke itu burung murai”, kemudian membentak anak supaya diam. 

Seorang ayah yang bijaksana akan menanggapi fenomena ini sebagai suatu keadaan yang sangat baik kerana anaknya ingin bertanya, mungkin si ayah perlu memvariasikan jawapannya dengan memberi maklumat lebih lanjut mengenai burung itu. Misalnya, pada soalan pertama boleh dijawab, “Ini burung murai”, tetapi bagi soalan yang sama berikutnya, boleh jawab, “burung murai ini bunyinya begini (sambil membunyikan suara burung murai)”, dan seterusnya setiap jawapan yang sama boleh dijelaskan lagi mengenai burung murai tapi menambah ciri-ciri baru kepada konsep burung murai dan sebagainya. Si anak, mungkin kerana umurnya masih kecil tidak tahu memvariasikan soalan tetapi keinginannya untuk tahu mengenai burung murai sangat mendalam.

Lebih daripada 30 tahun saya berkecimpung dalam dunia pendidikan universiti, namun pada akhir setiap kuliah apabila saya bertanya kepada pelajar, “Ada apa-apa soalan yang hendak ditanyakan?”. Tawaran saya itu biasanya tidak berbalas. Saya ulang lagi pertanyaan, “Ada tak bahagian-bahagian mana yang anda tidak faham?”, juga tawaran kedua saya tidak bersambut.

Budaya bertanya di kalangan mahasiswa yang pernah saya alami hampir tidak ujud, kalau ada pun akan berlaku pada minggu akhir kuliah, yang bertanya bahan apa yang akan masuk dalam peperiksaan akhir. Suatu pertanyaan yang tidak membantu mahasiswa membentuk konsep teori yang mantap tentang apa yang telah diajar.

Apakah ini akibat daripada herdikan seorang ayah terhadap pertanyaan anak semasa kecil dulu? Atau budaya takut diketawakan kawan-kawan menyelubungi mereka?. Saya makin tidak pasti dengan jawapan sebenar tentang budaya bertanya.

Dalam Surah Al-Anbiya, ayat 7, disebut dengan jelas;

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka. Maka (katakanlah kepada mereka): “Tanyalah olehmu kepada orang-orang yang berilmu (ahli kitab), jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya, ayat 7).

Di dalam tafsir “Al-Jami’ li Ahkamil Quran” tulisan Al-Imam Al-Qurtubi dijelaskan bahwa firman Allah SWT, “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka“, sebagai jawaban atas sanggahan orang-orang kafir yang meragukan kenabian Muhammad SAW. Mereka merendahkan kredibiliti Nabi Muhammad SAW itu dengan mengatakan bahwa beliau adalah manusia biasa, tidak ada kelebihan apapun, sehingga tidak perlu diikuti ajarannya.

Maka Allah SWT turunkan ayat ini yang membandingkan antara nabi Muhammad SAW dengan para nabi terdahulu. Di mana para nabi terdahulu itu sama saja dengan beliau SAW, sama-sama manusia biasa. Hanya saja mereka mendapatkan wahyu dari Allah SWT.
Disebutkan ”beberapa lelaki” untuk menunjukkan bahwa para nabi terdahulu juga manusia, sebagaimana Nabi Muhammad SAW juga manusia. Tapi yang membedakan, para nabi terdahulu dan juga Muhammad SAW mendapatkan wahyu dari Allah. Ayat ini menegaskan bahwa nabi itu bukan malaikat, karena disebutkan dengan kata ”lelaki”, yang menunjukkan bahwa mereka adalah dari jenis manusia juga.

Yang paling relevan dengan tajuk kita ialah bahagian kedua iaitu, “Tanyalah olehmu kepada orang-orang yang berilmu (ahli kitab), jika kamu tiada mengetahui”. 
Sanggahan orang-orang kafir tentang hakikat kenabian Muhammad SAW boleh dirujuk kepada ahli zikir (orang yang berilmu). Sufyan menyebutkan bahwa yang dimaksud dengan ahla-zikri adalah para ahli Taurat dan Injil yang telah beriman kepada nabi Muhammad SAW (sudah masuk Islam).

Disebut mereka itu ahluz-zikri (makna zikr adalah mengingat), kerana mereka faham dan mengerti betul kisah para nabi terdahulu yang belum dikenal oleh bangsa Arab. Dan para kafir Quraisy memang terbiasa bertanya kepada ahli Taurat dan Injil tentang nab-nabi terdahulu. Di sini Allah menegaskan kembali untuk bertanya kepada mereka bila belum tahu.

Sebahagian ulama lain menafsirkan ayat di atas mengenai ahluz-zikri sebagai para ulama yang sangat mengerti isi Al-Quran (menurut Ibnu Zaid). Senada dengan itu, diriwayatkan bahwa ketika ayat ini diturunkan, Sayyidina Ali Ibni Abi Thalib berkata, “Kami adalah ahluz-zikri.” Dan ayat ini menjadi dasar atas kewajiban setiap muslim untuk bertanya tentang hal-hal yang tidak atau belum diketahuinya. Maksudnya, bertanya dalam masalah hukum-hukum Allah SWT yang telah diturunkan melalui kitab suci dan rasul-Nya. Yang dimaksud dengan ahluz-zikri tidak lain adalah para ulama yang memiliki derajat kefaqihan atas nash-nash syar”i.

Juga, ayat di atas menjadi dalil atas tidak wajibnya seseorang untuk bertaqlid hanya pada satu ulama saja, atau pada satu mazhab saja. Setiap orang boleh saja bertanya kepada siapa saja yang masih boleh dihubungi, asalkan orang itu memiliki sifat sebagai faqih (orang yang memahami maksud dan makna dari tiap perintah Allah).

Ayat ini tidak pernah mensyaratkan keharusan berpegang hanya pada satu mazhab saja, sebab kewajiban bertanya hanya sebatas kepada yang punya ilmu, tanpa dibatasi untuk setia hanya kepada satu saja orang berilmu dari mereka. Terserahlah kepada yang bertanya untuk mencerna ilmu yang didapati.

Budaya bertanya sebenarnya telah lama diajarkan dalam Islam melalui riwayat di atas, tetapi kenapa budaya ini tidak hidup subur di kalangan orang Melayu, misalnya. Ini suatu persoalan yang boleh dibuat kajian yang mendalam.

Melalui pertanyaan sebenarnya kita melakukan proses belajar, dan belajar. Siapa yang tidak bertanya ada kemungkinan dia tidak faham atau tersangat faham sehingga tidak perlu bertanya. Tetapi anehnya apabila selesai kertas peperiksaan ditanda ramainya yang tidak boleh menjawab, ini bererti mahasiswa tidak faham bahan kuliah tetapi malas bertanya.

Kenapa kita mesti bertanya? Menurut ahli fikir dan ahli falsafah terkenal Aristotle, bertanya sesungguhnya ialah proses berfikir karena dengan bertanya kita mempunyai keinginan untuk mengetahui jawapannya. Oleh karena itu, Aristotle menyatakan bahwa “Asking is thinking”. Hal ini dipersetujui oleh pemikir-pemikir yang lain. Teori pendidikan moden pun, seperti Teori Konstruktivisma memfokus kepada “pertanyaan” sebagai alat penting dalam proses pembelajaran yang berasaskan pelajar (student centered learning). Dalam teori pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning theory), aspek penting kejayaannya ialah bertanya.

Iklan TV di atas memaparkan anak yang masih kecil bertanya soalan yang sama, namun jika dia makin dewasa nanti dia akan memvariasikan pertanyaannya kepada siri pertanyaan-pertanyaan yang berbeza mengenai tajuk yang sama. Melalui cara itu dia akan lebih faham secara mendalam. Albert Einstein memvariasikan pertanyaan kepada banyak pertanyaan-pertanyaan kecil terhadap suatu masalah tertentu sehingga jawapan yang diperolehi begitu tepat dan mendalam.

Marilah kita semarakkan budaya bertanya di masyarakat kita, agar ilmu Allah itu turun dengan aman kepada kita dan diberikan kita sikap terbuka dalam mencari ilmu dan tidak ada ilmu yang cuba disorok-sorokkan seperti menyorok barangan kawalan menunggu kenaikan harga. Ilmu jika disebarkan akan bertambah, tetapi harta jika disebarkan keterlaluan akan susut.

Mari kita lahirkan budaya bertanya bagi mencari ilmu.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 7 September 2011.





Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa

Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa
Ceramah pengurusan diabetes ketika berpuasa telah disampaikan oleh Dr Masni Mohamad, Pakar Perubatan Endokrinologi, Hospital Putrajaya pada 18 Julai 2011. Ceramah telah dihadiri sekitar 30 orang peserta bermula jam 9.15 pagi hingga 10.30 pagi. Banyak panduan dan pengetahuan yang kita perolehi melalui ceramah beliau itu.

Ada tiga komponen organ yang terlibat dalam fenomena kencing manis iaitu hati (liver), pankerias dan saluran darah. Pankerias berfungsi menghasilkan insulin, sejenis hormone yang diperlukan sebagai kunci kepada distribusi gula dalam darah. 

Gula diperolehi melalui makanan dan yang memproses gula ialah hati (liver). Setiap sel dalam badan manusia memerlukan gula sebagai tenaga untuk mengerakkan fungsinya. Apabila gula tidak sampai ke sesuatu organ yang memerlukan gula untuk berfungsi, maka organ berkenaan tidak dapat berfungsi kerana tiada tenaga. Insulin bertindak sebagai anak kunci kepada sel, jika sel itu boleh dibuka oleh insulin maka sel berkenaan boleh menerima gula yang dikirim melalui saluran darah dan dimanfaatkan oleh sel berkaitan bagi menjalankan fungsi hakikinya.

Ada sebahagian manusia yang pankeriasnya tidak berfungsi mengeluarkan insulin. Maka diperlukan insulin dari luar bagi membantunya mengatasi fenomena kencing manis. Penderita kumpulan ini disebut sebagai Diabetes Jenis 1. 

Sebahagian manusia pula menghadapi masalah pankeriasnya tidak mengeluarkan insulin secukupnya untuk membantu mengatasi fenomena kencing manis dan memerlukan obat-obatan bagi membantu pankerias menghasilkan insulin yang mencukupi bagi menghadapi fenomena kencing manis. Penderita jenis ini dinamakan Diabetes Jenis 2. Banyak obat-obatan yang telah dicipta bagi membantu penderita jenis kedua ini, antaranya Metformin, Daonil, Diamicron, Acarbose, Glicazade MR, Januvia dan lain-lain.

Bagaimana kita mengenali gejalan fenomena kencing manis akan melanda kita? Ini suatu soalan yang perlu ditanyakan oleh setiap orang. Jika anda selalu haus (dahaga), kerap buang air kecil, lesu, dan keletihan maka segeralah buat ujian OGTT (telah disebut dalam artikel sebelum ini). Lebih baik kita tahu lebih awal daripada tiba-tiba datangnya tsunami kencing manis pula.

Ada dua akibat dahsyat bagi penderita kencing manis iaitu hypoglisemia (kekurangan gula) dan hyperglisemia (kelebihan gula). Kedua-dua keadaan yang ektsrim akan menjurus kepada kematian jika tindakan segera tidak diambil. Akibat-akibat lain ialah diabetes ketoacidosis, “dehydration (kekurang air dalam badan)”, dan “thrombosis”.

Golongan pengidap yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu mereka yang mempunyai fenomena kencing manis yang tidak dapat dikawal dan pengidap yang tidak mengikut nasihat doktor dalam penjagaan dan pengawalan fenomena kencing manis mereka. Nasihat doktor pakar diperlukan sebelum pengidap kencing manis berhasrat meneruskan puasa mereka.

Mereka yang hanya penginap jenis 2 dan bergantung kepada obat sahaja dan berkeadaan obese, maka mereka digalakkan sangat berpuasa dan boleh mengurangkan berat badan jika berpuasa.

Beberapa peraturan digariskan bagi penderita kencing manis ketika berpuasa iaitu:
1. Mereka mesti bersahur lewat dengan memakan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan ketika berbuka dianjurkan makan makanan manis. Semuanya dalam kuantiti yang sedikit.
2. Jangan lambat berbuka puasa.
3. Ambil obat seperti yang doktor cadangkan. Obat yang biasanya diambil waktu pagi dipindahkan ke waktu berbuka dan obat yang biasanya diambil waktu malam dipindahkan ke waktu sahur.
4. Jangan makan berlebihan.
5. Usahakan menjaga dan mengawal diabetes secara am.
6. Kenali tanda-tanda hypoglisemia dan juga hyperglisemia.
7. Mesti segera berbuka bila berlaku hypoglisemia dan hyperglisemia.

Pemeriksaan kadar darah dalam badan perlu dilakukan seperti biasa ketika berpuasa bagi mengetahui keadaan sebenar kadar darah kita untuk tujuan kawalan dan tindakan. Masa pengujian darah secara sendiri boleh dilakukan dalam empat keadaan, (1) sebelum makan sahur, (2) 3 - 4 jam selepas sahur, (3) sebelum berbuka puasa, (4) 3 – 4 jam selepas buka puasa.

Cara terbaik mengawal fenomena diabetes ialah mengawal pemakanan dan bersenam. Jika kita ingin tetap sehat jagalah pemakanan dan wajibkan diri kita untuk bersenam setiap hari kalau boleh atau tiga kali seminggu walau pun dengan memaksa diri.

Hanya redha Allah yang kita cari dan bersama-sama menjaga anugerah Allah yang berupa badan, minda dan keluarga di sekeliling kita.





KADAR GULA DALAM DARAH

SENAMAN MENJADI WAJIB

Menurut Dr Hjh Masni Mohamad, pakar perubatan Endokrinologi, Hospital Putrajaya bahwa pancreas berkurang fungsinya sebanyak 4% setiap tahun. Jika tidak ada usaha memulihkan fungsi pancreas, maka kita dapat meramalkan pancreas akan hilang fungsi sepenuhnya dalam masa 25 tahun bermula daripada tahun kita mengesan kelemahan pancreas tersebut.

Pancreas ialah organ penting dalam badan manusia bagi menghasilkan insulin, sejenis hormone yang membantu proses menukar gula menjadi tenaga. Melalui insulin setiap sel dalam badan dapat menerima tenaga yang diperlukan oleh organ untuk melaksanakan fungsinya.

Kita boleh andaikan proses mengirim insulin ke organ organ dengan kaedah menghantar serahan mesej singkat (SMS). Andaikan 20 SMS dihantar ke organ organ untuk membekal insulin tetapi hanya 15 organ sahaja yang menjawab atau respon dan 5 organ lagi tidak menjawab. Organ yang tidak menjawab SMS tersebut adalah organ yang tidak berfungsi. Organ yang tidak berfungsi akan menjadi masalah kepada kita.

Bagaimanakah kita mengaktifkan 5 organ yang tidak berfungsi itu? Cara terbaik menurut pandangan doctor ialah dengan bersenam. Supaya kesihatan kita berada dalam kondisi optimal, kita wajib bersenam kerana melalui badan yang sehat ibadah kita kepada Allah akan semakin mantap.

Melalui senaman kita mengaktifkan organ organ dalam badan kita untuk menerima tenaga yang dibekalkan sesudah insulin berjaya mengaktifkan sel dan membiarkan sel sel menyerap gula dan menjadikannya tenaga untuk pergerakan badan.

Mengawal kadar gula dalam badan merupakan tugas setiap manusia, sebab bila paras gula terlalu tinggi kerana beberapa organ dalam badan sudah mula rosak kita akan menghadapi hiperglisemia dan boleh membawa kematian. Sebaliknya jika paras gula dalam badan terlalu rendah dan badan kehilangan tenaga untuk bergerak, maka kita akan menghadapi keadaan hipoglisemia dan boleh juga membawa kematian. Jadi, kawalan gula dalam darah yang stabil sangatlah penting agar kedua-dua fenomena di atas tidak berlaku.

Kadar gula dalam darah yang normal berada antara 4.4 hingga 6.1 mmol. Sesiapa yang mempunyai kadar gula dalam darah di bawah atau di atas daripada kadar normal akan menghadapi dua kes yang disebut dalam perenggan di atas, iaitu hipoglisemia (kurang gula) atau hiperglisemia (lebih gula).

Bagi mereka yang mempunyai fenomena kencing manis sebaiknya mempunyai alat pengukur 
kadar darah agar kita boleh mengetahui pada bila-bila masa kadar gula dalam darah, dengan mengetahui kadar gula dalam darah kita boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah. 

Jika kekurangan gula segeralah kita menambah kadar gula dengan mengambil makanan manis atau gula-gula. Jika kelebihan kadar gula bolehlah diatasi dengan cara cara yang dicadangkan oleh doctor seperti bersenam dan sebagainya.

Bagaimanakah kita mengesan fenomena kencing manis. Apakah fenomena itu sudah melanda kita? Cara terbaik ialah meminta doctor di mana mana klinik mengadakan ujian glukosa. Doktor akan meminta anda meminum larutan gula yang sangat manis sehingga terasa pahit. Satu jam kemudian doctor akan mengambil bacaan kadar gula dalam darah anda. Selepas itu anda diminta datang lagi satu jam kemudian, bacaan kedua akan diambil pula. Doktor akan memberi keputusannya kepada anda sama ada anda sudah diserang fenomena kencing manis.

Lebih baik kita tahu lebih awal apakah fenomena itu sudah melanda kita kerana dengan itu kita boleh membuat persiapan menghadapinya. Jangan sekali kali mengatakan bahwa fenomena itu tidak ada sebelum kita membuat ujian glukosa.

Pada masa ini saya beranggapan bersenam itu wajib bagi mendapat kesihatan yang terbaik dan dengan kesihatan yang terbaik kita boleh berfungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan peranan yang terbaik juga. Hanya pada badan yang sehat, minda kita akan cergas. Apabila minda cergas, kerja kerja dakwah dan kehidupan harian dapat dijalankan dengan sempurna.


Apabila rasa malas mengintai untuk melemahkan semangat kita untuk bersenam, maka ingatlah dalam minda kita bahwa harga kesihatan jauh lebih mahal daripada wang yang kita ada. Lebih baik kita bersikap proaktif dengan bersenam bagi menghindarkan penyakit daripada bersusah payah kemudian untuk mengobati penyakit. Sediakan payung sebelum hujan. Itu pepatah orang Melayu yang semua orang tahu dan sebenarnya orang Melayu ialah orang yang proaktif. Kenapa tidak kita semarakkan sikap baik kita itu buat selama lamanya.

21 April 2014

PULAU NANGKA

Pulau Nangka: Kenapa sekarang?

  • pulau nangkaLaporan muka depan Sinar Harian, semalam.
 1 / 1 
SEJAK kebelakangan ini, nama Pulau Nangka semakin menonjol. Siapa sangka, pulau yang dinamakan sedemikian kerana berbentuk seperti buah nangka itu, menyimpan rahsia besar sejak bertahun lamanya.

Sebuah pulau kecil tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari pantai dan 4 kilometer dari pulau utama iaitu Pulau Besar, menyimpan peninggalan sejarah berharga yang belum terungkai sehingga kini.

Paling mengejutkan, harta karun dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit masih tertanam di pulau berkenaan.

Pulau Nangka yang diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dikelilingi tidak kurang 10 pulau-pulau lain termasuk dua daripadanya dihuni manusia, sebelum ini pernah mendapat perhatian seketika.

Masih ingatkah peristiwa Disember lalu apabila 11 pelatih Kursus Asas Komando dan dua jurulatih dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) hampir maut selepas bot dinaiki terbalik dan hanyut selama 28 jam ketika mereka menjalani latihan mendayung ke pulau itu?.

Bagaimanapun, pendedahan media minggu lalu lebih menarik perhatian daripada kisah di atas, apabila Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan melantik sebuah syarikat untuk mengkaji dan mengeluarkan harta karun dipercayai berada di pulau berkenaan.

Pendedahan itu bukan daripada sumber bukan-bukan, sebaliknya keluar dari mulut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri yang dengan penuh yakin Pulau Nangka menyimpan banyak harta berharga.

Malam kelmarin, ketika menghadiri majlis makan malam sebuah majlis di kediamannya di Seri Bendahara, Melaka, Idris mengakui usaha mencari harta karun tersebut sebenarnya sudah bermula sejak kira-kira 30 tahun lalu secara senyap.

Ini bermakna, pencarian sudah dilakukan sekitar 80an lagi dan ketika itu ketua menterinya bukan Idris.

Hanya selepas bertukar lima ketua menteri, akhirnya ketika Idris yang mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu mengambil keputusan mendedahkan kepada umum mengenai penemuan itu.

Idris mengakui, memang selama ini kerajaan negeri merahsiakan penemuan artifak yang mempunyai tidak kurang 20 bilik dan tersimpannya harta karun itu pada pengetahuan umum, khususnya rakyat Melaka.

Menurutnya, sebelum mendedahkan umum, beliau terlebih dulu mahu memastikan dakwaan berhubung penemuan artifak dan harta karun itu adalah sahih, bukan sekadar cerita dongeng.

Sehinggalah satu bukti ditunjukkan seorang individu kepadanya yang meyakinkan beliau berhubung harta karun terbabit.
"Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula," kata Idris.

Beliau berkata, misi mengeluarkan harta berkenaan bukan satu tugas yang mudah kerana harta karun itu ada 'penjaganya'.

Bagaimanapun, katanya, usaha dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan rakyat mungkin menyebabkan harta karun itu sukar dibawa keluar, lantas akhirnya Idris merasakan adalah lebih baik diwar-warkan kepada umum.

"Dulu kita lakukan secara senyap-senyap, tapi nampaknya tidak berhasil. Kita rasakan sudah sampai masanya perkara ini disebarkan kepada umum. Mana tahu, mungkin dengan cara ini akan lebih mudahkan usaha pencarian," katanya di hadapan kira-kira 800 orang pada program berkenaan, malam kelmarin.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang mendakwa Sultan Melaka dahulu mempunyai satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek diperbuat daripada emas.

Beliau berkata, harta yang dimiliki hasil cukai pedagang luar negara itu kemungkinan disembunyikan di pulau berkenaan ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 kerana ditakuti istana diserang dan ditawan.

Ternyata, apa dikatakan Idris bukanlah hanya satu angan-angan kosong dan kerana itu tidak ada apa lagi perlu disorokkan daripada pengetahuan orang ramai.

Bagaimanapun, Idris sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau tidak menaruh harapan tinggi untuk membawa balik harta karun berkenaan yang kini dilakukan Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mengumpul segala bukti.
Seandainya harta berkenaan ditemui, apakah akan dilakukan Kerajaan Negeri Melaka? Itulah soalan yang berlegar di fikiran sebahagian rakyat Melaka yang ditemui pada majlis sama.

Menurut Idris, sekiranya ditakdirkan harta berkenaan ditemui, itu bermakna ia rezeki dan nikmat kepada seluruh rakyat Melaka, namun tidak menyatakan secara terperinci faedah dimiliki hampir satu juta penduduk di negeri berkenaan.

"Ia boleh digunakan kerajaan negeri untuk membangunkan negeri selain ganjaran kepada kumpulan yang berusaha. Tapi kalau tiada, tak apalah," katanya.

Dengan erti kata lain, artifak ditemui akan membuka pintu hasil lain, terutama melebarkan sektor pelancongan, sekali gus menambah pendapatan negara yang akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan bukan saja pada prasarana, malah ekonomi.





HARTA KARUN

Harta karun milik Kesultanan Islam

Harta karun milik Kesultanan Islam
 1 / 1 
PULAU NANGKA - Harta karun bernilai berbilion ringgit yang dipercayai tersimpan sejak lebih lima abad lalu di Pulau Nangka, hanya boleh digunakan untuk kebajikan.

Itulah yang diberitahu kepada media oleh syarikat yang dipertanggungjawab melakukan kajian serta mencari bukti bergambar mengenai kewujudan harta karun tersebut.

Pengarah Urusan syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said mendakwa, harta tersebut hanya boleh dikeluarkan dengan berbai’ah dan tidak boleh digunakan sesuka hati.

“Saya hendak tekankan perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan menerusi pengkajian kami secara teknologi dan spiritual, harta Kesultanan Islam Melayu Melaka memang tidak keluar dari bumi dan perairan Melaka termasuk isi kapal Flor De La Mar,” katanya.

Semalam, wartawan Sinar Harian, antara yang diberi peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki di pulau yang dikatakan pernah berperanan sebagai markas para Wali Allah.

Rombongan tersebut turut disertai Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan, Datuk Norpipah Abdol; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas serta Ketua Jabatan Warisan Negara, Zon Selatan, Johar Kadis.

Tidak seperti kunjungan pertama, kali ini kami diberi peluang menyaksikan sendiri kerja-kerja menebuk lubang pintu di samping menyaksikan kesan peninggalan sejarah yang terdapat di Pulau Nangka.

Menurut Mohammad Foad Khushairy, kehadiran syarikatnya di Pulau Nangka bermula pada Julai 2012 dan kerja-kerja tersebut akan berakhir pada 30 April ini.

Setakat ini, pihaknya begitu yakin akan menemui bukti sebagaimana yang diharapkan mengenai kewujudan harta karun tersebut.

Katanya, kerja-kerja penebukan pintu dinding batu sedang giat dijalankan dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada 27 April ini.

"Berdasarkan laporan geoteknikal dengan alat pengimbas bumi, kami yakin memang terdapat harta karun dan barangan artifak di sini. Lantaran itu, kami terpaksa membuat pintu baharu untuk tembus ke bawah.

“Bila kita dapat masuk ke ruang bawah, maka kita akan dapat masuk kesemua bilik yang terdapat di sini,” katanya.
Beliau berkata, menerusi imbasan yang dijalankan terdapat 20 bilik di dalam pulau seluas 20 hektar itu yang pernah dibina di zaman kemuncak Islam Kesultanan Melayu Melaka.

“Kami terpaksa menambah tenaga kerja. Kalau sebelum ini hanya 23 orang tetapi menjelang Isnin ini meningkat kepada 40. Kebanyakan mereka memang pakar dalam melakukan kerja menebuk bongkah batu.

“Kesemua dinding batu terbabit mempunyai ketebalan antara 3.5 hingga lima meter serta mempunyai kedalaman lapan meter dari puncak bukit. Tempat yang kita tebuk semua kita sudah imbas bagi mengenal pasti lorong-lorong yang boleh dimasuki.

“Ada pintu, sudah hampir 50 peratus siap manakala pintu kedua hanya 30 peratus sahaja untuk kita masuk ke dalam. Proses dan kaedah yang dilakukan terpaksa mengambil masa sehingga hampir dua tahun kerana perlu dijalankan pelbagai peringkat dan prosedur,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pun sudah banyak pihak yang berjaya masuk dan menembusi pintu berkenaan tetapi tidak boleh membawa harta itu keluar.

“Apa yang ada di pulau ini memang penjajah terdahulu sudah tahu baik Belanda, Inggeris dan Jepun, mereka cuba ambil tetapi tidak dapat.

“Struktur tembok batu yang dibina ini memang benar-benar kukuh dan kalau di kira sekarang hendak membinanya memang tidak mampu.

“Jadi sebagaimana orang dahulu bersusah payah dan sebagaimana mereka mempertahankan bumi Melaka daripada penjajah, kita hari pun kena macam itu,” katanya.

Selain itu, beberapa simbol unik turut ditemui sepanjang penjelajahan kami di sebahagian pulau berkenaan.

Selain ukiran bulan sabit serta peta Pulau Nangka yang pernah dipaparkan sebelum ini, semalam kami telah menemui beberapa lagi tanda dan simbol antaranya batu berbentuk piramid dan batu berkenaan sama seperti yang terdapat di Pulau Serimbun terletak bersebelahan Pulau Besar.

“Di antara simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.

“Simbol bulan sabit yang ditemui juga tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi”,” dakwanya.

Secara kesimpulannya, selain isu harta karun yang semakin memuncak heboh diperkatakan, Pulau Nangka sebenarnya adalah satu lagi lambang perkembangan syiar Islam di rantau ini dan ia pernah menjadi markas para wali termasuk beberapa Wali Songo.

Para pengkaji benar-benar yakin, harta berkenaan hanya boleh dikeluarkan oleh mereka yang berhak dan tidak boleh digunakan untuk tujuan sembarangan.

Sekiranya ada niat lain, pasti akan menerima musibah.







BAPA PRIHATIN

Ayah sanggup belajar, bantu anak ulang kaji
MOHD ZAILANI ABDUL RAHM AN
28 Mac 2014

  • Ayah sanggup belajar, bantu anak ulang kajiZul Azree (kanan) berkongsi kejayaannya dalam peperiksaan SPM bersama bapanya.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Tidur satu jam sehari berbaloi buat Zul Azree Dr Zulkepli apabila dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong berikutan kejayaannya memperoleh 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Kejayaan tersebut sememangnya amat bermakna buat Zul Azree kerana dia adalah pelajar tunggal di sekolah tersebut memperoleh keputusan 10A.

Zul Azree, anak pemilik firma akauntan, Datuk Dr Zulkepli Mohamed (Zul Wisma) berkata, setiap hari selepas waktu persekolahan kira-kira jam 4 petang hingga Maghrib, dia mengulang kaji pelajaran di pejabat bapanya secara bersama-sama dan kemudian menyambungnya di rumah sehingga awal pagi.

“Selepas selesai ulang kaji pelajaran dengan papa, saya sepatutnya tidur kerana keesokannya saya akan ke sekolah tetapi demi cita-cita saya dan semangat mahu mendapatkan keputusan cemerlang, saya belajar secara curi-curi.

“Saya hanya tidur satu jam sahaja sehari dan pada masa sama, saya tidak pernah berputus asa berdoa kepada ALLAH SWT meminta keberkatan-Nya supaya mempermudah usaha saya ini serta memberikan kejayaan untuk membalas jasa ibu bapa saya dan ahli keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Zul Azree berkata, di sebalik kejayaan tersebut, sebenarnya ia amat bermakna buat bapanya kerana bukan sahaja dia yang bersungguh-sungguh mengulang kaji, malah bapanya juga turut mempersiapkan dirinya dengan setiap mata pelajaran dipelajarinya di sekolah.

“Papa akan ajar saya satu persatu setiap mata pelajaran yang saya ambil.

"Walaupun saya sukar memahaminya, papa tidak mudah melenting tetapi akan memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh menjawab soalan latihan diberikan sebagai persediaan untuk peperiksaan,” katanya yang mahu mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi akauntan.

Perkara itu diakui oleh Zulkepli yang memberitahu sejak 2010, dia turut belajar dengan seorang guru, Nordin Hassan bagi membantu anaknya mengulang kaji pelajaran.

Menurutnya, dua jam sehari diperuntukkan untuk belajar dengan Nordin bagi mata pelajaran yang agak sukar difahaminya supaya selepas itu dia dapat mengajar anaknya semula semasa mengulang kaji.

“Selain berkat doa, kami semua keluarga sentiasa solat hajat dan baca al-Quran secara berjemaah. Saya juga mengambil inisiatif untuk belajar dan kemudiannya mengajar anak-anak,” katanya.