PEMBONGKARAN - RAHSIA PEMBINAAN PIRAMIDWritten By taoslayerz on Monday, June 20, 2011 | 11:37 AM
TAOTAUAJER - Agak terlalu lama para saintis pening kepala perah otak macam mana cara pembuatan Piramid dilakukan. Ini kerana Teknologi mengangkat batu-batu besar yang agak mencapai ribuan kilogram untuk mengangkat barang berat tak ada pada waktu zaman tersebut. Tetapi tanpa disangka sebenarnya rahsia tersebut telah tertulis di dalam Al-Quran sebenarnye kalau korang nak tau.
Tau tak apekah rahsia di balik pembangunan PIRAMID ini? Macam mana pembinaanyer ?
Dalam Paper Times Amerika edisi 1 Desember 2006, telah mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid pada zaman tersebut! Menurut penelitian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batuan keras yang sukar untuk dibezakan dengan batuan yang asli.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam mengelola tanah liat sehingga menjadi batu. Dan teknik tersebut adalah sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi batu yang mereka tinggalkan pada masa ini.
Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahwa Piramid yang paling besar di Giza, diterbuat dari dua jenis batu: iaitu batu semulajadi (natural stone) dan batu-batu yang dibuat secara manual seperti olahan tanah liat.
Dan dalam penelitian yang dikeluarkankan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahwa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Sebab tak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu semulajadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan di dapur ( macam dapur la kot ) dan dengan menggunakan air garam sehingga wap air garam tersebut terbentuk untuk membentuk campuran tanah liat tersebut. Kemudian formula adunan tersebut dituangkan ke dalam ruang (acuan) yang disediakan di dinding piramid. Secara ringkasnya lumpur tersebut telah dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki dan dibakar, kemudian diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid. ( so setelah dibakar lumpur tersebut akan mengeras seperti batu )
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron ( dah canggih la kate ko ) terhadap batu tersebut dan menjumpai jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu tersebu diperbuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, so ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.
Dengan cara untuk membuat batu besar ini, profesor mengambil sepuluh hari dan adalah sama dengan batu semulajadi.
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di sebalik pembuatan batu di puncak piramid. Ia berkata, "Selepas bertahun-tahun penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid di Mesir dibuat menggunakan tanah liat."
Penemuan oleh Profesor Prancis Yusuf Davidovits soal batu-batu Piramid yang ternyata terbuat dari lumpur Olahan ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.Satu kajian daripada piramid berusia Bosnia "Piramid Matahari" dan menerangkan bahawa batu itu diperbuat daripada tanah liat! Ini mengesahkan bahawa kaedah ini berleluasa di dalam masa lalu. (Gambar dari batu piramid).
Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan berkata bahawa kebenaran saintifik adalah sangat jelas bahawa kaedah tertentu dalam casting dari tanah lumpur itu telah dikenali sejak beribu-ribu tahun dalam kedua-dua tamadun yang berbeza Romania atau Firaun!
Kalau korang nak tau dalam Al Quran Ternyata Lebih Dulu mempunyai Jawapannyer.
Jika dipahami lebih mendalam, ternyata Al Quran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum Mereka mengungkapkannya, perhatikan Sebuah ayat dalam Al-Quran berikut ini:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)
Subhanallah! Bukti yang menakjubkan Menunjukkan Bahawa bangunan bangunan raksasa, Patung-Patung raksasa dan Tiang-Tiang ditemui dalam tamadun yang tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah! Al-Qur'an adalah Kitab pertama yang menyungkil rahsia bangunan piramid, bukan saintis Amerika atau Perancis.
Persoalannyer~
Nabi saw tak pernah pergi ke Mesir pon dan tak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang tau tentang rahsia piramid. Sebelum ini, saintis tidak percaya bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membangun monumen tinggi kecuali beberapa tahun belakangan ini.
Pelik, 1400 tahun yang lalu sebelum Nabi Muhammad saw, berbilang tahun setelah Berakhirnya kerajaan Firaun memberitahukan bahawa Firaun membina monumen yang akan dinamakan Piramid dengan menggunakan.....TANAH LIAT
kenyataan ini adalah bukti yang sangat jelas dan kuat bahawa Nabi Muhammad tidak bercakap menurut hawa nafsunya tetapi petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan apabila Dia menyelamatkan Nabi Musa ... Dan apabila Dia memberitahu Nabi terakhirnya akan hakikat fakta saintifik ini, dan ayat ini sebagai saksi kebenaran kenabiannya di masa depan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan