04 April 2014

AMUK

ASKAR MENGAMUK TEMBAK MATI 3 ORANG DI AMERIKA SYARIKAT


BEBERAPA anggota media menunggu di luar pangkalan tentera Fort Hood di Texas, Amerika Syarikat kelmarin.


FORT HOOD, Texas - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang mengalami gangguan mental menembak mati tiga orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 16 lagi sebelum menembak dirinya di sebuah pangkalan tentera di sini kelmarin, kata beberapa pegawai tentera.
Pegawai pemerintah pangkalan tentera Fort Hood, Mark Milley berkata, anggota tentera berkenaan yang sebelum ini dirawat kerana mengalami tekanan dan gangguan emosi memasuki dua buah bangunan di pangkalan itu dan melepaskan tembakan sebelum dia dihalang oleh anggota-anggota polis tentera.
"Motif serangan belum diketahui," kata Milley.
Menurutnya, lelaki tersebut kemudian menembak kepalanya menggunakan sepucuk pistol .45 kaliber.
"Pada masa ini, tiada tanda- tanda yang menunjukkan insiden tersebut mempunyai kaitan dengan keganasan," tambahnya.
Kejadian amuk bersenjata api itu adalah yang ketiga di pangkalan tentera AS sejak enam bulan lalu selain beberapa kejadian tembakan di tempat awam seperti sekolah dan pusat beli-belah.
Beberapa pegawai keselamatan memberitahu, maklumat awal mendapati lelaki bersenjata itu dikenali sebagai Ivan Lopez tetapi Milley enggan mengesahkan identiti penyerang sehingga keluarganya dimaklumkan.
"Penyerang itu pernah berkhidmat di Iraq selama empat bulan pada tahun 2011," kata Miley.
"Dia sebelum ini dirawat dan dinilai kerana mengalami simptom tekanan dan kemurungan selepas perang," tambahnya.
Jelas Miley, penembak tersebut tiba di pangkalan tentera Fort Hood pada Februari lalu dari sebuah fasiliti tentera lain.
Fort Hood merupakan antara pangkalan tentera terbesar di AS. - Reuters





*****************************************************************************************************

PANDANGANKU:

Kelihatan pada zaman ini semakin ramai 'jiwa kacau' kerana pelbagai tekanan.  Mungkin juga sebagai balasan Allah kpd mereka yg angkuh dan sombong.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan