Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

01 Julai 2013

HIDANGAN DI RUMAH UDA

Masakkan yg sempat dihidangkan di rumah Uda.  InshaAllah lain kali kita masak2 lagi ye.  Kami seronok sangat bermalam di rumah Uda.

Makan tengahari.  Sekadar yang mampu untuk dihidangkan.  Yg paling sedap....ina suka sepat kering tu. Hmmm....yummmy!!


 Hubby turut membantu menyediakan juadah ni.  T.ksh abe...


Masak kicap ayam.  Resipi hubby.


 Ikan keli masak cili....juga resipi hubby.  Ina tak makan ikan ni.


Sayur campur...ina yg masak. Simple je.


Yg ni pun ina yg buat.  Air asam special dr Taiping tau!


Ikan kembung goreng cicah air asam.


Yg sebelah kanan tu, ayam goreng potong kecik2.


 Jom makan!


Hari ke-2 masak ikan bawal sweet sour.  Resipi hubby.  Dia mmg suka masak klu pi rumah sape2 pun.  Alhamdulillah....


Ayam goreng kunyit reka2....hihihi


Saja buh sayuran byk2 kat atas ikan bawal tu sbb ina mmg suka sayurannya.


Sampai tenggelam ikannya.  Jgn marah uda dan ema ye...

 

 Rumah uda yg masih belum kemas sepenuhnya.  Tak pe....pelan2 nti cantik la!!



 Rumah teres 2 tingkat.  Cantik!







07 Mac 2013

IKAN PARI AIR ASAM

Resipi suami. Maaflah takde sukatan yg tepat....main agak2 je.  Mcm tu la kalau suamiku memasak.  Tak ikut resipi sgt.

BAHAN:

Ikan pari/kembung
Tomato - potong dadu
Bawang besar - potong dadu
Cili padi - dihiris
Asam jawa
Belacan
Garam
Gula (opt)

CARA:

1)  Satukan kesemua bahan kecuali ikan.
2)  Rebus smpi mendidih kemudian masukkan ikan.
3)  Biar smpi ikan masak.
4)  Sedia utk dihidang.

*************************************************************************

Sedap dimakan ketika panas.

 Elok juga utk kesihatan sbb 'merebus' je.

 Kalau nak gantikan dgn ikan kembung pun boleh jugak.




27 Februari 2013

IKAN MASAM MANIS

Masakkan ni adalah hasil tangan suamiku.  Beliau memang pandai memasak.  Kalau time rajin, selepas je ambik ina dr sekolah....smpi depan pintu rumah...hmmmmmm....sedapnya bauuuuu....rupanya beliau dah siap masak.  Wlupun dah pukul 3.30 ptg, beliau dan anak2 setia menunggu untuk makan bersama.  Memang berkat keluarga makan bersama setiap kali tiba waktu makan.  Jangan diabaikan jika ada kesempatan.  In Shaa Allah selamat dan bahagia rumahtangga.

Resipinya main agak2 je.

Ikan merah - bersihkan + garam kunyit - goreng

Utk Sos:

Sos cili
Sos tomato (jika suka)
Lobak merah - potong mcm dlm gmbr
Bunga kobis
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Garam
Sedikit air
Daun sup dan bwg

Cara:

1)  Tumis bawang2 + sos + air dll - mendidih - ketepikan.
2)  Susun ikan dlm pinggan - curahkan sos tersebut.
3)  Hias daun sup dan bwg.

 


Ikan merah masak masam manis.




28 September 2012

MASAKKAN IKAN LA PULAK

ACAR IKAN

BAHAN:

4 ekor ikan (ina guna ikan kembung je) - digoreng  (ikan tongkol pun ok gak!)
2 bj bwg besar - belah 4 - ambik sedikit utk tumis
3 ulas bwg putih
1" halia (opt)
Sedikit timun - buang biji potong 4 mcm dlm gmbr
Sedikit carrot - potong 4
2 bj cili merah - belah 2
1 camt bj sawi
4 camb cuka
Garam dan gula
Air - ikut selera

CARA:

1)  Tumis bwg2 + biji sawi - smpi layu + air + cuka - mendidih + sayuran + ikan.
2)  + garam dan gula(elok buh lebih sikit sbb masakkan ni sedap jika manis...terpulanglah selera masing2)
3)  Biar mendidih dan sayur empuk - tutup api.  Selamat mencuba!

Ina suka bubuh bwg byk...manis rasanya.

Rasa manis2 gitu...barulah kena.

*********************************************************************

Ini kuah utk ikan sweet sour.  Maaf ye sbb tak sempat nk snap gambar ikannye...hihi.  Air tangan suami ina...dia memang pakar masakkan ni.  So biar je lah dia buat sendiri.  Anak2 memang suka.


27 April 2012

TRY RESIPI

ASAM PEDAS REMPAH KARI

Resipi ni Ina ambik dari Datin LuLu kat myr.  Sedap!  Anda pun boleh cuba.  Alahai...klu senang nti Ina tempekkan resipinya kat sini ye.  Inilah 1 penyakit bg Ina, malas nak salin resipi kat sini..sbb ambik masa la.  Maaf ye..kawan2.

 Snap gambar kepala ikan je.  Ina guna ikan kembung.  Kalau nk guna ikan lain pun boleh jugak.

Rasa masam2 gitu.

23 Oktober 2009

JAMU MATA

IKAN KALUI


Ini ikan dalam akuarium rumah Ina. Hobi suamiku la ni. Tak cukup dalam rumah dia buat pulak rock garden di luar.  Macam-macam jenis ikan dibelanya dan dah banyak juga yang mati.



IKAN LAMPAM


19 Oktober 2009

IKAN


Ini ikan yang dibela oleh suami dekat rock garden depan rumah.  Sekarang ni dia tengah buat ubahsuai nak bagi lagi cantik la konon...  Ina pun tak tahu apa nama ikan ni.  Saiz ikan ni besar pinggan makan kita tu.  Dah lama jugak kami membelanya.  Sayang...sekor dah mati.  Ikan lain pun ada jugak.  Nanti Ina uploadkan kat sini ye...