Memaparkan catatan dengan label Bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bag. Papar semua catatan

21 Jun 2014

DRAWSTRING BAG TERKINI











TISSUE HOLDER AND KEY HOLDER

Memang senang sungguh nak buat tissue and key holder ni.  Anda cari je tutorial yg berlambak2 kat dlm internet ni....sangat2 berbaloi!  Ina dah cuba mcm2 kreativiti begini....tak rugi!!

Mula2 gunting mcm ni....terpulanglah kpd anda nak saiz besar or kecik.  Ina ikut sedap rasa hati je....

Dah jadi pun.....try buat bentuk bulat.  Caranya sama je.

Siap leee beberapa pcs utk koleksi.

Nampak kemas la sikit apabila anak2 kunci tersorok dlm pouch tu.

Nanti nak buat lagi.

Tissue Holder.

Akan kelihatan begini setelah siap.  Ina buat hook pada setiap hujung zip supaya senang nak pegang..  Tutorial asal tak buat mcm tu.

4 segi dan bulat.









20 Mei 2014

DRAWSTRING BAG - ROSE + BLUE

Beg ni khas untuk 2 orang cikgu kesayangan anakku di SKT sempena sambutan "HARI GURU" yang lalu..  Semoga cikgu sudi menerimanya.

Corak bunga ros jadi pilihan.

Liningnya Ina guna jenis kain berat color biru bercorak kartun.

Kain ni beli kat Nagoya.  Byk pilihan di sana.

Boleh guna pada kedua2 belah beg.  Klu jemu corak rose boleh terbalik menjadi biru pulak!  Menarik, kan? 2 dalam 1 kata orang.  Magic!  Lepas ni ada projek lain lagi.  Tungguuuuu...

Ina suka bubuh h/set, purse, tablet dan macam2 lagi....yang comel2 tu.  Wangian baby pun sesuai jugak tau!!

Buat sedikit perbezaan supaya tak tertukar nanti.

Anda nampak kan....perbezaan corak kainnya.  Yg kiri tu Ina buat corak kotak2 di bhgn tengah manakala yg kanan tu bhgn tengahnya corak ros.

Seronok sgt buat beg ni.  Mudah dan cepat disiapkan! 1 hari boleh dpt 3pcs.

Tali cerutnya Ina guna riben satin color pink.  Klu guna tali lagi cantik. Di hujung riben tu anda boleh hias ikut kreativiti sendiri.  Ina buat bentuk mcm 'tu' je.

2 beg ini utk cikgu kesayangan Nurul.  Terima kasih cikgu, ilmu yg dicurahkan selama ini.

Comel tak cikgu?  Saya ikhlas bg kat cikgu.

Sebelum tu, saya nak posing dulu ye.....hihihi

Apabila dilonggarkan tali cerutnya akan kelihatan mcm ni. 2 color yang berbeza.

Boleh guna luar dan dalam.

Yg kanan tu...Ina sengaja lebihkan bhgn atas liningnya (biru).
Klu guna lining sbg luaran akan kelihatan beginilah ye sblh dalamnya.  Poket dok di dalam ye...

Klu mcm ni poketnya dok kat luar.

Nampak tak poket tu?  Kecik comel je saiznya.

Boleh isi benda kecik2 je tau!!!







COSMETIC POUCH @ PENCIL CASE

Percaya tak?  Kain baldu ni Ina ambik dpd baju terpakai.  Beli kat pasar minggu 'baju bundle'.  Balik rumah terus buat projek ni.  Suka sgt dengan jenis kain tebal mcm ni.  Pouch nmpk kukuh dan kemas.


Pouch ni anda boleh jadikan pencil case, cosmetic pouch atau apa2 saja.  Byk kegunaannya.

Yg ini anak bongsu Ina guna bubuh alat tulisnya.  Yg paling byk dlm tu....dia bubuh pemadam...nak main katanya....huhuhu.   Mula2 dulu dia kata, malu la nak bawa sbb besar sangat....tp sekarang tak malu dah sbb pemadam byk sgt...tk muat dlm pencil case kecik.


Ina bubuh sebiji guli besar pada kepala zip supaya senang nak tarik zip tu.


Hias gmbr 'mickey' kat situ.


Kain ni ada lebih lagi....nak buat apa ye?


Kat hujung pouch Ina buat tali pemegang mcm ni.


Hujung zip Ina jahit kemas mcm ni.  Sambung sikit kain kat situ, tutup hujung zip bg lawa.


Boleh bubuh mcm2 tau!