Memaparkan catatan dengan label Krusye. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krusye. Papar semua catatan

13 Januari 2010

PUTIH ITU SUCI



Seolah-olah burung terbang.



 
Corak kecil, sambung cantum dan mudah dibuat. 

BUAT ALAS MEJA - PILIHAN IBU


 

Masih bercorak nanas.  Buat untuk ibu tersayang.


Inilah fotokopi yang Ina sempat n3 kat sini. Bulat-bulatkanlah mata you all ye kalau ade yang minat nak buat corak ni.  Senang je...

CORAK NANAS


 
Corak nanas yang sangat popular di antara yang lain.

 

DOILY WEB




Yang ini pun campuran warna jugak.  Jangan maree...penutupnya tak bersambung.




ALAS DULANG


 



Koleksi yang masih elok tersimpan.



MENCUBA PELBAGAI PATEN KRUSYE


Hasil kerja tanganku suatu waktu dahulu. Semasa duduk bujang di K.L dulu.  Banyak kenangan masa tu.... 

 Buat untuk mak.

 Guna benang halus.

PROJEK BARU

DOILY: Pink & Black

Doily yang baru Ina siapkan minggu lepas.  Sebenarnya ini adalah benang-benang lebihan so macam-macam colour la dianyam.  Ina selongkar la balik buku-buku lama dan hasilnya tertarik dengan corak ni.  Cantik tak?


 
 



BUNGA ROS

KUNING DAN OREN


 

Adoiii...colournya memang bright sangat.  Tak siap lagi ni....Nanti nak pergi beli benang untuk siapkan jugak.



DOILY CAMPURAN





 Tu dia.....macam ulat.  Ina hentam je colournya, ikut rasa hati.  Hasilnya macam ni la.  Ada sape-sape berkenan?  Jangan terkejut.... Tu pun masih tak siap lagi. 

BUTTERFLY







Yang ini kalau buat sekeping lagi dan dicantum tentu lebih menarik, boleh dibuat alas dulang.



23 Oktober 2009

KRUSYE-ANEKA SENI

CORAK LOVE
(nanas dan anggur)

Sarung bantal yang Ina hasilkan.  Belajar daripada adik ipar.


BEKAS TISU
(ini guna acuan)


CORAK ANGGUR

KRUSYE LAGI

DOILY(corak matahari)




Senang je nak buatnya.  Cubalah!

DOILY (matahari lagi... Ina guna benang tebal)




Bulat Kecil (dicantum)
Ina suka corak tengahnya yang gelembung2. Sesuai guna benang tebal barulah nampak gelembungnya.  Cantik bila nampak dari jauh, timbul.



BUNGA NANAS
(guna 2 warna. Corak yang simple. Guna benang halus. Ramai rakanku yang sukakannya)






KRUSYE

KRUSYE

          Krusye atau mengait adalah sebahagian daripada hasil seni yang Ina ikuti.  Sudah lama tidak mengait kerana sekarang ni musim menyulam.  Jadi Ina lupakan buat sementara.  Kebanyakan hasil seni ini Ina buat semasa di bangku sekolah dan sebelum mendirikan rumahtangga.  Kalau di masa ini ada-ada saja yang nak tumpang mengait sama. 
    
          Di sini Ina tunjukkan gambar krusye yang Ina buat untuk alas meja makan yang bersaiz agak besar juga.  Memang agak lama juga mengambil masa untuk menyiapkannya.  Itu zaman anak dara le...masa Ina tinggal di K.L.  Tak sangka pula ada lelaki bujang nak menempah pada masa tu tapi bukan untuk meja makan sebaliknya untuk lapik tv saja.  Nak tengok.....? Inilah hasilnya:-





          Selain tu ada beberapa siri lain yang Ina buat.  Yang di bawah ni Ina buat untuk meja bulat (besar juga).  Ina suka guna benang putih sebab mudah dipadankan dengan apa saja.  Coraknya menarik macam spider web.  Masa membuatnya tak sabar-sabar nak tengok rupa yang dah siap.  Oleh sebab itulah juga Ina lebih suka membuat corak yang kecil-kecil dan dicantum jadi besar.

SPIDER WEB






 CORAK ANGGUR & NANAS




CORAK BERANGKAI



          Mengait ni kalau dah mula memang susah nak berhenti.  Puas bila dah siap cuma para suami je yang tak berapa seronok bila si isteri asyik sangat dengan benda ni.  Jangan le marah...gila benda ni tak pe jangan gila benda lain....kan?  Kalau gila barang kemas macam mana?