07 Februari 2011

PANCAKE

Pancake ni anak sulong memang suka sangat.  Dah lama tak buat.  Rasanya boleh jugak dibuat apam balik guna resepi ni.  Mcm sama je adunannya.

 Ina guna kuali non stick...memang mudah.

Buat sikit je...takut tak habis...

DONUT

Dulu memang tak pandai nak buat donut.  Sejak dapat resepi dari internet n kawan2, sekarang ni dah kira pakar la...hihihi...  Terima kasih kat Mah sebab sudi bg resepi Donut Kentang pada Ina. Dah banyak kali Ina buat tau.  Memang gebu walaupun dah sejuk. Berbaloi2...

 Anak2 la tu yg buh topping coklat n tabur manik warna warni.

 Yg putih tu ina goreng sekejap then simpan dlm peti ais...esok or bila2 boleh goreng semula...frozen katakan...

 Ini betul2 donut...golek dgn gula.  Ina tak de acuan so buat lubang guna jari je.

Anak2 punya kje la ni...topping tak sekata...hihihi

DONUT KENTANG

SUMBER: MAH tp ikut cara ina

Ina guna sukatan cwn melamine mcm cwn arcopal tu..

BAHAN:

 *3 cams yis kering (1 pek)
*1/2 cwn gula pasir
 *1/4 cwn air paip @ suam
 600gm tpg. gandum (ina sukat 6 cwn)
1/2 cwn planta
1/2 camt garam
1 bj telur A (ina tak buh pun!)
2 bj kentang rebus (250gm) - eloknya US Potato (kurangpun tak pe) - lecek
1/2 cwn air suam (ina guna air paip je!) - uli ikut lembut - masukkan sikit2..
* 2 camb susu tepung (ina tambah) - optional 


CARA:

1) Bhn bertanda * dibancuh dan biar 10min smpi berbuih.

2) Tpg, garam, planta, kentang & telur gaul jadi serbuk roti.

 3) Masukkan yis tadi dan air (sikit2) ikut lembut - uli smpi lenguh jd doh yg lembut n tak melekat di tgn. Peram 1/2 jam dlm plastik besar @ tutup dgn towel lembap pun ok. (ina guna plastic bag besar je).

4) Tumbuk2 utk buang angin, uli sekejap - terap - peram lagi 15 min atas dulang yg telah ditabur tepung (elak melekat) barulah digoreng.

5) Hias dgn gula halus @ cooking choc + choc rice.

* NOTA: utk frozen, goreng sekejap n buh dlm bekas kedap, simpan dlm peti ais. Nak goreng, keluarkan pada suhu bilik. Resepi ini juga sesuai utk burger malaysia mcm yg ina buat tu...  Ada gak yg kata...bakar dlm oven sekejap lepas tu boleh la simpan dlm peti sejuk...petuanya supaya tak serap minyak bila digoreng nanti.
 

KEK TANPA TELUR

Kek ni paling senang nak buat.  Just kacau dgn senduk je...pasti jadi.  Tak payah susah2 nak keluarkan mixer.  Menjimatkan pulak lagi...sbb tak guna telur.  Rasanya pun sedap.  Ina dpt resepi ni dari internet gak tp dah lupa sape punya. Terima kasih lah kepada tuan empunya resepi yg ikhlas berkongsi dgn ramai org.

 1st time buat terus menjadi.  Cawan melamine kat belakang kek tu lah ina guna utk sukatan buat kek ni.

Ina suka bakar guna periuk bingka ni, senang n menjimatkan gas.


KEK COKLAT TANPA TELUR 
sumber: aludra@myr 

(Ina guna cawan melamine utk sukatan)

BAHAN:

240gm/ 2 cwn bumbun tepung gandum - (ina guna 2 1/2 cwn)
360gm/1 1/2 cwn gula halus (ikut manis)
5 camb penuh serbuk koko - (ina guna 3 camb je sbb tak nak gelap sgt)
2 camt baking soda - (ina guna sudu KFC)
2 camt baking powder " "
1 camt garam " "
160ml/2/3 cwn minyak @ planta cair (ina campur kedua2nya)
2 camb/3 cams cuka makan
2 camt esen vanilla
3 camb susu pekat/tepung
1 1/2 cwn air paip (ikut pekat mcm buat kek - turun mcm minyak apabila diangkat)

* NOTA: cuka digunakan utk tindakbalas dgn soda supaya naik mengembang kek tu...


CARA:

1) Dlm mangkuk, masukkan semua bahan kering (tpg, gula, koko, soda, b.pow n garam). Gaul rata.

2) Kemudian + minyak, cuka, vanilla, air (sikit2) dan gaul sebati.

3) Masukkan ke dlm loyang yg telah dilengser.

4) Bakar dlm periuk bingka/oven pd 180'c selama 45 min @ smpi masak. Test dgn lidi..klu melekat maknanya tak masak lg.

HIASAN: Tabur dengan choc rice @ ayak gula icing.

NOTA: Biar semalaman lg sedap n moist! Ina selalu guna periuk bingka je...senang!
 

APAM ENO

Cubaan kali ke2 baru jadi mekar.  Tapi.....anak2 tak berapa suka pulak. Nanti nak cari resepi apam yg lain pulak lah.  Nak try apam gandum.  Kalau boleh yg tak guna byk telur atau tak de telur langsung.

 Warna hijau memang kesukaanku.  Yg ni memang mekar..seronok sgt bila menjadi.

 Buat sikit je sbb tak de sambutan...huhuhu

Yg ni masa mula2 buat...tak mekar sgt...tp still gebu.


APAM ENO
sumber: zara_klate@myr

BAHAN: 1/2 adunan (13 bj)

150gm tpg.beras
150ml air
 3 1/2 camb rata gula
1/2 camb yis kering
1 1/2 camt eno
Pewarna

CARA:

1) Tepung + air sedikit demi sedikit - kacau.

 2) Masukkan yis + gula - kacau lagi - peram semalaman atau 5 jam (saya peram 5 jam je..bancuh pagi, petang boleh kukus).

3) Esok pagi: Kalau nak warna warni, bhgikan 3 bhgn: 1 bubuh hijau, 1 merah & 1 biar warna asal.

4) Panaskan kukusan (smpi air mendidih) - letak acuan lompang sekejap dlm kukusan.

5) Masukkan eno 1/2 camt pada setiap 1 adunan warna tadi - kacau smpi berbuih, kemudian terus masukkan ke dlm acuan dlm kukusan tadi sampai penuh. Tutup dgn tudung pengukus yg telah dibalut dgn towel bersih (supaya air tak menitik).

6) Kukus selama 15 - 20 min dgn api kuat.
 

03 Februari 2011

APRON

Buat untuk diri sendiri.  Buah strawberry jadi pilihan.  Sebenarnya ada customer yg nak order corak ni tp belum kesampaian lagi nak membuatnya untuk mereka...insyaAllah nanti ina usahakan ye....sabarrr....

 Glove tu beli kat kedai tau...

 Poket besar sikit...senang nak buh mcm2.

 Sedang jahit.

FRIDGE COVER

Kali ni cuba pulak buat fridge cover...lebihan kain jahit bantal hiasan...sebenarnya yg ini utk saiz peti ais yg kecil.  Lepas ni nak buat saiz besar pulak.  Tungguuuuuuu.....

 Satin biru. Buat 3 poket.

Lining dgn span nipis.

NETBOOK COVER

Benda ni ina belajar dari laman blog juga.  Ingatkan susah sangat nak buat...Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya. Best tau bila dah jadi...tambah2 pulak dengan hasil tangan sendiri.  Ada ke yg berkenan?  Nak order?  Bolehhhhh....


Ina guna pita kembar sbgi ganti butang or zip sbb senang nak buka.

Lining dgn span nipis then jahit diamond utk kukuhkan lagi.

Pandangan dekat.

Beginilah rupanya sebelum ditutup.

Rupa sebenar setelah ditutup.


PENCIL CASE

Buat pertama kalinya ina cuba buat pencil case.  Mulanya ingat susah sangat nak buat tp setelah meneroka ke laman2 blog yg bg tutorial, Alhamdulillah...menjadi jugak akhirnya...wlpun tak lah secantik mrk punya.  Ini dia pencil case ina...jangan gelak tau...

Ini cubaan pertama. 

 Letak 2 riben utk hiasan.

 Kalau boleh nak buat besar2...boleh isi byk benda.

*****************************************************************

CUBAAN KE2 

 Kain cotton corak kotak2.  Menarik jugak.


 Hias butang kat hujung zip.

 Kat dalam buh lining dgn span nipis dan dijahit diamond untuk mengukuhkannya.

 Tengoklah dekat2...masih perlu diperbaiki lagi...nanti nak try guna lining kertas keras pulak.

Siap buat penyangkut lagi kat hujung zip tu.

***************************************************************
INI YANG DITEMPAH OLEH PELANGGAN

Nampaknya ina kembali membuat pencil case lagi...ada beberapa org rakan anak di sekolah menempahnya.  Mereka memang suka dengan warna pink. Ina cuba survey kain di beberapa buah kedai kain..oppss! harga dah naik la sekarang ni.  Bila harga petrol naik semua barang turut naik.
Ina hias dengan sekuntum bunga & tulis nama dgn jahitan mudah. Saiz normal.


 Bunga ni Ina sumbat kekabu pada setiap kelopaknya..tu nampak kembung.

Juga dihias dengan butang pada kedua2 hujung kotak pensel ni. 

Ini adalah liningnya dilapis dgn interfacing supaya kelihatan keras.


******************************************************************
Yang ini pula order by Adik Sharifah. Dia nak gambar bear di luarnya.


Saiz pencil case ni agak besar boleh isi calculator metrik lagi.

Liningnya Ina jahit dgn span nipis & jahit bentuk diamond.  Nampak gebu gitu...tapi agak
susah sikit nak jahit berbanding guna interfacing.


Tali pemegang - panjangnya 5".

 Tulisan agak simple & hias dgn sekuntum bunga.

****************************************************************
Ordered by Adik Masitah. 'Love' merah jadi pilihan. 

Yg ini dari jenis kain berkualiti.

 Dihias dgn butang di hujungnya. Corak kotak2 kecil hitam putih.

 Yang ini order dpd adik2 lelaki, tak suka hias ape2 pun.  Plain je...

 Lining kat dalamnya.

 Tulisan berantai. Sulaman tangan sepenuhnya.

*******************************************************************
2 saiz yang berbeza. Besar dan kecil.

 Terima kasih Adik Fiqah dan Dina.

 Ini saiz besar, boleh isi calculator metrik.

Saiz normal, pink jadi pilihan.

********************************************************************
ORDER LAGI............

Corak2 yang menjadi pilihan ramai.

Saiz normal.  Terima kasih Maz.

Minat betul dengan 'love' tu...

Saiz besar permintaan Adik Wawa.

Pandangan dari atas.

Adik Ain nak 'love' pink.

 Nampaknya corak bear ni dah habis stok.

 Saiz normal dan besar.

 Untuk Nurul.

 Hias butang dan buat pemegang pendek supaya senang nak tarik zip.

 Order by Dila dari Selangor.

 Terima kasih Dila dan Baby.

 Utk Alia dan Izzati.

Oren jadi pilihan.

 Alia punya saiz besar...rupa2nya ada yang guna untuk isi botol air...hihihi


 Guna benang sulam utk jahit nama2 tu.

 Terima kasih Adik Alia.

 Tak ingat nama sebenar 'baby' ni.

 Untuk Adik Nor.

Order by Adik Tieyra.  Terima kasih ye.



Adik2 lelaki suka plain je...

**********************************************************************
 Ada banyak lagi sebenarnya...nanti ina upload ye...tungguuuuuu....  Kali ni lebih menarik tau!


** NOTE:  ina guna tutorial dari blogger ni....anda juga boleh buat sendiri jika berminat...
http://projectsbyjane.blogspot.sg/2009/02/other-ways-to-achieve-boxiness-in-boxy_27.html