Kadar Harga Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang 2014
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang yang telah dibuka kepada pengguna pada 1 Mac 2014 lalu akan dikenakan kutipan tol, berkuatkuasa mulai 1 April 2014
Sehubungan itu, kepada pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari tanah besar (Batu Kawan) ke arah bahagian pulau (Batu Maung), kutipan tol akan dikenakan secara sehala di Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia
Harga Kadar Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1 April 2014)
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan bahawa kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20
Read more: http://www.infoharian.com/kadar-harga-tol-jambatan-kedua-pulau-pinang-2014.html#ixzz2xgdVfOU7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan