07 April 2014

Negara-negara Syiah

Juni 8, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan:





Iran merupakan negara Syiah yang terbesar. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?
Jawapan:
Iran
Yang paling dekat pada hari ini ada beberapa negara dimana ideologi Syiah telah berakar di dalam negara tersebut. Pertama Iran seperti yang semua sedia maklum, kedua Iraq. Iraq pada hari ini telah ditadbir oleh Syiah setelah jatuhnya Saddam Hussein. Guru saya berbangsa Kurdi, bangsa Kurdi ini ketika pemerintahan Saddam belasan tahun dahulu, Saddam pernah menghantarkan bom beracun yang memusnahkan ratusan ribu rakyat Kurdistan. Kurdistan ini negara bermasalah di hujung Iraq di mana statusnya juga bermasalah.
Keturunan guru saya semua habis mati dalam serangan bom racun tersebut, tetapi beliau berkata, pada hari ini apa yang berlaku di Iraq jauh lebih teruk daripada zaman pemerintahan Saddam, kerana Syiah setiap hari mencari ahlus sunnah untuk dibunuh, mereka mencari. Kalau dahulu orang boleh singgah solat di Masjid Husain (masjid Syiah di Iraq) tetapi pada hari ini tiada siapa pun yang berani masuk.
Mungkin akan ada yang berkata mereka pergi ke sana tetapi tidak berlaku apa-apa masalah. Tetapi sekiranya golongan Syiah ini mengetahui bahawasanya kita adalah pejuang panji-panji ahlus sunnah wal jamaah, maka berhati-hatilah kita.
Lubnan
Seterusnya ialah Lubnan. Mereka berjaya menjadikan Lubnan negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang disokong. Mereka mengaitkan pula hizbullah mereka dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran. Letaklah nama hizbullah dan sebagainya, tetapi kita melihat pada isi dan hakikatnya. Ramai yang pada hari ini memakai nama Muslim, memakai nama Islam, walhal hakikatnya bukan Islam.
Berapa ramai orang pada hari ini namanya Muhammad tetapi perangai tidak terpuji. Nama tidak semestinya menggambarkan hakikat melainkan nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya, juga Nabi SAW dan sifat-sifatnya.
Mereka ini menggunakan nama Hizbullah, saya melihat sendiri pada masa itu ketika saya di Jordan, saluran TV mereka Al-Manar kepunyaan Hizbullah setiap hari mereka menampakkan perbarisan mereka. Dalam perbarisan mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak sangat mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelah Iran dan Iraq. Mereka berjaya.
Bahrain
Kemudian pada hari ini, Bahrain yang mana hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersempadan dengan Saudi, berseberangan dengan Dammam. Sebab itulah dapat kita lihat pengaruh Syiah itu ada di Saudi, walaupun kerajaan Saudi tegas, mana-mana tunjuk sahaja sepanduk terus mereka tangkap. Sebab itulah kerajaan Saudi menghantar tentera menolong Bahrain, kita pula di sini ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan Saudi hendak menjadikan Bahrain negara wahabi yang seterusnya. Laa-ilaaha-illallah. Siapa yang bercakap begini, itu tandanya dia terpengaruh dengan puak-puak Syiah. Siapa bercakap begini tandanya dia Syiah, sebab syiah sangat anti-ahlus sunnah.
Saudi mempraktikkan mazhab ahlus sunnah wal jamaah, cuma kecenderungan mazhab pegangan ibadah mereka lebih cenderung kepada mazhab Hanbali, itu sahaja. Periksalah apa yang mereka sebutkan dari sudut fiqh ibadah, mereka mengikut mazhab imam Ahmad bin Hanbal kebanyakannya. Syiah sengaja menggambarkan dan mewar-warkan Saudi mengganggu urusan tadbir Bahrain, sedangkan yang menimbulkan masalah dan membunuh polis ialah puak-puak Syiah Rafidhah di Bahrain.
Kemudian apabila mereka tidak berjaya kerana pemimpin di Bahrain ahlus sunnah (walaupun mungkin wujud isu korupsi atau apa pun tetapi yang penting akidahnya masih ahlus sunnah), jadi mereka pergi kepada Syria.
Syria
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah bahaskan Nushairiah ini secara detail. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrim, dipanggil kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.
Semua boleh tengok di youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahlus sunnah. Jadi janganlah kita menyamakan isu yang berlaku di Syria, tentang bagaimana rakyatnya memberontak kerana lain isunya dengan apa yang berlaku di Mesir, Libya, dan Yaman.
Di Syria tekanan yang diberikan puak Syiah sangat dahsyat sehingga mereka menanam ahlus sunnah hidup-hidup, juga menembak ahlus sunnah beramai-ramai. Jadi kebangkitan di sana merupakan bangkit atas dasar mempertahankan akidah. Itu di Syria pada hari ini.
Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan semula kewujudan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka terseleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar korupsi yang berlaku. Jadi unsur-unsur (syiah) itu ada.
Di Yaman, mati seorang sahabat kita, pelajar melayu di Dammaj tempat pengajian Darul Hadis Syaikh Muqbil Al-Wadi’i yang sekarang digantikan oleh muridnya Syaikh Yahya Al-Hajurri. Mati seorang pelajar kita disana. Syiah mengepung pusat Darul Hadis dan menembak. Kemudian mereka menganjurkan untuk membuat gencatan senjata. Tujuan membuat gencatan senjata adalah untuk mengalihkan mayat-mayat dan kebumikan, untuk mengosongkan kawasan. Akan tetapi ketika dalam gencatan senjata Syiah mula menembak. Syiah memang pembohong. Memang mereka bertaqiyyah kerana taqiyyah adalah sebahagian daripada agama mereka. Kata mereka, tidak ada agama kecuali bagi orang-orang yang ada taqiyyah. Taqiyyah ini ialah menyembunyikan akidah mereka dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat. Jadi apabila mereka bersama-sama kita maka mereka berpura-pura menyokong kita, begitulah cara penampilan mereka.
Jadi itu antara negara-negara yang perlu kita perhatikan pada hari ini. Termasuk apa yang berlaku pada negara kita. Rakyat negara kita sudah sibuk berdemonstrasi kemudian mengangkat gambar Khomeini pula kenapa? Maknanya mereka cuba memasukkan dan melaksanakan agenda mereka, menyebarkan doktrin-doktrin mereka agar membentuk persepsi-persepsi positif tentangIran, Khomeini, dan agenda-agenda syiah.
Wallahua’lam.
teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
SYIAH SESAT – UFB – Negara-Negara SYIAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan