Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup! Punca?
Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup. Punca? : Sekitar awal pagi tadi, Berita Semasa dimaklumkan yang mana tayar pesawat MH192 MAS bagi penerbangan KLIA to Bangalore yang membawa 166 orang (159 penumpang MH192 dan 7 anak kapal terbang MH192 MAS) telah meletup dan mengalami kerosakan gear kanan pesawat semasa berlepas sekitar pukul 10:09 malam 20 April 2014 sehingga telah menimbulkan masalah mendarat semula di KLIA tanpa satu daripada “landing gear” pesawat MH192 MAS.
Semakan Berita Semasa semasa detik-detik cemas kejadian melalui kemudahan aplikasi di FLightRadar24, boleh saksikan pesawat MH192 MAS kelihatan berlegar-legar an berpusing beberapa kali di sekitar kawasan perairan berdekatan Pelabuhan Klang.
Gambar Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup!
Inilah gambaran yang sempat Berita Semasa rakam bermula sekitar pukul 12:36 pagi tadi selepas 2 jam pesawat MH192 berlepas….
Berita Semasa difahamkan, kapten pesawat MH192 MAS telah bertindak untuk berlegar-legar di ruang selat Melaka untuk terus membakar dan mengurangkan kapasiti minyak pesawat MH192 MAS. Untuk apa? Sebenarnya untuk mengurangkan risiko kebakaran dan letupan akibat pergeseran dengan apa yang dipanggil istilah “tarmac” landasan akibat ketiadaan tayar.
Semasa kejadian awal pagi, Berita Semasa hanya doakan yang terbaik kepada kapal terbang MH192 MAS. Rakyat Malaysia tidak larat & snaggup lagi untuk menghadapi satu lagi nahas dan tragedi penerbangan Malaysia Airlines selepas tragedi MH370.
Dan sekitar pukul 1:30 pagi tadi, Berita Semasa perhatikan pesawat MH192 sudah mula menukar haluannya seperti menghala ke arah KLIA. Adakah mungkin bersedia untuk mendarat semula?
Sebenarnya juruterbang pesawat MH192 MAS tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan
Kronologi Berita Terkini Pesawat MH192 MAS. Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup
- Pada pukul 10:09 malam : Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines MH192 MAS telah berlepas. Kapten dimaklumkan tayar pesawat MH192 MAS telah pecah
- Pada pukul 10:25 malam : Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur memaklumkan kepada kapten pesawat MH192 MAS tentang penemuan serpihan tayar di landasan kapal terbang dan serta merta menghubungi OCC
- Pada pukul 1:35 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menjangkakan kapal terbang MH192 MAS akan melakukan pendaratan cemas pada pukul 2 pagi
- Pada pukul 1:40 pagi : Pesawat MH192 MAS berada pada ketinggian 1075 kaki
- Pada pukul 1:44 pagi : Secara tiba-tiba pesawat MH192 MAS Malaysia Airlines kelihatan berada pada ketinggian lebih 2000 kaki selepas berada pada ketinggian 500 kaki sahaja sebelum ini
- Pada pukul 1:47 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dilihat melakukan pusingan semula sebagai cubaan kali kedua untuk mendarat
- Pada pukul 1:53 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dikesan berada di sekitar kampung Nipah Port Dickson Negeri Sembilan
- Pada pukul 1:56 pagi : Alhamdulillah, sah pesawat MH192 MAS telah mendarat dengan selamat di Runaway 32L. Tahniah kepada kapten pesawat MH192 MAS, krew kapal dan juga penumpang yang terus cekal menghadapi ujian besar seperti ini. Nice landing.
Sebenarnya juruterbang pesawat Mh192 MAS Malaysia Airlines tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan KLIA.
Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal di atas kapal terbang MH192 MAS telah diarahkan keluar dari pesawat MH192 MAS dan kapal terbang MH192 MAS akan akan dijadualkan berlepas semula dari KLIA pada pukul 3.30 petang pada 21 April 2014 ini.
*********************************************************************************************
PANDANGANKU:
Kebelakangan ini kapal terbang MAS sentiasa diuji oleh ALLAH SWT, adakah ini satu peringatan kepada kita rakyat Malaysia agar lebih berhati2 dan sentiasa mengingatiNYA? Jangan riak dan takbur dengan teknologi canggih ciptaan dunia kerana ALLAH mengetahui segala2nya. Kini, marilah kita sama2 bersujud kepadaNYA agar dipermudahkan dalam setiap dugaan. InshaaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan