BERBELANJA CARA BERHEMAH SUDAH TENTU MENDAPAT KEBERKATAN
Gaji Siswazah 2014 RM2500 Sebulan Tidak Cukup & Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Bagaimana Dengan Anda: Berita Semasa merasakan zaman sangat banyak sangat cabaran untuk berbelanja lebih daripada kemampuan.
Jika seseorang graduan tidak ada ilmu pengurusan kewangan ditambah dengan pengalaman dengan “sepak terajang” hidup sendiri dengan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi.
Jikalau mahu dibandingkan dengan dahulu :
Gaji Siswazah 2014 : Kos Sara Hidup Tahun 90an VS Kos Sara Hidup Tahun 2014?
- mana ada telefon canggih-canggih
- internet? Dial up?
- kedai makanan berjenama pun tidak sebanyak seperti sekarang
- begitu juga komplek membeli belah tidak bersepah seperti yang anda lihat sekarang
- kereta? Dahulu nak beli kereta pun siksa, margin yang dibenarkan 80% sahaja dan tempoh pinjaman yang dibenarkan maksimum 5 tahun sahaja
- kredit kad? Kredit kad cukup sukar untuk mendapatkan kelulusan. Mesti kerja dengan pendapatan tetap sekurang-kurangnya 2 tahun baru ada kelayakan untuk memilikinya. Itupun belum tentu diluluskan
Dahulu pergi dan balik kerja. Tidak banyak terdedah kepada hiburan. Sekarang? Ya….Allah. Jikalau tidak kuat “dalamannya” begitu mudah untuk goyah dan tersungkur atas nama berbelanja melebihi kemampuan tanpa keperluan yang mendesak.
Ini semua merujuk di zaman 90an. Zaman kegemilangan sebenarnya di mana ekonomi Malaysia sedang bergerak rancak di mana kemuncaknya Malaysia pernah diangkat menjadi “Harimau Asia” daripada sudut ekonomi bersama-sama Korea Selatan, Singapura, Taiwan. Sekarang?
Dahulu cukup sukar untuk kita dicampakkan laporan berita mengenai masalah bankrap dan masalah kewangan, di mana ia masih sangat minimal dikalangan rakyat Malaysia tahun 90an, sekarang realitinya?
Hasil Kajian Jobstreet Malaysia Terhadap Siswazah Malaysia Gaji RM2500 Sebulan
Berdasarkan kajian yang dibuat Jobstreet Malaysia terdapat 2,062 responden
- siswazah yang baru mendapat pekerjaan dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500 berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat
- sebanyak 77% daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.
- Pecahan perbelanjaan mereka adalah (63% bersamaan RM1,500 untuk tujuan pembayaran pinjaman kereta & pinjaman PTPTN contohnya, kos minyak, tol)
- 50% tinggal bersama ibubapa, 30% lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20% sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan.
- 87% daripada responden tidak memiliki pendapatan sampingan
Ok baik. Bagi Berita Semasa sendiri laporan berita yang terkini bukanlah medan untuk kita membandingkan di zaman mana yang lebih baik samada “oldskool” (zaman 90an) atau millenium. Tetapi masalahnya adalah berkisar kepada bagaimana cara kita menangani cabaran-cabaran hebat zaman sekarang ini. Berita Semasa percaya kalangan pembaca Berita Semasa sudah mempunyai anak sendiri yang sedang meningkat remaja dan dewasa.
Di mana akan mula merasa tekanan kewangan dengan permintaan anak-anak yang pelbagai. Setuju?
Tetapi apa-apapun sentiasalah bertegas apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Pokoknya tidak boleh dimanjakan anak-anak, semuanya di dunia ini ada hadnya kecuali kehendak dengan Allah. Gaji RM2500 sebulan tetapi yang paling pentingnya adalah keberkatannya.
“We are what we eat and how we spend our money!!”
Jikalau dengan gaji RM2,500 (ditolak dengan EPF semua dalam RM2200 contohnya) hujung bulan asyik kering, maknanya mestilah perlu diaudit semula perbelanjaan anda setiap bulan. Cari semula “kebocoran duit” yang berlaku. Apa puncanya?
****************************************************************************
PANDANGANKU:
Keikhlasan dalam berbelanja sudah tentu menjanjikan keberkatan wlp berpendapatan kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan