Ina rujuk pada laman web ni: http://www.incolororder.com/2011/10/lined-drawstring-bag-tutorial.html
Seronok pulak buat Drawstring Bag ni. Saiz yg ini agak besar sikit. Boleh muat tablet anda. Jenis kain yg Ina guna ialah cotton kerana ianya sangat2 sesuai utk hasil kraft mcm ni. Niat di hati nak buat corak kotak2....tiba2 datang angin malas pulak....hihihi. So terjadilah sebegini rupa. InshaaAllah lepas ni Ina try corak lain pulak ye.
Ini rupa beg sebelum dicerut talinya. Tali hitam tu Ina beli je. Saiz 1" lebih menarik, yg itu Ina guna saiz 1 1/2" sbb masih ada dalam simpanan. Habiskan yang itu dulu....nanti kita beli lain ye! Jgn membazir!!
Kombinasi 2 jalur warna kain yg serasi. Tali cerut tu Ina guna riben satin je. Sebenarnya Ina lebih sukakan tali tp masa ni tak larat nak pi cari kat kedai so guna je lah apa yang ada. Kena la kreatif sikit kan??
Bahagian atas beg Ina buat mcm ni, kelihatan beropol. Senang je nak buat. Kita perlu mula jahitan pada jarak lebih kurang 1" dari basi atas utk masukkan tali cerut. Barulah nampak mcm kelopak bunga!!! Nak tau kenapa color kelopak tu berlainan? Haaaa.....Ina sengaja lebihkan saiz bahagian atas lining, nak buat sama saiz dgn outer pun tak jadi masalah....
Ini lining beg....Ina pilih jenis tebal so tak payah susah2 nak buh bating or interfacing. Teruja sangat bila dah siap. Lepas ni nak try lagi....dah tengok Japanese Cotton kelmarin kat Nagoya....cantik2 belaka. Ina suka corak bunga ros.
Kalau buat 'goodie bag' utk tetamu datang majlis kahwin pun kira ok gak ni....Tunggu anak i kawin nanti lah...hihihi.... Kalau ada umur panjang. InshaaAllah.
Haaaa.....nampak tak tali cerut (riben satin) tu? Kena panjang mcm tu baru senang nak buka, Ina guna 2pcs tali tu. Nak guna 1pc pun boleh jugak, terpulanglah kpd citarasa masing2. Ina lebih suka guna 2pcs sbb senang nak buka dan tutup. Lagipun lebih kemas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan