21 Mac 2014

KUIH TALAM ROTI

TALAM ROTI GULA MELAKA
sumber: Kak Fida .....Minta izin ye K.Fida.

Talam_roti

Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 inc. )

  • A) Lapisan Bawah :-
  • 8 keping roti - disiat2 halus
  • 2 biji telur
  • B) Masak dan tapis :-
  • 100 g santan pekat
  • 130 g susu segar atau air
  • 100 g gula melaka
  • 2 sb gula pasir
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Lapisan Atas :-
  • 80 g tepung beras (3/4 cwn)
  • 10 g tepung jagung ( 1 sb rata dan padat)
  • 2 sb gula pasir
  • 350 g santan pekat
  • 250 g air
  • 1/2 sk garam

Cara-cara

  1. Satukan bahan A & B dan kacau hingga sebati, tambah sedikit pewarna coklat jika adunan pucat. 
  2. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus selama 25 min atau hingga masak. Sementara itu siapkan bahan2 lapisan atas.
  3. Satukan bahan2 lapisan atas, kacau dan tapis. Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 20-25 min atau hingga masak.
  4. Sejukkan kuih dan potong sesuai selera.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan