Minta izin ye...
Bahan-bahan ( 8 biji )
- 300g tepung gandum
- 6g baking powder
- 2g garam
- 162g air suam
- 6g dry yeast
- 30g gula halus
- 18g lemak sayur
Cara-cara
- Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
- Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
- Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
- Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
- Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
- Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
- Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
- Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
- Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan