19 Mac 2014

PT3 YANG BARU 1 APRIL 2014 GANTI PMR


PBS Baru 2014 : Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR. Beban Guru Berkurang Sehingga 80%. Respon Guru?

   


pbs baru
PBS Baru 2014 : Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR. Beban Guru Berkurang : Ramai kalangan guru ternanti-nanti dengan penuh “kesabaran” (SEPERTI DERETAN ISU DI SINI)apakah hasil pembaharuan & semakan penambaikan PBS yang cuba oleh orang nombor satu yang bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan di Malaysia  ini termasuk semakan PBS baru dengan harapan cuma satu, PBS baru 2014 ini tidak lagi membebankan golongan pendidik. Benarkah?
Malah, Kementerian pendidikan Malaysia (KMP) memberikan jaminan sistem PBS baru 2014 lebih mesra guru tanpa sekalipun mengganggu proses pengajaran & pembelajaran (P&P) seperti yang acapakali berlaku sebelum ini

Antara Penambaikan PBS Baru 2014 : Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR Dan…

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.
  1. Pertama, Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid sekaligus menyelesaikan masalah guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Sedangkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
  2. Kedua, Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan muridmenerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  3. Ketiga, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan (Aduan Cikgu HASNIZA DI SINI) . Di mana perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.

Lagi Butiran PBS Baru 2014 : Cara Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

  1. Markah Pentaksiran Tingkatan 3Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  2. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat sekolah
  3. Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti Peperiksaan Menengah RendaH (PMR) sebelum ini
  4. Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
  5. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan

Cara Kemasukan ke SBP, MRSM, SMKA, SMT, Vokasional Berdasarkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

  • Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional akan ditentukan berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) & juga Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka
  • Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seseorang pelajar pada akhir tahun, pelajar boleh mohon slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh contohnya

Lagi Cara Pelaksanaan Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

  1. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
  2. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja
  3. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes
P/S : Dengan dasar yang masih tidak menentu dan pasti sebelum ini, selepas ini bermulalah episod untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi menghadam semua silibus dari tingkatan 1,2 & 3 dalam masa kurang 8 bulan daripada sekarang bagi menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak lama lagi. Insyaallah.
PP/S : Selepas ini juga, pakat-pakat guru kena hadiri kursus bagi sistem PBS baru 2014 ini pula di Pejabat pendidikan daerah (PPD) contohnya.
PPP/S : Sistem PBS baru 2014 yang telah dibaik pulih, dikatakan akanmengurangkan beban tugas guru sehingga 80%. Apa pandangan guru?
***************************************************************************************************
Sekadar pandangan: -
Sebenarnya ramai ibu bapa dan pelajar lebih suka PMR diwujudkan semula,  saya juga terasa tempiasnya kerana kesian melihat anak-anakku yg menjadi bahan uji.  Banyak duit telah dikeluarkan membeli buku (13 subjek) kini.......kembali asal cuma 2 subjek sahaja yg tiada ujian bertulis. Hmmm.....apa pun saya bersyukur kerana dapat menilai anak2ku berdasarkan ujian yg akan diadakan semula.  Sebelum ini saya sangat2 tidak tahu sejauh mana kebolehan anak2 kerana tidak menduduki ujian bertulis.  Terasa anak2ku belajar main2 sahaja.
Sempat juga saya bertanya beberapa org guru, mereka juga kurang jelas dengan PT3 ini, tunggu panggilan taklimat dulu katanya.  Apa yg mrk faham berdasarkan teks di atas tu....6 subjek ikut format lama mcm PMR manakala 2 subjek tu je ikut PBS (tkde ujian bertulis). 

Sejujurnya saya tekankan di sini bhw masih ada kelemahannya jika pentaksiran dibuat di dlm sekolah kerana kemungkinan murid yg tidak tahu membaca akan mendapat gred yg lebih baik wlp hakikatnya para guru sendiri tahu murid tersebut tidak boleh mencapai tahap begitu. Masing2 bersaing utk menjadi sekolah yg terbaik.  Akan terserlah.....kononnya semua murid dikatakan bijak2 belaka.......walhal????

Saya amat2 berharap semoga tiada lagi perubahan selepas ini kerana saya sangat simpati dgn nasib anak2 dalam tingkatan 3, terpaksa memerah otak utk kesemua silibus tingkatan 1,2 & 3 dlm masa 7 bulan.
Saya doakan PT3 yg baru ini akan menjadi yang lebih baik.  In shaa Allah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan