13 Mac 2014

MESSENGER BAG

Assalamualaikum semua.  Kali ni Ina telah berjaya hasilkan sebuah lagi beg, 'messenger bag' utk anak lelaki Ina dlm Tahun 4.  Alif guna untuk pi tuisyen.  Ina ikut 'sebijik' tutorial seperti di bawah ni...cuma Ina tambah poket luar dan dalam je...ikut citarasa sendiri.  Material beg ni ialah baldu color biru gelap.

Sila rujuk di sini utk keterangan lanjut.....http://mmmcrafts.blogspot.com/





Ini ukuran tapak beg.  Anda tentu dah sedia maklum...kan?



*************************************************************************


Ina buat applique huruf  'M A N' (singkatan nama anak Ina) kat poket luar. Ina guna bias kuning di sekeliling bingkai dan cover poket.  Nak bg kontra color sikit jd nampak le keserlahan beg tu.



Ini poket kat flap beg.  Huruf A tu = Alif....panggilan manja tuan empunya beg...hihihi  Buat 1 hook kat situ + butang.  Niat di hati nak tampal corak lain....tak pe lah nti try utk beg yg lain pulak yeeee.

Memang banyak poket Ina buat utk beg ni.  Ini poket sebelah dalam beg.  Tengah rajin masa ni, Ina buat bias jugak kat poket2 tu.  Memang puas hati sangat hasil tgn kali ni.

Berhari2 jugak le Ina ambik masa nak siapkan.  Ni gambar poket yg dicantum pada lining semasa 60% siap.  Sebelah atas tu 1 poket je manakala sblh bawah pulak Ina buat 2 lapis poket.

Huruf A tu = flap bag, MAN pulak = outer bag.  Proses sebelum mencantum.

Selak poket sekali lagi...hihihihi

Dah siap......sebelah belakang beg ada 1 poket besar.

Sebelah depan poket kecik je....

Pandangan sisi beg.  Ina guna tali yg dibeli siap saiz 1.5 inci.  Oh ye....kat tengah tali tu Ina buh pelapik utk keselesaan Alif, elak sakit bahunya semasa menggendong beg ni....dia yg suruh buatkan.  Lupa snap gmbrnya pulak....sorry!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan