Sumber: Yani myr
Minta izin ye...
BAHAN-BAHAN (8 BIJI)
- 200g tepung roti
- 20g gula
- 1/2 camt garam
- 1 camt yis
- 140ml susu segar
- 20g butter
- minyak masak untuk menggoreng
- Gula halus/icing
Cara-cara
-
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
-
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
-
Masukkan pula butter
-
Kacau sehingga sekata
-
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
-
Uli sehingga tak melekat ditangan
-
Buatkan bentuk bulat
-
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
-
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
-
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
-
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
-
Uli biar jadi bentuk panjang
-
Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
-
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
- Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan