02 Mac 2014

LUNCH BAG

Sekarang ni Ina memang seronok sangat menjahit beg.  Hajat di hati nak try pelbagai fesyen beg. InshaaAllah.  Setakat ni dah ada beberapa buah dalam koleksi Ina.  Utk kegunaan anak2 dan sendiri je. Memang ada yg nak beli tapi bila Ina jelaskan kosnya mereka mcm terkedu...mungkin tak sangka harga semahal tu.  So Ina akan jual kpd mereka yg betul2 faham dan bijak menilai hasil buatan tangan sahaja. Jom tengok apa yg dah Ina hasilkan.......

Ina try buat patchwork. Fuhhhh....sungguh mencabar rupanya. Tengok mcm mudah rupa2nya....perlu byk kesabaran.  Alhamdulillah beg inilah yg paling Ina suka dan sayang sekali.  Anda percaya tak?  Sebenarnya corak2 kain tu Ina ambik dpd kain2 recycle je.  Sayang nak buang jadi Ina manfaatkanlah menjadi beg.  Tak la membazir, kan?  Klu anda ada kain2 perca jgn dibuang tau....

Ada 3 corak berbeza kat situ.  Lepas ni nak buat lagi, seronok pulak!  Byk idea nak buat mcm2.  Terima kasih sangat2 kpd blogger yg tak kedekut bg tutorial.  Ina lebih suka mencari dlm internet.  Ada kepuasan di sana, siap print dan simpan dlm fail.  Terus terang Ina katakan, Ina byk mencari ilmu melalui internet. Syukur dgn adanya kemajuan teknologi sebegini.  Kita perlu bijak meneroka tetapi jgnlah disalah gunakan. Sedih melihat segelintir mrk yg menghentam rakan2 melalui laman fb dan sbginya.  Kita juga yg rugi akhirnya....berdosa besar!!!

Ina cuma hias dgn sekuntum bunga biru je kat atas tu.  Beg ni Ina dah rasmi bawa bekal ke sekolah. Wah!...kembang rasanya bila rakan2 memuji (perasan sekejap...hihihi).  Sebenarnya byk lagi kelemahan yg perlu Ina perbaiki.  Lagi byk Ina mencari lagi byk Ina rasa kekurangannya.  Ada ramai di luar sana lebih kreatif dan bijak.  Minat shj tidak cukup klu tak disertai dgn usaha.  Seperkara lagi modal yg agak besar juga perlu ada barulah dpt merealisasikannya.  Segala keperluan membuatnya bukanlah murah! Ramai yg menaruh tanggapan bhw 'handmade' ni adalah barangan murahan....SALAH sama sekali. Memanglah nmpak mcm guna jenis kain murahan je tp hakikatnyaaaa......hanya pembuatnya sahaja yg tahu.  Oleh sebab itulah Ina lebih selesa berurusan dgn customer2 yg faham dgn hasil tgn Ina.

Pandangan sebelah dalamnya.  Ina guna lining polka dot pink.  Kain yg oren tu adalah bahagian atas beg (utk cerut).  Ina mmg betul2 ikut tutorial yg diberi.  Seingat Ina dpd blogger org putih.

Cuba tengok kain oren tu.....begitulah rupa sebenarnya.  Ina guna kain lembut, bukan cotton ye.  Kain lebihan buat gaun anak hari tu...hihihi...jgn membazir!!!  Handle nya pulak Ina beli kat kedai je...puas hati sbb kukuh dan senang utk dijahit (sebenarnya Ina nak elakkan dpd menjadi pudar apabila dah lama digunakan).

Rupa yg berbeza color kain kotak2.  Sebelah lg kotak2 color merah.  Suka sgt dgn corak ni.  Nti kita buat corak lain pulak yeeee.

Sebenarnya saiz beg ni comel je....bg pandangan Ina la.  Lebih menarik jika dibesarkan lagi rasanya.  Tak pe next time kita buat lebih besar sikit.  Yg ini sesuai utk tupperware yg kecik2 je.

Beginilah rupa bahagian kain cerut tu.  Sangat teruja ketika menjahit bahagian ni.  Klu tak nak buat bahagian ni pun takde masalah.


Bila dicerut demikianlah rupanya.  Terlindung la tupperware kita, kan? 

Pada hujung tali tu Ina buat hiasan mcm ni je.  Senang nak cerut nanti. Anda juga boleh guna pelbagai idea yg lebih kreatif....ada juga yg guna manik or butang besar.

Tali hitam tu Ina guna yg saiz 1 inci (wide). Panjangnya 14 inci. Kalau guna batting yg tebal dan lembut tentu jadi lebih menarik.  Ina cuma guna interfacing yg keras tu je memang agak susah nak diterbalikkan. Masih mencari di sekitar Taiping ni kat mana ada jual batting tu.

Alhamdulillah selagi minat masih ada Ina akan teruskan meneroka bidang ini.  Tak rugi mencari ilmu.  Ilmu menjadikan seseorang dihormati dan disanjung...InshaaAllah....


NOTE: 
Ina baru jumpa tutorial ni dr mana : http://ayumills.blogspot.com/2010/08/tutorial-lunch-bag.html













1 ulasan:

  1. Hai! Ina
    Cantik 'Lunch bag' tu dan terima kasih kongsi link tutorial tu juga. Lepas ni boleh try.
    Opps!....satu lagi...terima kasih juga untuk resepi apam lenggang tu. Teringat zaman kanak2.
    Moga Ina akan terus berkongsi ilmu dan info.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam