10 Oktober 2013

BANTAL CORAK LABU + NANAS

Corak ini juga semakin mendapat sambutan.  Alhamdulillah....InshaaAllah selepas ni ina akan cuba reka corak yg lain pulak ye.  Kena cari masa yg sesuai dan mood yg baik barulah boleh dtg idea...hihihi.  Jom tengok gambar di bawah ni.  Klu berkenan jgn segan silu bg tau ina ye.  

Ini color putih...customer dr Negeri Sembilan.  Dia nak lagi besar...8 bj katanya....huhuhu....sakit pinggang den nanti....bukannya ina tak boleh buat tapi segala2nya perlu ditambah.  Takut pulak nti kata tak berpatutan dan 'cekik darah'...ina tak mau digelar mcm tu...ina biz ni pun sekadar isi masa lapang je dan buat amal sikit2 utk bekalan akhirat nti.  So buat masa ni ina tak berani nk buat lebih besar.  Lagipun ina cuma pernah buat 2pcs sahaja saiz besar 13.5 x 6 inci utk koleksi sendiri je.  Saiz begini memerlukan fibre dan kain yg banyak...sudah tentulah memakan kos yg tinggi.  Belum lagi campur pos....huh...cubalah anda fikir sendiri.  Spnjang pengalaman ina guna pos laju, setiap kotak diambil kira berat dan ukuran kotak tersbut...memang memeningkan kepala.  Dulu tak mcm tu....sekadar berat sahaja TAPI sekarang....siap ambik tali tape lagi....kalau saiz besar....maka harganya turut melambung naik.  Rasa ralat di sini.  Semuanya duit!!!


Memang cantik sgt color ni...bersih je...Bg penggemar English Design, inilah color yg dipilih sbb itulah juga color cream dan putih paling byk dpt sambutan.


Ina buat butang comel di tengah2nya.


Cantik hias kat pelamin ni tau!

Warna hijau lumut....customer dr Yan, Kedah.

Sorry la gmbr kurang jelas...huhuhu









Tiada ulasan:

Catat Ulasan