16 Oktober 2013

BANTAL COMEL ALAS DULANG HANTARAN KAHWIN

Sesuai untuk letak barang kemas, jam dll lagi.  Ina buat bantal ni atas permintaan K.Hamidah dari Pahang sbg alas brg kemas utk hantaran kahwin anaknya....bakal menantunya org jauh...Sarawak katanya.  Sebenarnya yg ini hanya contoh sahaja.  K.Midah nak warna cream....nanti Ina tunjukkan ye.  Tak sempat upload lagi.  Saiz bantal ni 8 x 3 inci.  Saiz yg K.Midah syorkan.

 Corak daun jadi pilihan K.Midah.

 Nampak kecik dan comel je kan...tapi...teramatlah susah nak membuatnya berbanding dgn saiz bantal normal yg selalu Ina buat tu.  Lagi kecil saiz bantal tu lg susah nak membuatnya.  Nak tau kenapa?  Disebabkan saiznya yg kecil itulah juga maka setiap coraknya perlu dikecilkan...sekaligus Ina terpaksa menggaris setiap kotak...ratusan jadinya....huhuhu  Saiz setiap kotak/corak ialah 1/2 inci x 1/2 inci.  Anda boleh bayangkan sendiri ye brp byk kotak yg perlu Ina buat.  Lagi kecil kotaknya lg cantiklah coraknya.  Hanya mrk yg benar2 berminat sahaja bisa membuatnya.  Harganya juga berbeza dgn saiz normal ye.

Pandangan sisi.

Corak daun 4 lapis.


Color pink.

Color light gold....seakan2 cream.

Corak labu + nanas.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan