21 Oktober 2009

PUDING

PUDING PELANGI



 Muka hadapan.

Setelah diterbalikkan.



BAHAN

10gm agar-agar strip
800ml air
3/4 cwn gula (nak tambah pun boleh jika suka manis)
1/2 tin susu cair (200ml)
1 bj telur
1 cams planta
3 cams tepung jagung
1 camt esen vanila
Pewarna: merah or hijau (warna lain pun boleh gak)

CARA

1.  Masak agar-agar sampai mendidih. Kemudian masukkan gula. Masak lagi sampai gula hancur.
2.  Dalam bekas lain masukkan susu cair, telur (pukul dulu) dan tepung jagung. Kacau sebati.
3.  Kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi bersama esen vanila dan planta. Kacau sentiasa sehingga agak pekat.  Tak perlulah sampai mendidih. Tutup api dan angkat.
4.  Bahagikan kepada 3 mangkuk.  1 dibubuh warna merah, 1 warna hijau, 1 warna asal. Kemudian masukkan ke dalam loyang berselang seli warna tersebut. Dah siap sejukkan.

* Cantik kalau guna acuan kecil-kecil yg pelbagai corak.  Untuk tarik perhatian kanak-kanak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan