Alhamdulillah sekali lagi Ina berkesempatan menyiapkan bantal corak labu + daun ini utk customer dari KL. Nak kawin bulan Mei nanti. Semoga anda gembira dgn hasil tangan akak ini ye. 4 biji color manggis + 2 biji color cream.
Permulaan nak buat mesti kena garis macam ni, bab yg ni lah paaaaalinnnnng penat sekali!!! Kena banyak sabar. Lagi kecil saiz kotak lagi cantik dan berseni. Hanya yang betul2 berminat sahaja mampu menghasilkannya. InshaaAllah.
Kain gelap mcm ni kena guna pensel warna supaya senang nak jahit nanti. Fuhhh! bukan sikit tau nak menggaris ni....ratusan kotak!!!!!
Selepas tu, kena la jahit macam ni pulak. Yg ni sebelah belakangnya. 99% jahit tangan. Mereka yang betul2 bijak menilai 'handmade' sahaja tahu betapa bernilainya hasil seni mcm ni dan tidak mengira nilai kos yg dikenakan. Tengok sahaja memang mcm senang kan???? Tapi kalau mencuba sendiri barulah tahu susah payah utk menghasilkannya. Ina percaya anda semua boleh mencuba dan rasai kepuasannya.
Yg ni pandangan sebelah hadapan. Baru 75% siap.
Dah nampak corak daunnya.
100% siap. Inilah hasilnya.
Color cream.
Color ni mmg menjadi pilihan ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan