18 Mac 2013

APAM BAKAR LAGI


BAHAN:
A-kisar:
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm je tp agak tawar bg ina, klu cicah dgn kuah durian mmg sesuai)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B-gaul:
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
1)  Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
2)  Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
3)  Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
4)  Mkn mcm gitu je pun sedap.




Setelah adunan digaul sebati dalam besen besar....beginilah rupanya.  Tak cair dan tak pekat sgt.

 Tutup dengan tudung periuk.  Peram 1-2 jam.  Ina peram 1 1/2 jam dah kira ok.

 Setelah 1 1/2 jam adunan akan kelihatan berbuih2 mcm ni...bermakna yis yg digunakan tu memang elok.  JANGAN KACAU ye....biarkan je mcm tu.

Tuang 1/2 senduk di tengah2 kuali non-stick/acuan serabai.

 
Apabila timbul lubang2 begini, biarkan agak kering sikit barulah tutup dgn tudung periuk.

Ina guna tudung periuk saiz kecil.

Kira2 1 minit buka tudung, tengok bawah apam dah kekuningan bolehlah diangkat.

Ina guna sudip kayu.

Tak jd bulat sangat la...tp lubang2nya tu yg buat Ina teruja utk masak berkali2.

Kali ni Ina guna santan....lagi sedap dan hasilnya lagi memuaskan.  Lubang2nya jd besor2 berbanding guna air suam je.  Untuk diet elok le guna air suam.

Ina suka makan cam gitu je.

Mcm menara condong di Teluk Intan...hihihi

Kalau tak habis boleh disimpan dalam peti ais.  Esok tu kita boleh kukus.  Klu bakar dia jd 'gelap' la pulak...hihihi.  So eloklah dikukus je akan jd lembut semula...takkan hilang rasanya yg asli.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan