BAHAN:
250gm tepung beras
2 camt yis kering
2 camt baking powder
KISAR:
150gm nasi
175gm gula
450ml santan
1 1/2 camt garam
Pewarna hijau
* 1 helai daun pandan untuk menggris
CARA :
1) Gaul semua bahan sampai sebati dalam 1 besen besar dan tutup rapat dgn tudung periuk. (Ina blend tepung bersama2 dgn bahan kisar - nak senang katakan...)
2) Peram 2 - 3 jam biar sampai berbuih2...JANGAN KACAU YE!!
3) Panaskan acuan dan griskan dgn sedikit minyak.
4) Tuang adunan, biar smpi nampak berlubang2 dan kering sikit barulah ditutup dengan tudung periuk.
5) Apabila adunan nmpk keperangan sekelilingnya, bolehlah diangkat.
NOTA:
Adunan ni jugak boleh digunakan utk buat apam yg dikukus dalam cawan kecik2 tu sedap jugak tau!
**********************************************************************
Daun pandan digulung begini utk menggris pada acuan.
Ina isi adunan dalam bekas begini supaya senang nak tuang.
Inilah acuan serabai yang digunakan. Baru dapat Ina cari kat pasar Changkat Jering, Taiping. Dah lama mencari sebenarnya. Tak sabar2 nak guna, Ina tak minyakkan pun selepas beli, petua mengatakan kena oles dulu dgn minyak atau kelapa parut supaya tak melekat semasa membakar, ada betul jugak rasanya. Kalau nak guna kuali kecil or non stick pun boleh jugak...tapi lambat le....kena bakar satu-satu.
Dah nampak lubang2 gini, tutuplah dgn tudung.
Dah keperangan sekelilingnya, bolehlah colek dan angkat. Hati2 ye....kalau acuan baru memang melekat sikit. Ina colek dengan sudu je....buat pelan2.
Sorry, gmbr kurang jelas!!!
Kuih yg dah masak. Berlubang2 you.....Gebu sesangat2nya. Ina makan mcm gitu je. Ada sesetengah orang suka buat tawar dan cicah dengan kuah durian atau kari/sambal tumis. Sedap jugak tu.
Saiznya tak la besar sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan