28 Oktober 2014

KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK 1/2014 - BKT.JALIL

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) & WANITA (WAG) PELAPIS NEGERI 2014



(Artikel asal diambil dpd USPTN beberapa buah negeri...mohon izin)

Sesi Hari Pertama


23 Oktober 2014 (Khamis)


Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Perak menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur seramai 16 atlet (12 lelaki & 4 perempuan). Pelapis Perak menyertai kem tersebut yang bermula pada 23 hingga 28 Oktober 2014.

Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. 

Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam Fook Pang selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis.  

Seramai 99 org atlet (53 lelaki & 46 perempuan), 18 org Jurulatih dan 5 orang SDO menghadiri Kem ini. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut::-

1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF

2. Atlet - Program Ice Breaking




Sesi Hari Kedua


24 Oktober 2014 (Jumaat)


Sesi pagi hari kedua kem bakat dimulakan dengan latihan asas. Program sesi pagi sepatutnya dimulakan Ujian Kecergasan telah diubahsuai di atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, program latihan asas sesi pagi berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua jurulatih yang terlibat di dalam program kem bakat.

Pada sesi petang, bersambung latihan asas bagi atlet lelaki (MAG) manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan ujian fizikal ability. 

Seterusnya, pada sesi malam program dipecahkan kepada 2 iaitu:-

1. Jurulatih - Perjumpaan Bersama Pengarah Cawangan Pelapis

2. Atlet - Tayangan Video



Sesi Hari Ketiga


25 Oktober 2014 (Sabtu)


Sesi pagi hari ketiga dijalankan program latihan asas mengikut apparatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan program latihan tarian dan "Asas Balance Beam" dalam masa yang sama juga seramai 5 orang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana demam dan mengalami kecederaan semasa latihan (3 atlet demam dan 2 atlet cedera). Walau bagaimanapun, setelah menerima rawatan atlet-atlet tersebut telah beransur pulih. Daripada 5 orang atlet yang dibawa ke klinik, 2 atlet dari Negeri Perak turut terlibat iaitu adik Alif Farhan (cedera kaki) dan adik Izwan Hakim (demam)- anak bongsu ku.....

Program latihan pada sesi petang pula dimulakan dengan latihan asas mengikut apparatus bagi atlet lelaki (MAG), manakala atlet perempuan (WAG) menjalankan program latihan level 1 bagi apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Uneven Bar dan Vault. Setelah selesai latihan mengikut program latihan, jurulatih menjalankan permainan berkaitan apparatus untuk memberi keseronokan kepada atlet-atlet tersebut.

Seterusnya bagi sesi malam bersambung, program "Team Building" bagi atlet dijalankan. Program ini dikendalikan oleh fasilitator yang dijemput khas untuk menjalankan program tersebut. Pada sesi malam juga, seorang atlet telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata menjadikan jumlah keseluruhan atlet yang dibawa ke klinik seramai 6 orang atlet.

























Alif sedang diuji.




Adik Izwan(baju putih kiri) demam...tak boleh aktif lah ye?




















Alif diuji oleh En.Giam (Pengurus Pelapis). Kena ukur pulak....Alif dapat 9/10.


Alif diuji apparatus 'ring' pula.  Sakit tangan katanya.



Sesi Hari Keempat


26 Oktober 2014 (Ahad)


Program pada hari keempat dijalankan mengikut program bagi atlet lelaki (MAG), latihan asas mengikut apparatus manakala atlet perempuan (WAG) mengikut program " Warm Up and Strength Conditioning" dan " Level 1 Revision". Tiga orang atlet dari Pulau Pinang, Pahang dan Selangor telah dibawa ke klinik untuk menerima rawatan kerana sakit mata dan demam.

Seterusnya program pada sesi petang dijalankan program latihan bagi atlet lelaki (MAG), bagi program atlet perempuan (WAG) pula dijalankan program latihan "Level 2 Apparatus Balance Beam, Floor Exercise, Vault and Uneven Bar".

Program bebas bagi jurulatih dan atlet pada sesi malam ini agar atlet-atlet mendapat rehat yang secukupnya untuk menyambung menjalani latihan ujian pada hari berikutnya.



Sesi Hari Kelima


27 Oktober 2014 (Isnin)



Program pada hari kelima dimulakan dengan perhimpunan pagi dan nyanyian lagu "Negaraku". Seterusnya sesi dijalankan mengikut program bagi atlet lelaki (MAG), "Control Testing - Flexibility & Physical" manakala atlet wanita (WAG) mengikut program " Warm Up and Strength Conditioning" dan " Level 2 Revision".

Seterusnya program pada sesi petang dijalankan program latihan bagi atlet lelaki (MAG), "Control Testing - Element" dan bagi program atlet wanita (WAG) juga nenjalankan program latihan " "Control Testing - Element".

Sesi malam pula dijalankan program Sesi Rumusan Kem Bersama Ketua Jurulatih bagi semua jurulatih terlibat manakala atlet program bebas/rehat.

Seramai 3 orang atlet di dalam kedudukan 5 atlet terbaik peringkat dalam " Control Testing" :-


1. Alif Najmi (lelaki) - Pertama (umur 9 -10 tahun) - anakku yg ke-4(10t)

2. Aiman Aeron (lelaki) - Keempat (umur 9 -10 tahun)

3. Ooi Shu Wen (wanita) - Kelima (umur 9 -10 tahun)

Tamatlah sesi dan program sepanjang Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014.


Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan