07 Oktober 2014

SULTAN PERAK YANG PRIHATIN

Kekayaan Negara VS Gaji & Pendapatan Rakyat Malaysia Tidak Adil! Pakar Ekonomi, Pemenang Nobel Ekonomi, Sultan Perak Beri Peringatan Kepada Putrajaya

   


gaji malaysia
Kekayaan Negara VS Gaji & Pendapatan Rakyat Malaysia Tidak Adil! Pakar Ekonomi, Pemenang Nobel Ekonomi, Sultan Perak Beri Peringatan Kepada Putrajaya : Jikalau sebelum ini pelbagai agensi kerajaan dilihat berlumba-lumba untuk mendedahkan angka-angka kejayaan mereka termasuklah pengumuman angka indeks jenayah di Malaysia telah menurun sebanyak 40% oleh Polis Diraja Malaysia. Realitinya? Dan…
Dan tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia disuapkan lagi dengan berita baik seperti statistik melibatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat sebanyak 6.4%.
Tetapi apabila diterjemahkan angka tersebut kepada rakyat Malaysia, apa keuntungan “sebenar” yang rakyat Malaysia nikmati? Hakikatnya…..Rakyat Malaysia hari ini terus bergelut dengan :
  • pembayaran balik pinjaman
  • hutang isi rumah yang semakin meningkat
  • mengurangkan pendapatan boleh guna
Dalam pada masa yang sama Datuk Seri Abdul Wahid Omar mendedahkan satu lagi angka kejayaan Malaysia yang terkini yang mana :
  • purata pendapatan isi rumah di Malaysia melibatkan anda, anda semua rakyat marhaen telah meningkat kepada RM5,900 sebulan pada 2013
  • berbanding angka purata pendapatan isi rumah di Malaysia pada tahun 2012 hanya RM 5,000 sebulan sahaja
Sehingga “berita baik” yang disampaikan Datuk Abdul Wahid Omar membuatkan rakyat malaysia tertanya-tanya (SEPERTI LAPORAN BERITA SEMASA DI SINI), di mana beliau mendapat angka seperti itu?
Berdasarkan semakan Berita Semasa, Persekutuan Majikan Malaysia pernah mendedahkan statistik yang menunjukkan di sini bahawa kadar kenaikan gaji di Malaysia sebanyak 6% antara tahun 2009 sehingga 2013 tetapi malangnya apabila disemak semula ia tidak sepadan apabila dibandingkan pula dengan lonjakan kenaikan kadar inflasi di Malaysia 2.21%.
KLIK SINI : Kadar Inflasi di Malaysia 2014 Melonjak Tinggi Kepada 3.4% (Tertinggi Dalam 9 Bulan)? Bersiap Sedia Rakyat Malaysia!
Persoalannya mengapa berita-berita baik dan gembira yang disampaikan ini, tidak dirasakan denyutan kenikmatannya sekarang ini? Bersama-sama ini Berita Semasa sertakan beberapa pendapat kalangan pakar-pakar ekonomi yang mana mereka ada jawapan mereka tersendiri bagi mengupaskan sedikit sebanyak masalah gaji yang terus membelengu rakyat Malaysia pada ketika ini.

Masalah Gaji & Pendapatan Rakyat Malaysia? Apa Kata Mereka?

Gaji Malaysia
Prof Dr Lee Hwok Aun dari Universiti Malaya
  • Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 66.3% daripada isi rumah di Malaysia yang memperolehi Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 5,000 sebulan.
  • Data dan kajian yang didedahkan oleh kerajaan tidak tepat
  • Kaji selidik yang dijalankan adalah bersandarkan sumber data yang kaya untuk menganggarkan tahap upah dan ketidaksamaan gaji, tetapi kerajaan tidak pernah melakukan analisis yang membezakan tahap kekayaan, pendapatan bukan makan gaji, atau pendapatan individu sebelum cukai dan selepas cukai
Bekas Ketua Penyelidikan Ekonomi Serantau CIMB Investment Bank (Lee Heng Guie)
  • Ramai rakyat Malaysia tidak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara berpendapatan tinggi
  • Tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia mahu anda, anda semua pembaca berita Semasa amnya dan rakyat marhaen di Malaysia umumnya percaya dengan situasi yang diwujudkan itu
  • Rujukan biasanya dibuat kepada bahagian gaji, dan bahagian keuntungan daripada pendapatan negara. Di Malaysia, bahagian gaji purata pendapatan negara adalah 32.3% pada 2009-2013, manakala bahagian keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat dan perniagaan adalah 64.8% dan baki 2.9% adalah untuk kerajaan.
  • Ini menunjukkan kita bahawa bagi setiap ringgit pendapatan keluaran negara yang dihasilkan pada tahun 2009 hingga 2013, pekerja Malaysia membawa pulang 32.3 sen, syarikat itu mengambil bahagian sebanyak 64.8 sen dan kerajaan mendapat 2.9 sen.
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ketua Pegawai Eksekutif Nizam Mahshar
  • Di Malaysia, pengagihan kekayaan yang diperolehi Malaysia sangat tidak adil
  • Hakikatnya hari ini, pekerja peringkat rendah tidak merasa pengagihan kekayaan yang diperolehi negara
  • Dalam sesebuah organisasi, terdapat perbezaan di antara gaji Ketua Pegawai Eksekutif dan gaji purata pekerja yang mana sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh ahli ekologi sosial dan penulis terkenal dunia, mendiang Peter Drucker, mengikut nisbah 20 hingga 1
  • Walau bagaimanapun, apa yang kita lihat di sini adalah perbezaan lebih daripada 200 hingga 1
  • Anda setuju?
Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Joseph Stiglitz
  • Jika rakyat Malaysia tidak menikmati kenaikan dan pertumbuhan pendapatan yang cukup, Malaysia tidak akan dapat mendapatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan
  • Dengan menawarkan gaji dan pendapat yang rendah kepada rakyat Malaysia, kerajaan sebenarnya telah menghalang pertumbuhan sektor bukan perdagangan dan mereka yang cenderung untuk menjadi PKS.
  • Penindasan gaji melemahkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, menjadikannya lebih rapuh dan terdedah kepada turun naik kepada kesan ekonomi global
Dan terbaru dan terkini, Sultan Perak mahu kerajaan Malaysia mengagihkan kekayaan negara secara sama rata dikalangan rakyat Malaysia. Buktinya?
  1. Melalui semakan simpanan Amanah Saham Bumiputera di mana hanya 75% daripada penabungnya memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang
  2. 78.6% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
  3. 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
  4. 80% isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan
Berita Semasa bersetuju dengan pendapat ke bawah duli Sultan Perak yang mana realitinya hari ini, agihan pendapatan negara sangatlah tidak seimbang yang mana kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya dan taikun-taikun di Malaysia sahaja. Hakikatnya, sebahagian besar penduduk berpulas untuk hidup.
Walau bagaimanapun, ia tidak adil untuk mengatakan bahawa nombor seperti yang diumumkan oleh kerajaan adalah dusta belaka.
Hakikat, Berita Semasa akui yang mana kedudukan ekonomi Malaysia bertambah baik pada ketika ini pada kaca mata dunia.
Cuma apa yang Berita Semasa harapkan adalah supaya kerajaan perlu mencari jalan untuk meredakan ketegangan masalah kos sara hidup & merapatkan jurang ekonomi antara yang kaya vs serdahan vs miskin di Malaysia yang terus melebar pada ketika ini. Apa pendapat anda pula?
KLIK SINI : Jurang Gaji & Pendapatan Orang Kaya VS Golongan Berpendapatan Serdahana & Miskin di Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan