31 Januari 2012

BANTAL HIASAN 2012


Semoga Ju berpuashati ye. Terima kasih sudi order dari akak. Corak Labu warna hijau cendol. Saiz pinggan makan. Nanti nak try corak lain pula... tungguuuuuu.......


Ini corak nenas, corak yang mendapat sambutan paling ramai. Jenis kain satin biasa. Warna yang sangat menarik.


Pandangan lebih dekat. Suka tak?


2 Corak yang berbeza.

PENCIL CASE LAGI


Contoh kain yang digunakan. Ina memang berkenan sangat dengan corak polkadot. Ingat di hati nak try buat tote bag tapi tak de masa lagi buat masa ni.


Yang sempat dihasilkan kebelakangan ini. Sampai jam 2.00 pg baru siap. Pening dibuatnya. Loya pun ada...hihihi


Longgok sekaligus. Pilih! pilih! sape nak...cepat!


Kotak2 kecil hitam tu memang berkualiti kainnya. Sungguh menarik! Nak jahitpun tak la susah sangat...senang terbentuk.


Pandangan dekat. Adik Wawa punya. Terima kasih ye.


Yang ini utk Adik Fatin dan Tasya. Semoga puashati hendaknya.

19 Januari 2012

KENTANG PUTAR

Hasil cubaan pertama kali. Boleh tahan jugak rasanya. Anak2 & husband suka. Nanti nak buat lagi. Resepinya nanti Ina masukkan ye. Rupanya tak la susah sangat nak buat.


Inilah rupanya. Ina suka letak lada sulah byk2...sedap!


Kena kasi pekat lagi ni...

Dah jumpa resepinya. Minta izin ye daunpandan.

SOS KENTANG PUTAR KFC
Daunpandan myr

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

650 ml air
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 camb sos tomato/cili
1 camb sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat – utk warna je
sedikit serbuk lada sulah
garam – jika perlu
Daun saderi jika suka

Cara-cara

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

KENTANG PUTAR

BAHAN:


8 – 10 biji ubi kentang – rebus empuk
1 camb mentega
½ cawan susu cair/segar (Ina guna air je)
sedikit lada hitam/sulah
Garam


CARA:

1. Campur semua dan lecek halus.
2. Masukkan susu ikut pekat yg disukai.

KARIPAP

Dah lama jugak tak buat karipap ni. Dah banyak juga resepi yang Ina cuba tp yg ini Ina rasa sedap di tekak Ina sekeluarga. Ina ambik resepi kat myr. Kulitnya rangup sangat. Bila goreng pun nampak licin je, tak berjerawat.

Intinya pulak Ina guna resepi sendiri je. Pernah buat yg ada lada hitam & rempah kari. Anak2 lebih suka yg berempah. Ina pulak suka lada hitam.


Ini inti berempah kari.


Licin je kulitnya. Sedap la resepi pastrinya, ambik kat myr.

PENCIL CASE REKAANKU

Nampaknya dah lama bebenor Ina tak update blog ni. Banyak insiden yang berlaku sebenarnya. Ibu jatuh sakit sebelum raya puasa 2011 yang lalu, kena strok sebelah badan kanan sehinggalah sekarang. Jadi kenalah jaga dan tengok2 selalu keadaannya. Ayah pun kurang sihat juga, selalu pergi check-up kerana mengidap kencing manis & darah tinggi.

Memandangkan Ina cuma dua beradik sahaja jadi menjadi tanggungjwb Ina sbgi anak perempuan sorang untuk menjaga mereka. Alhamdulillah juga Ina dikurniakan suami yang faham dan prihatin dengan situasi ini. Syukur Ina duduk berdekatan dgn rumah ibu.

Setelah beberapa lama tergendala dengan keadaan ini, kini Ina bangkit semula untuk menjalankan aktiviti2 yang Ina minati. Dah lama tak menjahit rasanya. Rindu sangat2..

Di bawah ni Ina sempat mencuri masa menjahit beberapa buah Pencil Case utk anak2 Ina ke sekolah sempena 2012. Alhamdulillah Ina rasa cukup puashati dengan hasil rekaan sendiri. Semua gambar & tulisan yang ada tu Ina sulam tangan je. Tak guna mesin tau! Ina guna kreativiti sendiri dengan melihat beberapa tutorial dlm laman web di internet.


Yang ini adalah utk anak Ina dlm Tahun 2, Muhammad Alif Najmi.
Minat sangat dengan gambar kereta.


Ini pula utk Muhammad Izwan Hakim, Prasekolah. Saiz sederhana. Minat dengan 'Angry Birds' so Ina buat la satu untuk dia. Suka bukan main lagi.


Cantik tak yang ini? Saiz besar. Ini untuk Nur Ain Shuhada dlm Tahun 6, mintak Ina sulam namanya besar2, senang nampak katanya...hihihi


Gambar ni Ina sulam di belakang pencil case Ain tadi. So kedua2 belahnya ada sulaman. Guna benang DMC.


Yang ini pula untuk Ina la... sulam gambar kapalterbang. Saiz besar. Jenis kain jeans. Dilapik pulak lagi dengan interfacing...bagi keras gitu...barulah cantik, kan?


Ina guna zip yang berkualiti. Kepala zip tu Ina sangkut dengan chain berhias 'love', Ain nak mcm tu. Di kedua2 hujung zip tu Ina kemaskan dengan tampal sikit kain utk sedap dipandang.


Di sebelah belakang pencil case Alif, Ina sulamkan namanya besar2, senang nak cari jika tercicir.


Ada jugak yang serupa dengan namanya so Ina tambah Najmi di bawahnya.


Saja buka zipnya...sorry kabur sikit gambar ni.


Haaaaa....buka lagi besar zipnya. Tengoklah sendiri memang boleh isi byk benda, itu botol gam cair yang bersaiz besar tau! memang muat dok dlm tu..hihi. Ain memang suka pencil case yang bersaiz besar. Kalau boleh nak laaaaagi besar...oppps pengsan.....


Sulam gambar 'teddy bear' di belakang pencil case Izwan. Ok tak? Ada sesape berkenan boleh la inbox kat Ina.


Ina punya...gambar penuh utk tatapan anda semua. Ina suka warna hitam.


Pandangan dekat pemegang pencil case. Ina guna 'ring' kat situ. Jahitan mesti kukuh almaklumlah...anak2 kecil ni lasak sikit.


Ini isi dalam pencil case Alif, sikit je barang dlm tu sbb tak berapa pandai nak jaga harta sendiri...selalu je hilang pencil...geram dibuatnya.


Sederet hasil tanganku sendiri. Terima kasih sangat2 pada mereka yg sudi bg tutorial tu. Kini memang jd kenyataan bhw 'aku memang boleh buat'. Anda juga boleh buat jika ada kemahuan dan minat.


Ini Nurul punya. Hias 'lace' kuning kat situ. Sulam gambar ikan, biji matanya Ina guna manik besar. Ehmm...rupa2nya guru kelasnya minat dgn pencil case ni. InsyaAllah jika ada kesempatan Ina akan buatkan satu untuk cikgu ye...


Di belakangnya Ina sulam gambar burung terbang.


Saja nak tunjuk kepala zip tu. Gambar mickey mouse. Ina berkenan sangat.


Isi dalamnya belum penuh lagi tu....tunggu....!!!


Ain dan Nurul punya.


Sekarang dah gemuk pencil case tu...penuh dengan pensel warna.


Projek mula2 nak mencantum mesti kena sulam dulu.




** NOTE:  Ina rujuk dr laman web ni:-
http://jedicraftgirl.blogspot.com/2013/06/my-favorite-zipper-pouch-tutorial.html