20 Februari 2013

WAJAH2 KESAYANGAN HAMBA

POTRET KELUARGA






Anakku Nurul Hidayah, tahun 5 sekarang.  Hobi acting.  Semoga hanya acting di rumah sahaja hendaknya.

Kadangkala lembut, kadangkala keras hatinya.  




Siapa lagi?  Aku la...  Masa ni snap gambar sendiri, saja edit mcm tu. Kat tempat kerja ni tau.....dok sorang2 je.

Aku suka kje kat sekolah ni, setakat ni tak de masalah. Everything ok.  Bos pun ok.  Semua staf dan cikgu ok.  Rasa2nya nak dok sini smpi pencen.....smoga Allah perkenankan.  Tak larat la asyik bertukar sekolah.  Dah tua2 mcm ni biarlah dok 1 tempat je.  










Di sekolah inilah tempat ku bertugas. Seronok.  Aku suka sekolah ni.  Semua warga sekolah ni baik2 belaka.


Anak ku yang bongsu, Izwan.  Ini gambar masa kecilnya.  Agak nakal mcm abang sulung.  Letih betul dibuatnya.  Sekarang dah tahun 1.  Aktif gimnastik bersama abangnya (Alif...anak ke 4).  Nak ikut jejak abang Alif katanya sbgi pelapis gimnastik Perak.  InsyaAllah.

Wajah ibu suatu ketika dulu yang masih sihat tp kini hanya duduk di tilamnya sahaja.  Kna strok sblh kiri badan 2 tahun yang lalu.

Semoga ibu cepat sembuh dan kuat semangat.






Wajah abah yang semakin uzur.  Setiasa check-up di hospital kerana sakit kencing manisnya.Sentiasa setia menjaga ibu di rumah wlp aku dah mempelawa mereka tinggal serumah.  Mungkin mrk lebih selesa tinggal di rumah sendiri.


Nurul lagi....memang suka sangat berposing.  Amat terpengaruh bila melihat drama2 di dlm TV.  Risau jugak aku dibuatnya.

Pernah dia mengambil gincu ku yang baru lalu dicalitnya ke bibir smpi patah sekerat tanpa pengetahuanku....huhuhu





Macam nak terbang je Nurul tu...
 


Wajah ku bersama anak ke-2.  Ting. 1 sekarang.  Serupa tak?  Sikapnya mudah lembut hati, tidak lokek.  Sanggup berhabis duit utk makan dan beli apa yang disukai.



2 beradik yang agak nakal.  Nak jd gimnas Malaysia katanya.

Setiap hari giat berlatih di dewan gimnastik Tupai, Taiping.

Hai....risau aku jika ditawarkan ke sekolah sukan nanti.  Mrk masih kecil....mampukah mrk?





Wajah anak ke-2.  Lebih tinggi dari ku.  Semua baju ku boleh dipakainya.


 



 


Foto anak2 masih kecil dulu2. Sedang nakal masa ni.



Wajah abang kandung ku.  Bertugas di Matrikulasi Kedah sbg pensyarah juga menetap di sana.






 



Serupa tak?












Memang suka betul acting.













Kenangan di Muzium Taiping.  Memang besar betul rangka gajah tu.





Adik Izwan kata, "tak seronok la dtg sini sbb semua binatang dah mati".













Izwan menari gaya apa tu?






Kenangan di Masjid Putrajaya.  Suka tengok sekitarnya.  Cantik dan tenang je...













2 beradik yg nakal. Ada masa ok, ada masa tak ok.




Semoga Allah memberkati segala ibadahku sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan