20 Mei 2011

KETUPAT PALAS

Mula2 belajar dulu rasa susah sangat tp sekarang dah kira ok la.  Cara ikatan tu nak kena belajar lebih lagi.  Tak puashati, nmpk longgar je.

Buat ketika raya je..hihihi.  Kalau hari2 biasa susah nak dpt daun palas ni.


KETUPAT PALAS
SUMBER: SENDIRI

BAHAN:

3 cwn beras pulut - basuh dan tos
 RM2.00 pati santan (1 bj)
Air
1 1/2 camt garam (ikut rasa)
1 helai daun pandan - bg wangi je.. tak buh pun tak pe

CARA:

1. Masukkan pulut dan air separas pulut dlm periuk dan lain2 bhn - masak atas api perlahan - kacau selalu sampai kering.

2. Dah kering, tutup dgn tudung periuk - kecilkan api mcm masak nasi le...tapi kena kacau sentiasa sbb takut berkerak pulak.

3. Bila dah kering betul, angkat dan sejukkan. Pulut tu memang kelihatan separuh masak jgn risau...

4. Ambik sedikit pulut dan balutlah jd ketupat.

5. Sediakan kuali atau periuk besar, bubuh ketupat tadi dan air secukupnya (kira2 1/2 paras ketupat tu je), rebus kira2 1 jam atau kalau nak selamat...ambik 1 dan test tengok samada dah masak ke belum.


NOTA: kalau pulut dah termasak semasa tanak tadi eloklah dikukus sahaja utk elak jd belengas...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan