Mungkin ada yang belum tahu, harga lesen
memandu kereta (Kelas D) dan motor (Kelas B2) telah mula dinaikkan
semalam (14 Julai 2014). Sebab apa naik?
Kenaikan ini adalah disebabkan
pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang telah dinaik taraf
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai tarikh tersebut.
Terdapat 3 elemen yang terangkum dalam
proses naik taraf dan pembaharuan tersebut iaitu kelas KPP, buku teks
KPK sukatan pembelajaran terbaru dan format ujian berkomputer
Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor Bermula 1 Julai 2014
Mulai 14 Julai 2014, Harga Baru Lesen Kereta (Kelas D) Dan Motor (Kelas B2) adalah seperti berikut :
- Harga lesen memandu kereta (Kelas D) = Dari RM 1,300 kepada RM 2,000
- Harga Lesen Motor (Kelas B2) Dari 600 kepada RM 1,050
Harga Baru Lesen Kereta (Kelas D)
Harga Baru Lesen Motor (Kelas B2)
Memang mengucap panjang kami bila tengok pada harga terkini lesen memandu kereta dan motor yang dinaikkan.Apa pula kata anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan