22 Julai 2014

MH17 TERHEMPAS - 17 JULAI 2014

Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine.295 Penumpang Mati! 17 Adalah Kanak-Kanak!


Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia
Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine : Berita tergempar yang baru kami terima, pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH 17, yang membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal terhempas di sempadan Ukraine.Pesawat tersebut terhempas kerana…

Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine

Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh 3
Laporan awal dari sumber mengatakan ia ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine yang Pro- Russia.Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.
MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Twitter Najib Razak Pesawat MAS TerhempasMalaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Kronologi Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine

Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh 4
  • Pesawat Boeing MAS 777 MH 17 dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
  • Berlepas pada pukul 12.15 pagi, waktu Amsterdam dan dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini.
  • Membaway 280 penumpang dan 15 anak kapal.17 orang dari penumpang adalah kanak-kanak.
  • Menurut sumber, pesawat ditembak jatuh pejuang rebel -Pro Russia.
  • Kesemua penumpang di dalam pesawat MH 17 dikatakan mati dalam kejadian.Tiada yang terselamat.
  • Pesawat MAS MH 17 hilang dari radar pada 1.30 petang waktu tempatan, 10 minit sebelum keluar dari ruang udara Ukraine

Lagi Gambar Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine

Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh
Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine Russia 5
Kami ucapkan takziah terhadap kejadian yang menimpa Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17. Masih belum reda lagi dengan kejadian yang menimpa pesawat MAS MH 370, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17 yang ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine Pro-Russia.

Video Pesawat MH 17 Terhempas Di Ukraine ( Ditembak Jatuh)

P.S. Kami akan kemaskini berita mengenai Pesawat MAS MH 17 Terhempas Di Ukraine dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan