Jerebu: 11 kawasan catat IPU tidak sihat
Sekolah di daerah Manjung diarah tutup ekoran keadaan jerebu yang teruk.
KUALA LUMPUR, 22 Julai:
Keadaan jerebu kembali
melanda negara ini dengan 11 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tidak sihat, setakat jam 11 pagi tadi.
Kawasan paling teruk
dilanda jerebu ialah Sri Manjung, Perak dengan bacaan IPU 229, diikuti
Kuala Selangor (154) dan Pelabuhan Klang (131).
Sementara itu, IPU di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Tanjung Malim, Perak merekodkan bacaan sama, iaitu di paras (115).
Ini diikuti Taiping, Perak (114), Sungai Petani di Kedah (112), Ipoh (110), Perai (103), USM (102) dan Alor Setar (101).
Sementara itu, Berita Harian melaporkan,
semua sekolah di daerah Manjung diarahkan tutup bermula sesi petang
hari ini, berikutan masalah jerebu yang mencatatkan bacaan 239, setakat
jam 12 tengah hari, sekaligus menjadikannya tertinggi di seluruh negara.
Seorang pengetua sebuah
sekolah di daerah itu ketika dihubungi berkata, pihaknya diarahkan
Jabatan Pendidikan Negeri supaya tidak meneruskan sesi persekolahan hari
ini dan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa murid serta pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan